Cara Buat Jus Buah Campuran | Shake n Take Mini Blender

Assalamualaikum w.b.t~
This time.... ena nak kongsikan 1 produk "mini blender" yang sangat mudah digunakan & boleh bawa pergi travel iaitu SHAKE N TAKE MINI BLENDER. Dengan mini blender ni, korang boleh buat Jus, Yogurt dan Smoothies. Puas hati nak letak buah apa korang suka, kemudian blend... Tak perlu nak tuang kat cawan, boleh terus minum je sebab ade flip flop straw di bahagian penutup atas... Ena ni memang suka minum jus ~ tapi, order luar lah :P Nak buat sendiri memang malas... Yelah, kat rumah takde blender jus.. Ni terpengaruh tengok HANIS ZALIKHA dan LISA SURIHANI review blender jus :D Terus beli... Tak tipu ~ memang senang dan ringan je... Memang sesuailah nak bawak travel kan.


Multi-functional mini blender
Blend ice with ease
Quick breakfast solution
Convenient flip top straw
Doubles as takeaway cup
Secure sports bottle flip top
Blend and drink from the same bottle
Instantly blend smoothies and protein shakes



Ena beli blender termasuk 2 botol... Lebih jimat beli 2 terus!



Ikut pada minat korang... Boleh campur buah dan juga sayur... Contoh yang ena suka; epal hijau, epal merah, pisang, lobak merah dan tomato... Ena cadangkan kalau korang nak blend buah, mesti campur pisang 2biji untuk dapat rasa yang lebih lemak... Baik untuk mereka yang suka diet... Amalkan pada waktu pagi... So, kurang rasa lapar ~

***Tips : Untuk pastikan buah-buahan sentiasa segar di dalam peti ais dan tidak mudah lebam, rendam buah dengan air dan sesudu garam, kemudian cuci dan simpan ke dalam peti ais.



Ikut mood jugaklah... Contoh yang ena buat ni guna 3jenis buah je... slurpppp


ena suka buang kulit sebab ada sesetengah buah kulit dia rasa pahit sikit...  




Ok done!!! 3 jenis buah yang siap di potong dan cuci sedia di PANCUNG... uhuk3x



Letakkan air ikut pada rasa tekak korang... hehe... Sukatan air boleh tengok pada botol shake ~ nyam nyamm nyammm



Nak sedap? tambahkan sedikit susu...


Ok nampak tak air jus ena dah siap... So, proceed buat ice blended coklat untuk suami pulak (",)

Bahan-bahan jus buahan campur : 
Epal hijau, epal merah, lobak merah dan  air 400ml.

Cara membuat : 
1) Potong buah dan kupas kulit. Kemudian cuci. Tak nak buang kulit pon boleh
2) Masukkan kesemua buah ke dalam blender
3) Tuang air sebanyak 400ml dan blend
4) Letakkan susu sedikit jika ingin rasa manis lebih. kemudian blend lagi sekali

Bahan-bahan ice blended coklat : 
Coklat, susu, air 400ml dan ais.

Cara membuat : 
1) Letakkan coklat 3 atau 4 scoop
2) Letakkan susu ikut pada selera korang
3) Tuang air sebanyak 400ml dan blend
4) Letakkan ais penuh dalam botol dan blend lagi sekali

Post a Comment

9 Comments

Mia Liana said…
wahhh.. senangnya nak wat jus...
Sheila Salim said…
Assalamualaikum awak. sheila pun macam nak terpengaruh ni. hehee bestnya .. sheila suka epal hijau tu. elok dimakan masa mengandung ~~~
falisha akma said…
awak, nk tnye brape rm blender ni? beli kat mne?
Abby said…
Salam... nak tanya... bertahan tak blender ni? ke cepat rosak?
Olie said…
Tq sharing .boleh Cuba nanti
Anonymous said…
Thanks for sharing your thoughts on printer.
Regards
wow buat sendiri je kan senang
Unknown said…
Nak beli kat mana blender gini
Cik Puan Ena said…
Ena beli on9..dkt lelong..tp bole je beli lebih kurang mcmni dkt pasaraya besar spt giant pon ada..cuba tgk kt lazada mungkin ada..