Tips Berpantang Selepas Bersalin dan Keguguran | Senarai Pantang Makanan dan Minuman | Berpantang Cara Ena


Assalamualaikum w.b.t ~ I'am Mommies Sitter
[Husband Ena] ingin berkongsi pengalaman menjaga isteri yang berpantang.... basicly, penjagaan antara Bersalin & Keguguran ada sedikit perbezaan, boleh dirumuskan strict nisbahnya antara 60% untuk gugur : 40% untuk preggy... SETUJU tak wahai wanita - wanita di luar sana??? mengikut Story Puan Wifey DISINI penuh dengan perit jerih yang telah diharungi oleh beliau.... seriously, beliau memang AWESOME MOMMIES TO BE.... Abang TERHARU + BANGGA denganmu isteriku (^_^InsyaALLAH... Sesungguhnya, ALLAH s.w.t Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.... Ayah & Ibu akan menantimu di syurga wahai Anakku... (sedihhhh jap) hmmmm, ok.... tiba masanya untuk perkongsian pengalaman yang Terindah tika menjaga Isteri tersayang ~ Check it out!

*Remarks : Ini adalah berpantang cara wifey saya... Untuk bengkung, berurut, rawatan tradisional, jamu & sebagainya adalah sama dengan mommies yang berpantang di luar sana... Mungkin perkongsian tambahan ini dapat membantu mommies to be di luar sana... semoga bermanfaat ~
Perkongsian 1 : Ubat - Ubatan dari Hospital 


: : FOLIC ACID : : 
Untuk tambah darah semasa hamil... tapi bila wife dah keguguran, doktor suruh teruskan makan untuk kesuburan rahim...


: : ANTIBIOTIK : : 
Untuk elak jangkitan kuman pada rahim wifey... sebab wifey alami luka pada serviks...

Perkongsian 2 : Ubat - Ubatan Persendirian 


: : SNE SUPPLEMENT : : 
Alhamdulillah... hampir 2 tahun wifey consume... Merawat dalaman seperti senggugut dan magrain... Badan tidak mudah letih... Sepanjang hamil, wifey tidak alami morning sickness ataupun keletihan badan... No wonder lah wifey tak tahu dia mengandung... Disebabkan itu, wifey aktif bergerak dan siap main badminton dan sempat berdating di I-CITY Shah Alam (Main Ais).. Kesilapan itu, mungkin buat wifey keguguran... i guess lah! Kuasa Tuhan... Selain itu, khasiat SNE supplement adalah baik untuk kesuburan rahim dan membantu buang angin dalam badan... Dulu wifey ada alahan teruk pada seafood! tapi sekarang, wifey dah boleh makan apa sahaja yang dia suka (^_^) boleh dapatkan SNE SUPPLEMENT DISINI!


: : JELI GAMAT : :
Baik untuk merawat luka dalaman... Seperti yang semua maklum, wifey takde cuci selepas keguguran, sejak makan jeli gamat selama 5 hari, darah beku beransur keluar dan tiada bleeding pada hari ke-5... Syukur, Alhamdulillah ~

Perkongsian 3 : Penjagaan Ketika Mandi


: : AIR REBUSAN SERAI WANGI : :
Untuk mereka yang alami demam panas ketika berpantang, disarankan mandi air rebusan serai wangi selepas dah siap mandi biasa (mandi air panas)... Amalkan 2 kali sehari sampai rasa demam dah hampir pulih...

Perkongsian 4 : Penjagaan Luaran


: : BERTUNGKU CARA MODEN : :
Seperti gambar di atas (kucing tersayang), wifey menggunakan bantal panas elektrik... Mudah sahaja! hanya perlu cas selama beberapa minit sehingga lampu LED merah terpadam... Kena rajin bertungku di perut, kemudian... akhir sekali dah rasa suam-suam je letak dekat tapak kaki untuk lancarkan peredaran darah... Boleh dapatkan di ECONSAVE...



: : BIO VELOCITY SLEEP MATE HAI-O MARKETING PRODUCT : :
Sambil baring tu, alaskan BVSM di atas tilam untuk membantu keseimbangan badan... Kalau demam, boleh lah selubung BVSM ni pada keseluruhan badan... InsyaALLAH, kesihatan semakin pulih dengan izinNYA...

Perkongsian 5 : Penjagaan Dalaman / Penghadaman


: : MINERAL COFFEE HAI-O MARKETING PRODUCT : :
Produk ni memang awesome sebab kita boleh dapat kesan yang cepat... Masa mula-mula wifey keluar hospital, memang dia lemah dan alami sembelit sebab stress... Khasiat Mineral Coffee yang mengandungi garam buluh ini sangat bagus untuk kecergasan badan, pulihkan sakit sendi dan pencernaan. Amalkan 2 kali sehari... Sesiapa yang ada masalah sembelit dan buasir boleh amalkan. Wifey semakin sihat selepas 5 hari berpantang... Rasa kopi ni tak berapa pahit... Tak perlu letak susu untuk kesan yang lebih baik... Selawat 3 kali dan minum... boleh didapati DISINI


: : PRUNE SUNSWEET : :
Selain Mineral Coffee, boleh amalkan makan sunsweet... Prune ini bagus untuk detoks badan... Ikut koranglah nak pilih Mineral Coffee or Sunsweet? tapi macam wifey saya, 2 2 dia amalkan... Lancar je pembuangan... Takde rasa sakit perut ngulas lama sangat...

MAKANAN & MINUMAN
BOLEH
TIDAK BOLEH
AYAM & DAGING

  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang

  • Ayam biasa (takut gatal)
IKAN
Penting :

Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu.
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
  • udang
  • sotong
  • kerang

ULAM ULAMAN

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu.

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan kesemua anggota badan dan menyembuhkan luka dalaman.

  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • pucuk pegaga
  • pucuk mengkudu
  • pucuk ulam raja
  • lempuyang
  • jantung pisang rebus
  • daun atau ubi cekur
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku












SAYUR-SAYURAN

Penting :

Mengambil sayur-sayuran yang jenis pembiakan menjalar, sejuk serta sayuran yg berangin boleh menyebabkan ibu-ibu kembung  perut dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu.

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran

darah dalam tubuh.

  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih


  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering

BUAH-BUAHAN



Penting :

Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina

  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai
LAIN-LAIN MAKANAN

Asam jawa membantu membuang air besar selain dari menyegarkan tubuh badan 
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan salai
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang

AIR

Penting :

Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.

  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu
  • air ais
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang

KREDIT TO KAK HASNIDA

*** Kalau ada yang kurang, mohon perkongsian dari anda..... Share di Comment (^_^)

Post a Comment

13 Comments

el said…
thx share pasal berpantang ni
yg jeli gamat tu nti iols nak beli lah...before ni x nah pakai :)
Unknown said…
perkongsian yg bermanafaat :)
Sheila Salim said…
Assalamualaikum.. thanks share. in shaa Allah, berpantang nanti boleh refer sini...
Tq,share byk membantu,coz bru 2hari keguguran
bengkungmoden said…
salam perkenalan. terima kasih atas perkongsian info yg berguna kpd pembaca.
Unknown said…
Salam... mintak nombor fon. Urgent :(
iamnorzi said…
terima kasih atas perkongsian tentang berpantang ni.
Anonymous said…
Terima kasih atas info yang sangat bermakna....
Anonymous said…
Terima kasih....sesi perkongsian yang sangat berguna dan bermanfaat...tapi saya ada kemusykilan...tentang ikan...kalau ikan salmon orang berpantang keguguran boleh makan ker......? Mohon pencerahan .
Anonymous said…
Terima kasih....sesi perkongsian yang sangat berguna dan bermanfaat...tapi saya ada kemusykilan...tentang ikan...kalau ikan salmon orang berpantang keguguran boleh makan ker......? Mohon pencerahan .
Anonymous said…
Great post. I was checking constantly this blog and I'm impressed!

Extremely helpful info specifically the final phase :) I handle such information much.
I used to be looking for this particular information for a
very long time. Thank you and good luck.
Anonymous said…
whoah this weblog is excellent i love studying your posts.
Keep up the good work! You realize, many individuals are hunting around
for this information, you can help them greatly.
Anonymous said…
They're words inspired by God.