★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ Apabila Tinynasweet Berniaga ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★

FREE SHIPPING + FREE BLOGGER BISNES + REGISTER MEMBERSHIP + FREE GIFT

.



::::: [ CHANTIQ DALAMAN ] ::::: KLIK { TEMPAHAN | FORM ORDER } UNTUK ORDER PRODUK SNE ::::::: [ CHANTIQ LUARAN ] ::::


★ ★ ★ FOLLOWERS - SWEETY METTY ★ ★ ★

Pendarahan Kandungan usia 7 Minggu

Assalamualaikum w.b.t ~ [ Dugaan - Keguguran ]

Di sini, ena nak kongsikan pengalaman ena yang mungkin boleh jadikan pengajaran kepada mommies to be. Bila ena ceritakan pengalaman ena kepada kawan-kawan, seriously mereka terkejut dengan apa yang jadi pada ena. Cerita ini mungkin dapat dijadikan iktibar.


PART 1 - KEGEMBIRAAN
  • Tarikh ena nikah pada 15/11/13. Usia perkahwinan kami ada dalam 3 bulan. Kitaran haid ena memang teratur dalam 30-35 hari.. Tapi lepas kahwin, 2 kali ena datang bulan dengan kitaran 28 hari berturut-turut. So, mudah ena nak tahu hari subur.. Last datang period pada 31/12/13. So, kami rancang untuk dapatkan zuriat.. Mungkin perubahan hormon orang berkahwin kan, bila lepas hari subur tu dalam sehari ena senggugut yang amat sangat. Try research dekat internet. Ikut kajian, itu tanda janin nak menjadi. Tapi pikir, eh? takla... tu tanda nak period. Dalam seminggu! tiba-tiba ena tak boleh bau perfume. Ena & husband tak boleh pakai perfume, confirm ena pening.. Pelik jugak, tak kan lah effect cepat sangat kan. Tapi dalam seminggu dua jela.. Masa tu pikir ala tak hamil kot.. perubahan hormon je tu...Sampailah masa tiba untuk period lagi... TAPI?? Period tak datang pada hari ke 36... Eh?? tapi takde muntah-muntah pon?? Takde simptom pape.. So delay lagi... Hari-hari tunggu period.. Sampailah terlupa tengok kalendar tengok-tengok dah 3 weeks... Tiba-tiba, pada tarikh 17/2/14 (Isnin) ada keluar tanda nak period (spotting).. Masa tu macam dah kecewa lah... Confirm esok period! TAPI tak jugak.. 

  • So decide dengan husband, jom pergi ke klinik kesihatan (Selasa). Ya ALLAH.. masa tu nervous tunggu result.. Kena cek UPT. Mata terkebil-kebil tengok "POSITIVE" Cakap dengan husband. 'Abang, fy dah ngandung'. Husband cakap tak. Eh dia ni memain pulak.. Positive mean mengandung lah kan.. Penat nak bertekak last-last pergi kat nurse tanya. Then, nurse sahkan ya "AWAK MENGANDUNG" (hatiku berbunga-bunga). Masa tu jangan tanyalah kenapa air mata berjurai-jurai kan.. Macam tak percaya je sebab takde tanda ena ni preggy.. Muntah-muntah memang takde.. So pikir dalam-dalam tenang-tenang.. adalah sikit tanda seperti bibir kering even kuat minum air mineral, sakit breast membengkak, kuat makan & bisa tulang belakang. Semua tu tak perasan maybe nampak terlalu remeh & sibuk dengan kerja. Petang terus buat buku merah di klinik berdekatan. Usia kandungan dah masuk 7 minggu.. Start ena period 31/12/13. so dikira hari pertama sampailah 17/2/14. 7 minggu??? eh dah lama dah.. tapi ikut betol-betul baby baru 4 minggu. Patut perut buncit semacam je.. hehehe...Sempat tanya nurse kenapa semalam saya ada keluar tompok coklat. Tapi nurse cakap itu normal sebab proses nak benamkan janin. Lega hati bila dengar. Bagitahu family semua tak percaya. Yelah cepat jugak ena mengandung. Mak mentua siap buat doa selamat hari tu jugak.


PART 2 - KESAKITAN BERMULA
  • Besoknya (Rabu) ena keje macam biasa tapi cuma yang tahu 3 orang je yang ena preggy. Yelah macam terlalu awal nak bagitahu bos kan. Pada hari tersebut ena memang aktif macam biasa lah buat kerja. Tiba-tiba dalam pukul 2 petang ena pergi toilet tengok ada lagi spotting. Tapi releks lagi.. Then, pukul 4 lebih ena tengok dah jadi warna pekat. Masa tu mula rasa tak sedap hati. Terus bagitahu officemate. Dia suruh pergi cek doktor. Call mak mentua pon cakap benda sama.. Tiba-tiba rasa sakit perut belah kiri. Masih releks-releks lagi tu buat keje slumber sampai pukul 6 petang.. Habis kerja, terus ajak husband pergi hospital. 
  • Masa di wad kecemasan, doktor try scan baby pada perut tapi takde pape pon kelihatan. Hati dah risau ni. Doktor tu panggil doktor yang lain pula... Scan lagi tapi tetap tak nampak. Doktor terus cakap awak kena tahan wad. Ishhh nervous gila bila tak dapat scan baby. Bila ena masuk wad, first doktor masuk 1 muncung itik dekat bawah. Masa tu memang rasa ngilu la.. Husband pon siap tengok sekali. Rupanya ada luka di bahagian serviks. Husband tengok lah doktor lap-lap luka tu. ish kalau ena confirm tak sanggup nak tengok.
  • Kemudian, doktor panggil masuk 1 bilik ni untuk scan baby melalui bawah.. Duhai, muncung itik tadi pon buat ena rasa ngilu ni kan lagi nak masuk benda lain. Memang redha jela.. Pikir nak tengok keadaan baby je... Lega hati bila dapat tengok kantung baby. Tiba-tiba doktor cakap tak nampak jantung.. masa tu memang ramai doktor pelatih.. diorang terus rasa lega "ala awal lagi ni, memang tak nampak lagi jantung" Hati rasa lega lagi sebab dah nampak kantung kan.. denyutan ada. Alhamdulillah. Doktor suruh datang lagi 3 minggu untuk tengok baby. malam tu ena dah start bleeding sikit tapi pikir sebab luka je.. so takde menganggu baby. Masa ni mak mentua je dapat datang tengok ena. Esok ena discharge. 


PART 3 - KESEDIHAN
  • Lepas keluar hospital (Khamis) kami terus balik ke pontian.. Sepanjang perjalanan dari Muar ke Pontian, perut ena bisa je.. Mungkin sebab luka pada serviks. Sampai rumah ena terus demam panas.. Mula lah sakit kepala, 2 3 pagi tak boleh tidur badan terlalu panas. Esok nya (Jumaat) ena dah mula bleeding sederhana tapi doktor cakap kalau darah dah banyak & ada keluar isi perut ikan, direct pergi hospital.. So, releks dulu la kat rumah.. Lusa (Sabtu) pada pukul 5 pagi ena mula rasa sengugut yang amat sangat. Peha belah kiri mula rasa kejang.. Pergi toilet tengok ada ketulan darah beku. Hati dah mula tak sedap, husband hantar pergi hospital. Ingat sampai pukul 6 pagi tu boleh lah cepat cek tapi tahu apa berlaku?? Selama 3 jam ena bertarung nyawa menahan kesakitan pada perut ni. Dia punya sakit memang first time rasa. Ngilu di bahagian bawah perut. Panggil nurse, boleh pulak tak dilayan.. Cakap doktor pukul 9 pagi baru ada. Hati dah menyirap-nyirap ni. EH.. Tunggu dah nazak ke baru nak panggil? Tak kan takde satu doktor pon? jawapan senang je cakap hari minggu. Eh tak kira lah hari biasa ke hari minggu ke takkan tak perlu standby??? Minta urine test, masa tu dah bercampur darah, minta lagi. ena dah takde kudrat nak bagi urine lagi. semua ada darah. Last-last dapat pon sikit itu pon cakap tak cukup. Duhai, dah tak mampu bagi dah. Lepastu salah kan kita pulak cakap bagi lambat urine, so lambatlah dapat result. APA PERASAAN KORANG BILA DAPAT JAWAPAN BODOH DARI NURSE????? Ya Allah, hanya Dia yang tahu perasaan ena dengan menahan sakit lagi.. REDHA dan TAWAKAL saje masa tu. Takpe dekat dunia engko lepas nurse... dekat akhirat engko jawablahya... Aku manusia teraniaya... 
  • Pukul 9 pagi doktor sampai terus tunjuk pad (nak tunjuk darah beku) kat doktor. Then, lega bila doktor cakap "uwhh takpe ni darah beku je, bukan isi perut ikan". maknanya baby selamat lagi.. Doktor pon scan perut.. Eh,, tak nampak pape pon.. Cakap dengan doktor, haritu scan bawah baru dapat tengok.. Then, doktor pon cek lah ikut bawah. Ya ALLAH .. terkejot bila doktor cakap "janin awak dah keluar la'h" terpinga-pinga kejap tanya lagi doktor, "apa yang keluar??". "anak awak" Perasaan ena terus je menangkap 1 kepala bukan kepalang rasa melayang fikiran pon terbang dah tak pikir doktor korek keluar semua isi. Fikir anak aku dah takde.. Bila tengok warna putih tu, baru tersedar. ena terus menangis, meraung entah apa lagi ena buat. Mama & mak terus tenangkan ena yang dah tak tentu arah. Dah tenang barulah dapat rasa sakit tu balik.. Mampu bergenang air mata tengok janin ena dalam 1 botol kecil.


PART 4 - SAKIT PERUT
  • Ena kena tahan wad.. Masa tu air mata tak henti-henti turun sampailah ke katil wad. Masuk pulak wad bersalin. Lagi parah tengok perut diorang yang dah besar-besar.. Ya ALLAH, rasa tak kuat je masa tu.



  • Pada pagi esoknya (Ahad) ena rasa sakit perut ngilu di bawah perut.. Bagitahu doktor, then doktor nak scan. Terkejut bila tengok ada uri tertinggal lagi. Ya ALLAH, apa lagi dugaan kali ni, patutlah sakit nya perut ni. Lepas doktor korek tu, doktor scan lagi. Doktor cakap ada lagi sikit je tapi yang sikit tu biar dia keluar sendiri, dalam 1 or 2 hari akan keluar darah beku.. Ena langsung takde cuci sebab nurse cakap ena jenis yang keluar sendiri. Korang tahu tak even tinggal sikit pon korang boleh bayang tak bisa dia macam mana? nak guling-guling kot.. Kena tahan wad lagi.. duhai memang tension lah.. Akak yang sama duduk dalam wad mula pelik kenapa doktor tak nak cuci perut ena? mahu diorang tak stress tengok ena asik pegang perut je... demam pulak menjadi-jadi.. doktor tahu cucuk ubat tahan sakit. Tangan dah bengkak macam-macam kena cucuk. Antibiotik lagi. 3 dalam 1 cucuk dekat tempat sama.. mane tak bengkak.. Esoknya (Isnin) ena tengok dah keluar darah beku. doktor scan tengok perut dah bersih. So ena discharge. 


MORAL OF STORY
  1. Kalau rasa period dah lewat tu cepat-cepat lah cek UPT. Jangan tunggu nak muntah bagai baru nak pergi cek. Kalau dah tahu awal, at least dapat jaga kandungan dengan lebih baik. Sepanjang mengandung ena takde morning sickness..
  2. Mungkin bagi sesetengah orang 'spotting' adalah normal semasa mengandung tapi tak semua badan kita adalah sama. Cepat-cepat pergi cek doktor ok. 
  3. Tidak terlampau aktif even korang rasa ok je ni. tak sakit. Sakit tu bukan terus datang. Lama-lama kumpul lepas tu jangan tanyalah kenapa sakit itu merana berhari-hari macam ena. 


PART 5 - BERPANTANG

  • Sampai rumah, semua terkejot takde cuci termasuk tukang urut.. Ena nak jawab apa kalau pihak hospital tak nak cuci kan. Ingat sampai rumah boleh releks? Hari-hari ena sakit perut. Tukang urut cek perut cakap perut ena ada lagi ni. Ambil langkah lain, minum jeli gamat & bertungku. Masa urut tu memang rasa ngilu la, perut mengeras.. 3 hari dalam hospital, badan mula la sakit penuh angin 1 badan.. Alhamdulillah, darah beku beransur keluar dan nak masuk 6 hari ena keguguran. cuma demam ni tak surut lagi. Orang kata kalau tak cuci, memang kita demam jela... hmmm... 2 kali sehari mandi air rebusan serai wangi untuk kurangkan demam panas ataupun sapu asam jawa di dahi. Doakan ena cepat sembuh ye. Alhamdulillah sampai sekarang ena masih kuat walaupun macam-macam dugaan ena tempuhi.

24 comments:

Sura Mohd said...

sabar ya ena..In Sha Allah lain kali ada rezeki..kaksura 2 kali gugur masa kandungan lebih kurang sama ngan ena..sepatutnya ena kena amik ubat kuat rahim(duophastone)..
masa gugur yg pertama dulu kaksura amik ubat tu tapi still darah kluar so doc suruh berhenti sbb baby tu memang tak jadi..pastu akak gi cuci kat swasta.sekali lagi gugur akak tak cuci sbb doc cakap biar dia keluar sendiri..kalau keluar sendiri memang sakit walopon darah ketul jer..malam tak leh tido tapi bila darah ketul dah kluar baru lega..
lepas niena amikla vitamin buat persediaan utk mengandung..supaya rahim tu kuat sikit..:)

siti said...

Banyakkan rehat utk pulihkan semula badan along tu..angh doakan along cepat dpt bby lg..insyaAllah..si kecik yg 'disana' tu slalu doakan ibu & ayh die.:-)

Nurhazlin Hussein said...

Sabar ye kak . InsyaAllah , pasti ada hikmah :) Baguslah dah ada yg menanti dekat sana . Hehee .

Nanie said...

Alahai... siannya... sabar banyak2 ye... Allah nak bagi yang lebih baik lagi tu...

Yana Halim said...

ena...akak pun penah kena utk kandungan kedua. Sedihnya Allah je yg tau. Byk2 bersabar2...

Nurulee said...

ya Allah kak ena. be strong k. i never experienced this bcs tak married pun lagi. hehe.

anyway. banyak rehat k. inshaAllah. ada hikmahnya ni. em comel akak =D

Nurul Syahada said...

ini semua dugaan kak ,saya doakan akak cecepat dapat baby. insyaAllah.

el said...

think positif ok..Allah nak duga ena tu..insyallah ada rezeki tuk ena nti


Miss Boo said...

be strong kak ena... pasti semua ne ada hikmahnya... InsyaAllah semuanya akan baik2 sja... take care kak... get well soon... :)

Eddie Fadzwan Boy said...

Isteri abg kuatkan? walaupun TINY, tetapi SEMANGATNYA TERAMATLAH 'BIG' (^_^) ALLAH s.w.t maha mengasihani dan mengetahui......

Sakinah Stillina said...

kuatkan semangat ye kak .mungkin belum tiba masanya lagi .akak jgn putus asa ye .Insya Allah ,Allah akan bantu akak .Teruskan berdoa ye kak .Insya Allah :)

nurul said...

sabar ye ena... baca pun tahu sakitnya...namun semoga ena dan suami tabah. :) mungkin rezeki lepas ni lebih melimpah ruah. Mana tahu dapat kembar.. Aminn. smga ena bahgia smpai syurga :)

RynaHakimi said...

Be strong ena.. Ada hikmah disebaliknya. Allah nak ganti dengan sesuatu yg lebih baik. In Shaa Allah nanti akan ada penggantinya. Teruskan berusaha :)

Eimma Esmail said...

moga kak ena tabah dan kuat. ima doakan akak cepat sembuh . banyakkan bersabar ye kak :)

Anizz Annisa said...

berat ujian nie ye kak.. sabar taw akak.. allah nk bg lg yg terbaik utk akak..cepat sembuh ye.. be strong sis.. :)

Mummy Adriana said...

Allah ialah sebaik2 perancang...insyaAllah takkan sia2,pasti ada hikmahnya, redhalah dengan takdirnya..ingat gugur ni lagi cerewet nak jaga dari bersalin...take care

Nur Kamsinah said...

tq akak.. Doktor takde bagi ubat kuatkan rahim. Ena kuatkan diri sndiri je. Hehe..

charkuoi charkuoi said...

kesiannya.. sabar k..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ena. Allahurabbi. sedih sheila baca ni dear. sheila dulu pernah keguguran awal nikah.. jatuh darah beku macam hati ayam. memang sakit gila. berbulan gak takleh terima kenyataan. mujur suami ada, kuatkan semangat. ni dah hampir masuk 2 tahun, alhamdullilah. Allah beri rezeki anak lagi.. syukur. sheila memanga da spotting masa 8weeks haritu. cepat2 pergi scan dan minta ubat kuatkan rahim. btw, sheila punya period since kawin kucar kacir sket. kadang tu 2-3 bulan tak period. sheila tak expect boleh pregnant semula. sheila doakan ena dan suami tabah menghadapi dugaan ini. In shaa Allah ada rezeki lain untuk kalian berdua. teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT...

Nisa Ampang said...

Sedih....agar mendapat zuriat dalam masa terdekat...

Anonymous said...

Sedih baca kisah awak, Sya pun sama lepas kawin period x teratur kejap lmbat kejap awal.. bila check -ve.. 28/5/14 8.00 mlm tu hari sya masuk hospita1 lepas pengsan mamai2 kna suru kencing dn kena ambil darah,Sy cuma dengar doc ckp kat mak sya UPT samar2 tunggu blood test, time menunggu 2btl air dh masuk badan sya kejap2 rasa pipi ni kena tepuk nurse or doc bila sya rasa mata ni kabur balik2 tu mesin dok check blood presure sya bila sya ckp kt nurse tu sya rasa sakit bila hembus nafas nurse tu blh x layan mata ni hanya mampu menangis jer nk ckp pun sya dh x mampu,doctor sah kn sya dh dua bulan preggy,tekejut + hapi ilang sakit sekejap, time kena scan, mustahil sya preggy sbb sya baru habis minggu lalu skrg waktu subur sya... time kna scan doc x nmpk apa2 hitam... doc tu tanya sya kalo dtg bulan selalu sakit sya jwb ya..Sampai 3 doc kerumun sya tolak sya pg bilik sebelah scan dr bawah, time tu baru sya nangis se nangisnya sakitnya kna godek2 bila scan dr bawah x berapa nmpk.. doc tu sah kn tiub sya dh pecah dn bleeding didalam.. Dtg doc bius dia tekejut pucat sgt ni, dia tanya knpa sya nangis sakit sgt? Sy jawab sakit dn sya rasa sakit bila hembus nafas, sy dh bg tau nurse tp dia x layan.. Apa lg tu doc mrh nurse dia sbb x alert.. Tu doc sendiri bg Oxigen kt sya dn tambah 1 botol darah.. sya kna suru sign satu surat utk buat pemedahan segera, lama tu doc tgk sya. sya ckp blh tunggu esk tunggu husband sya dtg, Doc said no! dh pecah ur blood presure low, u will not make it tomorrow puan. dgn tangan yg bejarum sign tu surat...29/5/14 Tiub sebelah kanan sya kna buang sbb dh pecah.. Kecewa bila doc ckp kita dh buang tiub awk sebelah kanan, tp xpe masih ada change 50% blh mengandung lg awk ada sblh kiri tp peratus utk berulang kembali etopik 20%... sy disaran kn merancang selepas 6 bln or satu tahun utk pastikn luka sya btl2 sembuh... skrg sya rasa down, takut & sedih bila tgk kwn2 sya ada yg tunggu hari lg besalin sdgkn sya yg dulu kawin dr mereka.. Tambah2 lg bila tgk En.Husband teringin & cemburu nk baby bila tgk kwn2 dia ada baby... as wife rasa xsempurna bila kita x dpt bg zuriat utk husband kita..rasa marah kita yg nak baby xdpt tp ada yg dpt baby blh2 buang mcm tu jer...

Atie Haryatie said...

Sama macam saya. Kandungan sy gugur masa usia 7 minggu. Masa mula2 mengandung memang dah rasa sakit2 dekat ari2 tp baby kuat so da dapat bertahan smpai 7 minggu. Pengalaman kita lebih kurang tp sy xkena cuci sebab darah keluar seketui. Tgl sikit2 je tp doc xcuci sbb skit sgt so da bg ubt thn skit dan antibiotic je. Sy mkn minyak habatulsauda stiap pagi sblm makan. Scan tuk kli ke2 nk tgk balik ada lagi drh ke yg trtinggal dlm rahkm. Alhamdullilah smua dh kuar. Skrg ni nk msk 3minggu dh sy berpntg tetiba darah turun balik dan skit dekat rahim rasa macam luka. Pegi hospital balik scan doc ckp dh xde tp ttba cyst pula muncul tp kecik lagi 3.3cm. Dh la skit rahim xmengecut lagi tetiba sakit pula cyst yg tetiba dtg. Sy anggap ni semua dugaan Allah bagi pada sy. Dan sy sgt memahami perasaan akk saat dilayan nurse yg mcm 2 dan saat kehilagan baby yg kita harapkan.. in shaa allah rezeki ada lagi.

Atie Haryatie said...

Sama macam saya. Kandungan sy gugur masa usia 7 minggu. Masa mula2 mengandung memang dah rasa sakit2 dekat ari2 tp baby kuat so da dapat bertahan smpai 7 minggu. Pengalaman kita lebih kurang tp sy xkena cuci sebab darah keluar seketui. Tgl sikit2 je tp doc xcuci sbb skit sgt so da bg ubt thn skit dan antibiotic je. Sy mkn minyak habatulsauda stiap pagi sblm makan. Scan tuk kli ke2 nk tgk balik ada lagi drh ke yg trtinggal dlm rahkm. Alhamdullilah smua dh kuar. Skrg ni nk msk 3minggu dh sy berpntg tetiba darah turun balik dan skit dekat rahim rasa macam luka. Pegi hospital balik scan doc ckp dh xde tp ttba cyst pula muncul tp kecik lagi 3.3cm. Dh la skit rahim xmengecut lagi tetiba sakit pula cyst yg tetiba dtg. Sy anggap ni semua dugaan Allah bagi pada sy. Dan sy sgt memahami perasaan akk saat dilayan nurse yg mcm 2 dan saat kehilagan baby yg kita harapkan.. in shaa allah rezeki ada lagi.

dynajamry said...

Sabar ea Ena, sy pn skrg pregnt 7minggu Dan Ada tompokan coklat, wpn tompokan coklat tp sbnrnya darah.....bila baca cerita Awk btkan sy lebih berhati2 tp utk pegetahuan Ena sy sbnrnya Blum bt rujukan doc.....sbb drg kata normal tp hati pn mcm X sedap jgk ni.......

★ ★ ★ ★ ★ Youtube SNE 4 SWEET ★ ★ ★ ★ ★

 

Finding tinynasweeeeeet

arrowdownred tinynasweet photo arrowdownredtinynasweet_zps11031802.gif

BILA NINJA BERNYANYI

Facebook SNE4SWEET

TINYNASWEET SWEETY METTY Copyright © 2014 This template design by eddyboyz86 | Husby always update blog Wifey | edNA |