TIPS PERSEDIAAN TEMUDUGA SPA8i - PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27


Assalamualaikum....

Alhamdulillah ena dapat lagi panggilan temuduga yang ketiga.. Tapi ini la first time nak pergi. Tak sampai setahun dah dapat panggilan.. Bersyukur sangat sebab ada seorang blogger ni dia dah mohon lapan tahun baru dipanggil. Sekarang nie ena tengah internship Pegawai Latihan Vokasional di Kolej Swasta Johor. Bidang yang ena memang minat. Tapi tak salah kan kalau kita cuba apply jawatan lain.. Maklumlah Gen-Y sekarang amat memilih kerjaya. Last2 dok tanam anggur dekat rumah.. So dari kita membuang masa, apa salahnya kita mohon pelbagai kerja dan agensi. At least kita dapat mencabar diri dan mencungkil bakat lain yang ade pada dalam diri sendiri. Dah macam2 kerja yang ena pernah cuba sebab teringin nak kumpul pengalaman dalam pelbagai bidang contohnya 
KERANI PENTADBIRAN/KEWANGAN, PEMBANTU AKAUNTAN, JURUTEKNIK KOMPUTER, FIRST ARTICLE TECHNICIAN(PRODUCTION)

Haa nampak je lembut tapi tahu2 masuk bidang lain.. Production lagi tu.. Dapatlah kumpul pengalaman kerja kilang ni. Melatih diri dengan prepare kertas kerja, slideshow, berhadapan dengan client. Penting untuk kita titip pengalaman. 

Siapa nak bagi ILMU kalau tidak kita berusaha mencarinya??



KLIK GAMBAR UNTUK ZOOM


Tak sampai beberapa bulan, dapat panggilan ketiga. :-)
Panggilan pertama tak pergi sebab masa tu takde kesedaran sivik. Teruk kan..
Panggilan kedua tak tahu ada dapat surat SPA. Masa tu pergi kursus kat shah alam. So lama tak balik johor.
Yang bagusnya Panggilan ketiga ni direct by email.. so terus ena tahu dulu sebelum surat sampai ke rumah. Alhamdulillah..Ada hikmah apa yang berlaku selama nie.




BELUM PERGI INTERVIEW LAGI DAH BAGI TIPS KAN? SEBENARNYA NAK BERKONGSI TIPS..BUKAN SAJA UNTUK ENA TAPI UNTUK MEREKA YANG MEMERLUKAN.

1) Pastikan sebelum pergi interview cuba kaji selidik statistik jawatan yang korang dapat tu. So bila korang tahu macam yang ena tunjuk ni bilangan kekosongan ada 67tempat. Dari situ korang akan lebih bersemangat nak fight. Tapi dalam hati nie Allah je yang tahu betapa berdebar nya perasaan.


2) Rajin2 search "Tips @ pengalaman temuduga JAWATAN" di pakcik google.. Automatik akan jumpa banyak blogger yang kongsi pengalaman mereka pergi interview.. Dari situ ena dapat korek isi kandungan panel tu kan. Harap2 soklan tu dapat backup kita nanti..At least dapat gambaran soalan panel.


3) Laman web terbaik, boleh rujuk di sini :

**Pastikan setiap rujukan web yang korang rasa bagus, tolong simpan link di microsoft word bagi memudahkan korang mencari balik.


4) Dapatkan rahsia jawapan terbaik untuk menjawab soalan panel
Yang ini ena memang belajar sendiri. Tapi sangat bagus sebab kalau kita rasa tak mampu nak beli ebook yang ade jual online ni korang boleh register di laman web :

**Setakat ni, 2web ni yang ena percaya. Bagus sebab dia akan hantar tips by email.. Tips nie dia takde sharing dekat blog ok.. Just bagi private email.. Bila dah bagi tu, ucaplah terima kasih ye.. minta doakan :-)


Harap ia dapat membantu korang semua.Mana yang sama tempat tu dengan ena,kita jumpa di sana :-)




Post a Comment

0 Comments