★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ Apabila Tinynasweet Berniaga ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★

FREE SHIPPING + FREE BLOGGER BISNES + REGISTER MEMBERSHIP + FREE GIFT

.



::::: [ CHANTIQ DALAMAN ] ::::: KLIK { TEMPAHAN | FORM ORDER } UNTUK ORDER PRODUK SNE ::::::: [ CHANTIQ LUARAN ] ::::


★ ★ ★ FOLLOWERS - SWEETY METTY ★ ★ ★

AKADEMI FANTASIA 10 KINI KEMBALI BERAKSI DI ASTRO


Ubah format ikut faktor semasa, pengumuman rasmi esok (23 Mei 2013) 

Walaupun pernah mengumumkan Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) sebagai musim terakhir, program yang hampir dua tahun dihentikan itu bakal kembali mewarnai kaca televisyen, tidak lama lagi. Perkara itu disahkan Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh kepada HIP. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas dengan terperinci mengenai AF musim terbaru berikutan pengumuman rasmi akan dibuat, esok. 


Ini waktu yang sesuai untuk mengembalikan AF." Khairul Anwar Salleh, Naib Presiden Perniagaan Melayu ASTRO 
Kemunculan semula program realiti penuh drama yang diperkenalkan pada 2003 itu mula diperkatakan peminat, sejak akhir-akhir ini. Namun, rata-rata berpendapat kehadiran semula AF sebagai tidak relevan. Ini kerana melihat kerjaya sesetengah peserta termasuk juara bagai tidak ke mana. 

Namun, Khairul Anwar menyangkal dakwaan itu. Dia memberi contoh beberapa nama yang cemerlang dalam industri yang lahir daripada AF seperti Hafiz, Adira, Stacy dan Hazama.


Saya kurang bersetuju apabila ada yang mengatakan kehadiran semula AF tidak relevan. Bagi saya, ia perkara biasa apabila sesetengah peserta ‘menjadi’ dan ada juga tidak mencapai matlamat. “Ini lumrah dunia seni. Ada peserta yang diangkat sebagai pemenang tetapi tidak berjaya mencipta nama sebagai penyanyi. Sebaliknya, mereka yang tidak menang pula berjaya melakar nama. Semua ini bergantung kepada disiplin dan sikap artis itu sendiri
Astro yakin musim baru AF akan mencetus fenomena sekali lagi. 


Selama AF dihentikan, kami melakukan pelbagai kajian dan mencari formula melonjakkan kembali program ini. AF menjadi tulang belakang yang penting kepada Astro dan kebetulan pula sudah agak lama kami tidak mempunyai program mencari bakat baru kecuali Raja Lawak.
Manfaat laman sosial tarik peminat Bukan setakat itu, Astro mengambil inisiatif bertemu dengan pemilik program terbabit dua kali ketika menyertai pasaran televisyen di Singapura dan Perancis. Perbincangan dibuat bagi meminta kebenaran menukar sedikit format AF musim terbaru supaya disesuaikan dengan keadaan semasa. Khairul Anwar bagaimanapun enggan mendedahkan sama ada konsep ‘mengurung’ peserta di sebuah banglo seperti dilakukan pada musim pertama hingga kesembilan, akan diteruskan. 


Apa yang akan diperkenalkan untuk musim terbaru hanya didedahkan pada sidang media nanti. Setakat ini apa yang boleh saya beritahu, kita akan mengubah sedikit format program itu bagi disesuaikan dengan keadaan sekarang.
Kita akan menggunakan laman sosial sebagai medium untuk mengetengahkan kembali program ini. Sebelum ini, kami tidak dibenar menukar langsung format program itu. Ia menjadi salah satu sebab kenapa AF diberhentikan seketika. “Tetapi selepas dua pertemuan dengan pemilik program itu, akhirnya kami diberi kebenaran untuk mengubah sedikit format AF,” katanya. 

Akademi Fantasia musim pertama diperkenalkan pada 2003 hingga muncul program yang mendapat tontonan tertinggi di Astro Ria. Senarai Pemenang AF ;

* AF1- Vince Chong 
* AF2 - Zahid 
* AF3 - Mawi 
* AF4 - Faizal 
* AF5 - Mila 
* AF6 - Stacy 
* AF7 - Hafiz 
* AF8 - Shahir 
* AF9 - Hazama
* AF10 - ?

No comments:

★ ★ ★ ★ ★ Youtube SNE 4 SWEET ★ ★ ★ ★ ★

 

Finding tinynasweeeeeet

arrowdownred tinynasweet photo arrowdownredtinynasweet_zps11031802.gif

BILA NINJA BERNYANYI

Facebook SNE4SWEET

TINYNASWEET SWEETY METTY Copyright © 2014 This template design by eddyboyz86 | Husby always update blog Wifey | edNA |