★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ Apabila Tinynasweet Berniaga ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★

FREE SHIPPING + FREE BLOGGER BISNES + REGISTER MEMBERSHIP + FREE GIFT

.



::::: [ CHANTIQ DALAMAN ] ::::: KLIK { TEMPAHAN | FORM ORDER } UNTUK ORDER PRODUK SNE ::::::: [ CHANTIQ LUARAN ] ::::


★ ★ ★ FOLLOWERS - SWEETY METTY ★ ★ ★

KIKI KERJA KAHWIN #PEUGEOT 208 CDM 25

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ 

Nukilan dari blog HUSBYku :


Saya dan isteri mengenali insan yang bernama Siti Fairrah Asyikin binti Kamaruddin (Kiki) dan terkejut dengan apa yang sedang hangat diperkatakan di semua ruangan internet selepas kejadian kemalangan kecil dan menerima pelbagai kecaman yang bertubi-tubi. Bagi yang megenali Kiki, beliau adalah seorang yang peramah, mesra, baik hati dan berbudi bahasa. Saya bersimpati dengan beliau! betul kata orang, "bila kita sudah hilang pertimbangan, kita bukan menjadi apa yang kita sangkakan" 

Manusia itu tidak sempurna. Andai kita ditempat Kiki, mungkin perkara yang sama akan berlaku! bezanya bagaimana kita meluahkan? Tetapi, bila dah terlanjur sikap sedemikian rupa, pasti kita akan muhasabah semula. Permohonan Maaf Kiki kepada Uncle Sim membuktikan Kiki mengaku akan kesalahan dia. Siapalah kita yg nak jadi tuhan dengan menghukum kiki? Apapun, kita sebagai khalifah ALLAH s.w.t jadikan perkara ini sebagai pengajaran dan pedoman untuk kita bawa dari hari ke hari.

Untuk Kiki dan uncle, anda telah membuka segenap mata diluar sana! betapa kerdilnya kita manusia untuk menyelesaikan masalah apabila mengikut perasan. Maka, terpaksalah berurusan dengan Undang-undang Malaysia. Nasihat saya, janganlah kita menghukum atau mencaci sesama kita dan mengharapkan kita sesama insan sentiasa maaf - bermaafan. Lagi pula hari ini adalah bulan yang penuh barakah bulan Ramadan dan tidak lama lagi akan melangkah ke bulan kemenangan bulan Aidilfitri yang mulia.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua insan yang sengaja atau tidak sengaja mengetahui perkara ini agar kita semua jadikan peristiwa ini sebagai iktibar dan banyakkan beristiqfar setiap kali ditimpa bencana. Banyakkan berzikir, bersalawat dan ingat pada Allah s.w.t. Jauhi sifat amarah melampau yang akan merosakan diri sendiri. Jom sahabat - sahabatku semua, Maafkanlah Kiki dan kita sama - sama berdoa agar kiki berubah kearah kebaikan. Itu lebih baik dari kita jatuhkan sesama kita ~

Untuk makluman, saya akan masuk sekali lagi ONLINE CONTEST yang dianjurkan oleh Kerja Kahwin (facebook) Wish me luck! wassalam....


Diatas adalah penyertaan yang baru
dibawah adalah penyertaan yang lama

4 comments:

Farah Waheda Wahid said...

semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran...

Alynn Azman said...

assalammualaikum kak..semoga apa yg berlaku memberi keinsafan kpd kita semua ..terlajak perahu boleh berundur terlajak kata buruk padahnya..sesungguhnya kita hnya manusia biasa yg x pernah lari drpd melakukan kesilapan. Allah ..

wish u gud luck sis :)

Elvy Nellysha said...

yup.betul..
cuma, pada mereka yg tak kenal dia, mmg la terkejut mcm saya juga...


semoga dpt iktibar~

lyana zm said...

Semoga semuanya ada hikmah..

Selamat hari raya kak..

kakakcici.blogspot.com

★ ★ ★ ★ ★ Youtube SNE 4 SWEET ★ ★ ★ ★ ★

 

Finding tinynasweeeeeet

arrowdownred tinynasweet photo arrowdownredtinynasweet_zps11031802.gif

BILA NINJA BERNYANYI

Facebook SNE4SWEET

TINYNASWEET SWEETY METTY Copyright © 2014 This template design by eddyboyz86 | Husby always update blog Wifey | edNA |