Tips Kawal Budget ke I-City,Shah Alam



Assalamualaikum - 1001 Kenangan Menuju ke I-City


**Ok ena nak bagi simple tips saje.. Memudahkan korang yang belum pergi lagi kan. Pastu tertanya2 berapa nak standby money nak masuk I-City. Kalu boleh tu nak pergi tu, biarla betul2 nak happening.. Tak nak rugi kan? datang2 dapat snap gambar je.. tengok dari jauh.. Tak best kan?
.
.

1) Harga parking kereta RM10 selepas 6.00 petang.. Masa tu ena masuk malam. Malam memang sangat meriah dengan lampu LED warna-warni.
2) Better korang beli kad prepaid. Harga RM100=120point. Korang dapat free 20 point ok. Ni sesuai untuk yang berpasangan. Pergi pada kaunter yang disediakan. 




SNOWALK


Snowalk - 10am to 1am daily

1) Ena sarankan masuk snowalk dulu. Sebab masa mula2 sampai ena pergi theme park dulu.. Biasalah bila lampu terlalu banyak ni, menghasilkan haba. Memang kepanasan la sikit. bila masuk je jumpa ice...fuhhhh nikmatnya.. memang sejuk+beku. 
2) Harga tiket masuk RM35 (Adult) seorang. kalu (Child) RM 30
3) Harga RM35 tu termasuk dapat jaket macam yang ena pakai ni. 
4) Harga kasut RM5 seorang. Tapi untuk ambil kasut ni akan dikenakan deposit RM5 lagi. Selepas dah puas main tu, jangan lupa pulang kasut dan dapatkan balik RM10 (TOTAL 2 ORANG) deposit tu. So total seorang (RM40) tak termasuk deposit untuk seorang.
5) 40+40=RM80 untuk pasangan
6) Kalau nak tahu suhunya adalah lebih sejuk dari korea ya.. Better bawa sarung tangan. 
7) Kalu tak tahan boleh keluar kejap rehat, pastu masuk balik sambung main.hehe.. Nak masuk 10kali pon boleh. tiada cas tambahan.
8) Better kurangkan ambil gambar gune kamera @ handphone. Takot bila korang keluar je tengok2 phone tu dah basah kan.Perkara ni terjadi pada kami, juga terjadi pada guest lain.. 
.
.
Ok. Dah dapat info kan? So jom terjah ice
.
.
.
Welcome to My Home (*_^)

Like PINGU






THEME PARK

 ThemePark A&B – 6pm to 1am daily

1) Ada 2 bahagian. So ikut korang la nak jalan mana dulu. Memang besar tempat ni.
2) Terlalu banyak mainan. Contoh permainan yang ena ambil untuk guna prepaid ada 2jenis iaitu spacewalk dan Giant Ferris Wheel. Pilih mainan yang paling berbaloi dan korang teringin nak naik.

***************************************************

Spacewalk

1)Nampak kan ada cable car? haaa untuk naik tu, harga RM10 (Adult). Total RM20(Berpasangan).
2) Ni kalau korang malas nak jalan kaki pusing2 kan, kaki lenguh. So naik cable car je. Boleh tengok dari atas kan. Siap ada lagu lagi.


***************************************************

Giant Ferris Wheel 

1) Ala-ala Eye On Malaysia. Harga RM10 (Adult) seorang. Total RM20(Berpasangan).
2) Kalu rasa gayat+takot..berani2la naik.hehe.. Rugi tak try.


PREPAID HARGA RM100=120POINT. 
1) SNOWALK= RM80 (40 X 2orang)
2) SPACEWALK = RM20 (10 X 2orang)
3) GIANT FERRIS WHEEL = RM20 (10 X 2orang)

TIDAK TERMASUK :
1) PARKING RM10 (1KERETA)
2) DEPOSIT KASUT RM10 (5 X 2orang)

BETTER MAKAN KT LUAR :-)


****************************************************

LAGI GAMBAR DI I-CITY

Haa..time ni keluar dengan kawan2.. Just ambil gambar. Ni nampak sangat saving :-)





Info : I-CITY
Jalan Multimedia 7/A, City Park, i-City, 40000 Shah Alam, Selangor

Post a Comment

14 Comments

LaLa mhdnor said…
x pernah sampai lagi kat sana :)
ezzatie pun tak pernah lagi sampai. kawan2 ada juga ajak, tapi diorang tu salah timing la. hahaha.

btw, good info.
Unknown said…
bestnya...<3
jom join GA ni. http://nuraqilahmuhamadnazori.blogspot.com/2013/05/1st-mini-giveaway-by-nina.html
Annamariana1989 said…
thanks sudi sharing.. anna baru bincang ngan en.tunang nk g sana ngan kawan2 yang lain minggu dpan kalo xde aral melintang.. :)
Unknown said…
terima kasih atas perkongsian:)
Unknown said…
Trimas psl info ni..cmbest je..
Unknown said…
sangat membantu...terima kasih.
Laila Farhana said…
macam best!tapi mahal jgk ye?RM80 pp
nur said…
Tq ats info
Unknown said…
yg rm100 prepaid ape ntuk dua org ke?
NorShaLie said…
Sgt2 membntu spt sy yg x penah lg pegi. So dh dpt skit info. Memang perancangan nk pegi ni. Memg mahal skit tp sy dpt hrga tiket ofer, mklum la cousin yg jual tiket.,dpt ofer hehe n
SIQAHIQA said…
Hi Na :)

Entri ini membawa Siqah ke sini :)

semua kat iCity memang mahal. Huhu. Kalau pergi satu family, masak jugak nak membayarnya. TQ for the tips!

Siqah follow sini. Salam perkenalan ye :)
nona sani said…
Cantikk sangat memalam, banyakk lampuuu..
Yes, dah pernah pergi main ice dalam tu...siap ada gelongsor kottt..berkali kali try..hahaha..

sejukk gilaaa..lepastu masukkk lagi...enjoy habiss !