ツ Teman Tapi Mesra

Percutian ke Bangkok dengan Pakej Flight + Hotel Traveloka

Ena perhatikan awal tahun ni ramai sangat kawan2 pergi ke Thailand. Arghhh cemburunya !! 

Banyak tempat best yang mereka kunjungi buat ena rasa nak jugak pergi nanti. Kena lah tunggu suami habis PJJ dah 6 tahun. Jenuh hai tunggu dia nak habis sem sebab susah nak cuti travel jauh2 ni.

Kalau ena diberi pilihan nak ke mana, ena akan pilih Bangkok sebab apa??? Sebab nak shopping di CHATUCHAK MARKET. Nampak tak ena sebagai wanita tak dapat dipisahkan dengan membeli belah 😆😆😆. 

Chatuchak Market merupakan salah satu pasar terbesar di dunia yang mempunyai 8000 gerai seluas 27 ekar dan boleh mencapai tahap 200,000 pengunjung pada hari minggu. 

So pastikan plan pada hari tersebut. Untuk mengelakkan dari tersesat, kenalah standby peta dulu. Mempunyai pelbagai barangan menarik dan murah antaranya pakaian, aksesori, kraftangan, seramik, koleksi barangan antik, makanan dan minuman. Ni mahu rambang mata nak rounder. Kenalah pakai kasut yang selesa.





Banyak lagi tempat menarik di Bangkok seperti Siam Paragon, Wat Pho dan sebagainya. Pastikan percutian dengan keluarga adalah berbaloi supaya tak rasa rugi ke tempat yang menarik. Jadi nak lagi berbaloi dan memudahkan perjalanan, apa kata kita membuat tempahan terus melalui "Traveloka" kerana ia sangat mudah dengan mengambil pakej "Flight + Hotel" secara serentak kerana lebih jimat.


Haaa.. Traveloka tengah ada promosi taw ! hanya klik Thai Airways Malaysia dan daftar sebagai user. Kemudian pilih "Flight + Hotel" dan isi waktu perjalanan yang diinginkan.


Boleh lihat contoh booking di bawah dan klik "Search Flight + Hotel".




Korang boleh "Filter" budget sendiri, kemudahan yang diperlukan dan penginapan. Kemudian "Sort" mengikut kemahuan seperti nak tengok pada harga terendah hingga harga tertinggi ataupun melalui review orang awam dan populariti. 

Dah pilih ??? Terus lah booking selepas puas membuat semakan dan pilihan.



Kalau pernah jejak ke sana dan ingin travel lagi apa salahnya mencuba dengan Traveloka pula kan kerana ada menawarkan promosi KUPON diskaun. Jadi jangan lupa untuk klik 
💕💕💕 Flights to Bangkok nanti 💕💕💕


Tips ke Bangkok :

1. Buat kiraan belanjawan dari segi makanan, transport, penginapan dan buah tangan.
💕💕💕
2. Rajin buat semakan mata wang Bath dan buat perbandingan dengan money changers yang lain.
💕💕💕
3. Dinasihatkan pecahkan nilai 50 Bath atau 100 Bath.
💕💕💕
4. Duit yang dipecahkan ke nilai yang kecil boleh menyelamatkan korang membayar UBER/GRAB/TAXI/MRT dengan mudah dari airport.
💕💕💕
5. Elakkan berkunjung ke Bangkok pada acara Songkhran kerana banyak peniaga akan tutup kedai pada perayaan tersebut.
💕💕💕
6. Penggunaan kad debit penting jika berlaku kehabisan wang tunai, kehilangan dompet atau kecemasan. Hanya melalui ATM sahaja boleh membantu. Hubungi pihak bank dahulu dan minta membuka akses ke kad debit ATM di luar negara.
💕💕💕
7. Bawa passport untuk mengaktifkan simkad dan boleh didapati di kedai serbaneka 7-Eleven, Family Mart atau pusat membeli belah. Pengaktifan simkad perlu dilakukan sebelum 9.00 malam. Pastikan alert pada masa.
💕💕💕
8. Minta simkad khas untuk pelancong bagi mendapatkan rate yang lebih rendah untuk membuat panggilan ke Malaysia.
💕💕💕
9. Sebelum memulakan aktivti jalan2 di luar, pastikan ambil kad business hotel yang korang menginap untuk memudahkan teksi atau Grab hantar pulang. Ini kerana tidak semua fasih berbahasa Inggeris dan tahu alamat hotel. 

Semoga tips ini dapat membantu korang memulakan perjalanan dengan lebih lancar !!!

Neem Balm Keluaran ZM Beauty | Sesuai untuk kulit kering dan sensitif


Pernah dengar tak "Pokok Neem" ??

Mungkin kita tak biasa dengan panggilan "Neem" tapi untuk orang melayu macam kita ni ia adalah "Pokok Semambu". Ena pon tak terlalu familiar dengan "Neem" ni tapi bila buat research rupanya ia sangat terkenal di negara India dan kini sudah meluas digunakan di malaysia. 

Apa kebaikan "Neem" ??

1. Herba yang memberi nutrien yang baik pada badan.
2. Daun Neem bersifat "Anti-bakteria", "Anti-Kulat", dan "Anti-Virus".
3. Melegakan keradangan dan kerengsaan kulit.
4. Digunakan sejak turun-temurun untuk menghalau nyamuk kerana boleh mencegah nyamuk daripada mendekati kita.


Neem Balm Produk terbaru keluaran ZM Beauty


Bahan Utama

Daun Neem, Minyak Zaitun dan Lilin Lebah.

Cara Guna

Hanya buat sapuan nipis ditempat yang diperlukan. Boleh rujuk pada belakang bekas Neem Balm tersebut cara menggunakan.

Ada kesan sampingan tak ??

InsyaAllah tiada kesan sampingan kerana 100% semulajadi.

Jangka hayat penggunaan

Jangka hayat selama setahun selepas bekas di buka seperti yang tertulis di belakang bekas Neem Balm


Harga 1 set Neem Balm RM45 seberat 60gram dan akan dapat FREEGIFT 

💕💕💕 Termometer digital 10k unit pertama sahaja.
💕💕💕 Casing khas beserta Keychain ZMBeauty


Cantik ke idak termometer free ni ?? Excited sumayyah tengok kartun Pooh favourite dia. :)
Casing ni sangat cantik okey.. Ekskusif sangat !!!



Selamat digunakan dan telah di uji di makmal PERMULAB SDN BHD dan mendapat kelulusan KKM


Untuk keterangan lanjut boleh layari :

Facebook : NeemBalmZMbeauty

Instagram : NeemBalmhq

Hadiah kenangan inspirasi dari Printcious Gift


Kali ni teruja nak cerita barang yang ena pilih sangat cantik okey ;)

Mula-mula tu plan nak beli baju couple tapi suami taknak pulak sebab dia kata cuba buat baju Kelab Kereta kami sebab kami pula tengah buat promosi sempena pelancaran apps terbaru Myperoduaclub.

Dia cakap rugilah tak design kan.haha okey lah.. Nampak tak semua barang dia. Hehe tak kisahlah janji puas hati ada muka sendiri kat baju suami.... gitu... "siap cakap kat dia tak malu ke pakai gambar wife kat baju ??" hahaha...

Untuk tahu cara nak membuat tempahan boleh cek DISINI


CUSTOM DESIGN - TSHIRT 



Berbunga hati tengok muka sendiri.  haha.. memang cantik warna sama dan tak crack. Kalau ambil saiz biar sama jangan pergi tambah saiz sebab baju nya cutting besar taw. So kalau pakai S terus je ambil S. jangan fikir cutting kecik kot. Ni ibarat saiz S tapi dapat macam nak sama saiz M. 

Ena pernah tempah di satu tempat tapi bila dapat gambar pecah, then blur plak tu. Rugi taw modal besar buat baju kelab banyak-banyak tapi hasil tak sama.

Gambaran design sebelum siap  di dalam sistem Printcious.


Cantik sangat. Memang real color ! 100% cotton material - 160gsm


CUSTOM DESIGN - COASTER 


Coaster ni untuk alas gelas tapi idea suami taknak pon buat alas gelas. Hehe.. dia nak frame kan..
Material Fabrik & getah lembut. memang lembut boleh lipat-lipat.



Thickness 3MM. So tak terlalu nipis pon. Rasa padat dan kenyal.

Bersaiz 9.7cm x 9.7cm


Gambar real seperti yang diletakkan pada asal tempahan. Halah..halahhh.. cantiklahh.. memang kreatif lah suamiku cakap buat ni pastu frame. hehe...

Okey lepasni shopping apa ye :) Of course ena repeat order, kali ni nak barang lain pula..

Last but Not Least :)

PRINTCIOUS GIFTS - Create Your Photo Design


Zaman sekarang ni kebanyakan orang lagi suka DIY (Do It Yourself ) barang sendiri. Sampai bab pelamin pon nak DIY. Bukan saje sebab nak cut cost tapi kepuasan !!! 

Sampaikan surprise birthday gift pon ada runner hantarkan surprise. Fuhhh hebat zaman sekarang ni. Ada duit ada internet semua settle kan..

Ena tertarik dengan satu laman web ni yang berkonsepkan DIY iaitu PRINTCIOUS GIFTS cuma bezanya bahan telah sedia ada dan pengguna perlu custom design sendiri dalam 40% adalah hasil tangan pengguna. Best kan ??

Apa lagi memang teruja lah ena explore website ni. Rambang mata di buatnya sebab terlalu banyak jenis barangan yang boleh kita DIY.

Masuk webiste ni pon laju takdelah loading lama. Cara daftar pon sangat senang. Friendly user. Korang boleh Login via Facebook.


Diskaun 50% offer dan Penghantaran Percuma RM60 belian ke atas !


Selepas sahaja login, boleh update Profile dan terus shopping !


1. Pilih produk pilihan
2. Pilih design dan upload gambar
3. Edit tulisan dan warna
4. Tambah order


Betul tak ena cakap rambang mata kan. My favourite tshirt, cushion dan canvas. Top 3 checklist ena nak DIY.


Hadiah kan kepada yang tersayang pada Hari yang Istimewa !

Korang juga boleh hadiahkan kepada pasangan, anak, ibu bapa dan juga sahabat :



Ok yang menjadi pilihan ena adalah Tshirt couple. Hehe.. Pickup line tu rasa bersemut pulak. Sesuai untuk pasangan suami isteri. So ena nak buat hadiah sempena Anniversary kami yang ke 5 tahun sejak 15/11/13. 



Untuk melakukan pembayaran, boleh pilih senarai perbankan terpilih seperti di bawah ini


Lawati PRINTCIOUS GIFTS untuk melihat lebih banyak produk :




Tunggu next order ena ni sampai. Hasilnya memuaskan ke tidak ? Tak sabar nak melihatnya.

Produk Bayi jenama CHOMEL khusus untuk kulit sensitif dan Ekzema


Teruja nak cerita produk CHOMEL ni sebab dah lama ena cari produk yang sesuai untuk anak. Sumayyah mempunyai kulit yang sangat sensitif. Dia tak boleh pakai bedak talkum dan lotion sembarangan. Mudah naik ruam pada leher. Selalu juga tukar produk tapi still standby ubat khas untuk sapu ruam. Kini masalah ena dapat diselesaikan setelah mecuba rangkaian produk CHOMEL buatan Malaysia ini.

SEMULAJADI, SELAMAT, BERKESAN & MESRA ALAM

Kulit Bayi 3 kali lebih nipis !!!
Kulit bayi adalah nipis, mempunyai keresapan bagaikan span dan lebih cepat hilang kelembapan daripada kulit dewasa..



Teruja unboxing..hehe. Apa tak nya CHOMEL taw kotak dia ada gambar baby. Sangat pantas penghantaran menggunakan CITYLINK.


⏩ Bahan semulajadi, No sintetik
⏩ Bebas bahan silikon dan minyak mineral 
⏩ Diperbuat daripada bahan berasaskan tumbuhan
⏩ Dermatologi diuji untuk kulit sensitif
⏩ Hypoalergenik, tidak akan menyebabkan reaksi alahan
⏩ Disahkan HALAL oleh JAKIM Malaysia



Kulit anak sensitif dan alami Ekzema ?? 
Kegatalan, kemerahan, kelepuhan, kulit kering, bengkak, kelupasan, pendarahan, keradangan dan kerengsaan.
.
.
Jika "YA".. Kena cuba produk CHOMEL


1. BABY HEAD TO TOE WASH 500 ml (RM34.90)


<< PH seimbang dan bebas sabun >>

<< Membersih tanpa mengeringkan >>

<< Mengandungi Vitamin C dan E untuk melegakan kulit agar sihat dan lembut >>


2. BABY DAILY LOTION 500 ml (RM34.90)


<< Losyen lembut dan serba boleh membantu menenangkan, melembabkan dan menyokong keseimbangan kelembapan semulajadi kulit >>

<< Mengandungi Vitamin C dan E untuk melegakan kulit agar sihat dan lembut >>


3. BABY WIPES 30 sheets (RM6.90)


<< Sangat tebal dan tahan lama >>

<< Khas untuk bahagian sulit bayi, sebelum dan selepas makan, permainan dan travel >>

<< Mengandungi Vitamin C dan E untuk melegakan kulit agar sihat dan lembut >>


Untuk melihat rangkaian produk cucian dan penjagaan kulit boleh layari laman web chomelbaby.com

Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com


Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 atau BSH 2019 fasa pertama akan dibuat pada 28 Januari nanti. Bantuan tersebut dijangka memanfaatkan lebih 4.1 juta penerima di seluruh Malaysia. Terdapat lima jenis kategori bantuan untuk pembayaran BSH kali ini. (rujuk gambar di bawah)


Pembayaran pertama akan dibuat sebanyak RM300 untuk setiap isi rumah. Baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Urusan kemaskini BSH 2019 akan dibuka semula dalam tempoh terdekat. Setiap penerima wajib kemaskini permohonan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun. 

Untuk maklumat lanjut layari portal Bantuan Sara Hidup di https://bsh.hasil.gov.my



Giveaway ini dianjurkan oleh SemakanOnline.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM350 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Read more: http://www.mialiana.com/2019/01/giveaway-semakanonlinecom-di-mialianacom.html#ixzz5bkofsHeA

8 Tips perjalanan jauh dengan anak menaiki kereta


Tips ni sebenarnya khusus untuk ibu yang terpaksa travel bawa anak atau pun emergency nak balik kampung halaman tanpa ketiadaan suami. 

Macam suami ena kerja badan beruniform. So tak boleh cuti suka-suka macam penjawat awam lain. Public holiday memang jangan mimpi lahh nak dapat. Tapi tu lumrah bila dapat pasangan seperti polis atau tentera. macam ena sendiri setiap 2 tahun sekali saje suami dapat cuti beraya. So bila kena tahun tak dapat cuti memang ena driving sendiri bawa anak. 

Ehhh.. Dulu takut taw. Tak confident nak jalan jauh. Tapi kita kena think positif. Selain percaya pada diri.. kena percaya pada kemampuan anak. Mula-mula ena ingat dia akan meragam tapi semua ok je.. Yang penting PERSEDIAAN !!!! Ena lagi selesa naik kereta berbanding naik bas sebab kawasan kampung ena ni susah sikit. Lepas naik bas, naik teksi pula. Masa menunggu lagi kena fikir. Kalau anak mengamuk, takut penumpang tak berapa suka. Lagipun perjalanan ambil masa 4 jam je. 

Sumayyah memang camni. Susah nak dapat gambar elok.hahahah.. Suka buat muka pelik 

Ada 2 perasaan untuk digambarkan kepada anak. Tengok tindakbalas dia bila cakap jom balik kampung. Suka ke memberontak ??? Hehehe.. Kadang ada budak tak berapa suka duduk kenderaan lama-lama. Dulu sumayyah pon macamtu. Naik setengah jam je lepastu dia mengamuk tak selesa. Terpaksalah berhenti sekejap bagi dia main-main kat luar. Maybe dia pening kadang-kadang sampai termuntah.



Fahami apa kehendak anak.

Buat dia rasa selesa nak travel


 TIPS 1 : LATIH AWAL DENGAN BAWA KE TEMPAT TERDEKAT

Better latih awal dan biasakan ke tempat terdekat. Contoh paling senang bawa anak checkup klinik. Biar anak rasa selesa duduk dalam kereta. Jadi kita pon boleh tahu apa yang dia suka dan tak suka buat dalam kereta kan. Ibu pon boleh buat checklist barang apa perlu dibawa ikut keperluan anak. Kalau dia jenis keluar mesti nak bawa anak patung, so jangan tinggalkan.

Kedua bawa ke supermarket. Kalau beli barang dapur bawa je anak. tak perlu tinggalkan pada suami. Hehe. Kadang-kadang kita selesa pergi sorang kan takde gangguan tapi baik kita latih dia. Dan ia membuka minda anak untuk belajar sekeliling dengan lebih dekat. Kalau lalu tempat sayur lagi lah teruja dia belajar nama-nama sayur ni. Takut dia minta macam-macam ??? Nanti ena sharing tips elak anak memberontak.


TIPS 2 : BAGI ANAK MAKAN AWAL

Sebelum bergerak pastikan perut anak selesa dulu. Bila dah kenyang, anak kurang meragam. Kalau dia belum lapar pada waktunya takpe standby je bekal. Nanti boleh berhenti mana-mana dan bagi anak makan. Jenis ena ni kalau dah start driving dalam 4 jam memang malas nak berhenti beli makanan. Sebabtu siap-siap je bekalan. Takut anak meragam dekat tempat yang susah nak berhenti cari bekalan.



TIPS 3 : PERIKSA PAMPERS ANAK

Bab ni memang kena alert. Sumayyah ni dia jenis yang dengar kata ena. Haha. Kalau naik kenderaan ena selalu pesan jangan yak taw. Tunggu sampai rumah. Memang dia jarang yak kalau keluar rumah. Cuma kencing jelah. 

Standby 1 beg kecil untuk letak pampers, tisu basah untuk emergency, tuala kecil, sabun travel dan baju sepasang. Kalau anak termuntah dan yak senang sikit dah ada kit cuma singgah stesyen miyak nak cuci. 



 TIPS 4 : BEKAL SUSU SECUKUPNYA

Kena tahu agak anak biasa susu berapa jam. Kalau dalam 4 jam tu susu cuma sekali, jadi standby lah awal-awal termos air panas dan susu. Normally ena akan buat susu awal. Sebab ketahanan susu sampai 3 jam jika tidak di usik. kalau anak dah susu awal kat rumah, cuma buat dalam kereta time dia minta je. Kadang tu lampu traffik light tengah merah ena sempatlah bancuh kejap. So pastikan beg susu dekat senang nak dicapai. Sikap budak kadang cepat nak mengamuk, Sebabtu persediaan barang kena cepat dan mudah dicapai.


TIPS 5 :  BAWA PERMAINAN KESUKAAN ANAK

Kena perhatikan anak suka main apa. Dia pasti ada favourite toys kan. Kalau macam sumayyah tak boleh tinggal anak patung dengan dinosaur. Ni kalau tinggal memang dia akan cari dalam kereta. Haruu nak cari kat kedai. Better cek awal dan letak kat seat anak. Bawa toys yang bersaiz sederhana besar. Kalau kecil sangat dikhuatiri jatuh ke bawah dan anak mengamuk minta ambil. Satu hal kita kena berhenti ambil. Budak-budak leka main tak kan rasa bosan bila kita driving.

Jangan lupa ajak berborak. Dia nak rasa selamat sebabtu kita kena sentiasa bagi perhatian. Kalau dia mula bosan, nanti mula lah dia nak duduk depan stereng.



TIPS 6 :  ISI MINYAK KERETA SECUKUPNYA

Sebelum memulakan perjalanan jauh pastikan minyak diisi secukupnya. Ena suka berhenti dekat stesyen minyak yang ada pembantu. Kalau nampak kita ada anak kecil biasa diorang akan tolong isikan. Lepas isi minyak baru hati lega nak gerak ke kampung. Tak perlu singgah banyak kali. Ataupun boleh minta suami isikan awal sebelum kita driving.



TIPS 7 : BAGI GADGET TIME PERLU SAHAJA

Gadget ni ena tak syorkan bagi sepanjang hari. Bagi time perlu sahaja. Ini adalah pilihan terakhir. Pastikan anak kenyang, pampers tak penuh, anak dah puas main dan menunjukkan reaksi bosan barulah bagi anak gadget. Tupon ena bagi time dah nak sampai kampung ataupun dia nak tidur. Kalau dia mengantok tu ena bagi kejap sampai dia terlena. 

Bagi kartun OFFLINE ok.. download beberapa kartun untuk elak berlaku masalah bila masuk area yang takde line internet loading, jadi masalah pula anak mengamuk tak dapat tengok.



TIPS 8 : BAGI ANAK SELESA

Pastikan kenderaan selamat digunakan, aircond boleh pakai seperti biasa. Kalau panas takut anak ni meragam. Anak cepat tidur kalau dia letih dan selesa dengan keadaan sekeliling. Periksa car seat dalam keadaan yang baik. 


Itu saje tips yang biasa ena gunakan sepanjang travel tanpa suami.  Ada tips tambahan tak ??? Boleh sharing okey :)