★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ Apabila Tinynasweet Berniaga ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★

FREE SHIPPING + FREE BLOGGER BISNES + REGISTER MEMBERSHIP + FREE GIFT

.



::::: [ CHANTIQ DALAMAN ] ::::: KLIK { TEMPAHAN | FORM ORDER } UNTUK ORDER PRODUK SNE ::::::: [ CHANTIQ LUARAN ] ::::


★ ★ ★ FOLLOWERS - SWEETY METTY ★ ★ ★

PERMOHONAN BR1M 4.0 2015


br1m 20151

Kerajaan terus menunjukkan keperihatinan terhadap rakyat apabila meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) malah jumlah bantuan itu dinaikkan dan akan dinikmati oleh golongan sasar mengikut syarat kriteria ditetapkan
Kenaikan kadar BR1M bagi tahun 2015 diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2015 yang berlangsung di Parlimen pada 10 Oktober 2014
Justeru itu, rakyat Malaysia yang berkelayakan terus menikmati nilai bantuan BR1M berdasarkan kriteria ditetapkan
Bantuan Rakyat 1Malaysia pada tahun 2015  juga lebih dikenali sebagai BR1M 4.0 yang merujuk kepada sudah empat kali kerajaan memberi insentif ini kepada rakyat berkelayakan
Berikut adalah informasi tentang syarat kelayakan dan pemohonan bagi pemohon baru BR1M 4.0 sepertimana yang ditetapkan
Syarat Layak Terima BR1M 4.0 RM950
StatusWarganegara Malaysia
KriteriaSeorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan
Warga emas (sebatang kara)berumur 60 tahun keatas
Pendapatan Kasar BulananRM3000 dan kebawah (termasuk dengan warga emas)
Cara Pembayaran DiterimaDibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu
  • RM300 : 28 Januari dan 28 Mei
  • RM350 : 28 September
Layak menerima Skim Khairat Kematian yang memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000, berkuat kuasa selama setahun
Syarat Layak Terima BR1M 4.0 RM750
StatusWarganegara Malaysia
KriteriaSeorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan
Warga emas (sebatang kara)berumur 60 tahun keatas
Pendapatan Kasar BulananRM3,001 hingga RM4,000 (termasuk dengan warga emas)
Cara Pembayaran DiterimaDibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu
  • RM200 : 28 Januari dan 28 Mei
  • RM350 : 28 September
Layak menerima Skim Khairat Kematian yang memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000, berkuat kuasa selama setahun
Info Skim Khairat Kematian
  1. Skim Khairat Kematian akan diberi kepada waris penerima BR1M kategori isi rumah dan warga emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2015 sehingga 31 Disember 2015
  2. Maklumat waris perlu didaftarkan secara online atau manual (guna borang)
  3. Hubungan waris dengan pemohon BR1M adalah terhad kepada suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak sahaja

Syarat Layak Terima BR1M 4.0 RM350
StatusWarganegara Malaysia
KriteriaIndividu (Bujang)
  • Berumur 21 tahun ke atas
Pendapatan Kasar BulananRM2,000 Kebawah
Cara Pembayaran DiterimaDibayar sekali gus mulai 28 Januari 2015
Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250 (BB1M)
BORANG ONLINE DAN MANUAL PERMOHONAN BR1M 2015 PEMOHON BARU
Permohonan baru merujuk kepada pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon BR1M 1.0, 2.0  dan 3.0 yang tidak layak sebelum ini kerana tidak menepati kriteria ditetapkan
Jadi pada BR1M 2015 ini, jika merasakan layak boleh membuat permohonan melalui cara berikut mulai 1 Disember ini sehingga 31 Disember 2014
Melengkapkan borang permohonan secara online menerusi laman web rasmi BR1M di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my
Ataupun secara manual iaitu menggunakan borang yang boleh didapati di
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • Online di laman sesawang www.hasil.gov.my

BAGAIMANA DENGAN PENERIMA BR1M SEBELUM INI?
Penerima BR1M sedia ada, maksudnya sudah disahkan layak atau pernah menerima BR1M 1.0, 2.0, 3.0 tidak perlu mendaftar lagi untuk yang terbaharu ini
Bagaimanapun perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank jika terdapat perubahan semasa melengkapkan permohonan terdahulu
Kebiasaannya kemaskini dibuat jika terdapat perubahan seperti
1. Ingin memberikan maklumat akaun bank jika sebelum ini tidak disertakan
2. Pindaan Alamat
3. Maklumat Pasangan Atau Tanggungan
icon baru Penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas, diminta untuk mengemukakan maklumat waris bagi tujuan pembayaran Skim Khairat Kematian
  • Pemohon boleh mengemaskini maklumat tersebut mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember secara online melalui Portal Rasmi BR1M LHDNM di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my
  • Atau dengan menggunakan borang yang akan diedarkan bermula tarikh BR1M dibuka
Penerima BR1M diminta untuk membuat kemas kini bagi memastikan wang bantuan itu dapat disalurkan kepada penerima mulai tarikh pembayaran seperti yang dinyatakan dengan tepat berdasarkan maklumat terkini

Contoh Surat Pemberitahuan Kemaskini Maklumat BR1M 2015
kemaskini br1m 2015
  • Pemohon baru dan penerima BR1M sebelum ini yang tidak memiliki akaun bank dinasihatkan membuka akaun di cawangan bank berhampiran
  • Saranan itu bertujuan supaya penerima BR1M yang memiliki akaun bank tidak lagi perlu beratur panjang menerima bantuan kewangan itu kerana wang akan disalurkan terus ke akaun bank penerima mengikut peringkat pembayaran
  • Langkah ini juga mempercepatkan penyaluran bantuan kepada penerima di masa depan
Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke br1m@treasury.gov.my
Senarai Nama Bank Yang Diterima Bagi Tujuan Pembayaran BR1M

  • Affin Bank Berhad
  • Agro Bank
  • Alliance Bank Malaysia Berhad
  • Am Bank Berhad
  • Al Rajhi Bank
  • Bank Islam Malaysia Berhad
  • Bank Rakyat
  • Bank Muamalat Malaysia Berhad
  • Bank Simpanan Nasional
  • Cimb Bank Berhad
  • Citibank Berhad
  • Hong Leong Bank
  • Maybank
  • OCBC Bank
  • Public Bank Berhad
  • RHB Bank Berhad
  • Standard Chartered Bank Malaysia BHD

Nota:
  1. Jenis akaun yang dibenarkan adalah akaun simpanan bank atas nama pemohon BR1M sahaja
  2. Akaun pinjaman, akaun bersama dan akaun syarikat adalah tidak dibenarkan


Pautan sumber : http://www.mysumber.com/

2 comments:

Ali Wowberita said...

Sy sudah menerima surat mengemas kini maklumat brim
Masalahnye apabila klik ke laman web still x dpt proses .hari ini da 1disember
Boleh jelaskan kenapa masih tidak boleh membuat kemaskini apabila sy klik pada butang kemaskini..tq

Riri Maysyuri said...

singgah lagi setelah lama tak singgah, semoga sihat selalu ya, salam dari indonesia ^_^

★ ★ ★ ★ ★ Youtube SNE 4 SWEET ★ ★ ★ ★ ★

 

Finding tinynasweeeeeet

arrowdownred tinynasweet photo arrowdownredtinynasweet_zps11031802.gif

BILA NINJA BERNYANYI

Facebook SNE4SWEET

TINYNASWEET SWEETY METTY Copyright © 2014 This template design by eddyboyz86 | Husby always update blog Wifey | edNA |