ツ Teman Tapi Mesra

TIPS PERSEDIAAN TEMUDUGA SPA8i - PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27


Assalamualaikum....

Alhamdulillah ena dapat lagi panggilan temuduga yang ketiga.. Tapi ini la first time nak pergi. Tak sampai setahun dah dapat panggilan.. Bersyukur sangat sebab ada seorang blogger ni dia dah mohon lapan tahun baru dipanggil. Sekarang nie ena tengah internship Pegawai Latihan Vokasional di Kolej Swasta Johor. Bidang yang ena memang minat. Tapi tak salah kan kalau kita cuba apply jawatan lain.. Maklumlah Gen-Y sekarang amat memilih kerjaya. Last2 dok tanam anggur dekat rumah.. So dari kita membuang masa, apa salahnya kita mohon pelbagai kerja dan agensi. At least kita dapat mencabar diri dan mencungkil bakat lain yang ade pada dalam diri sendiri. Dah macam2 kerja yang ena pernah cuba sebab teringin nak kumpul pengalaman dalam pelbagai bidang contohnya 
KERANI PENTADBIRAN/KEWANGAN, PEMBANTU AKAUNTAN, JURUTEKNIK KOMPUTER, FIRST ARTICLE TECHNICIAN(PRODUCTION)

Haa nampak je lembut tapi tahu2 masuk bidang lain.. Production lagi tu.. Dapatlah kumpul pengalaman kerja kilang ni. Melatih diri dengan prepare kertas kerja, slideshow, berhadapan dengan client. Penting untuk kita titip pengalaman. 

Siapa nak bagi ILMU kalau tidak kita berusaha mencarinya??



KLIK GAMBAR UNTUK ZOOM


Tak sampai beberapa bulan, dapat panggilan ketiga. :-)
Panggilan pertama tak pergi sebab masa tu takde kesedaran sivik. Teruk kan..
Panggilan kedua tak tahu ada dapat surat SPA. Masa tu pergi kursus kat shah alam. So lama tak balik johor.
Yang bagusnya Panggilan ketiga ni direct by email.. so terus ena tahu dulu sebelum surat sampai ke rumah. Alhamdulillah..Ada hikmah apa yang berlaku selama nie.




BELUM PERGI INTERVIEW LAGI DAH BAGI TIPS KAN? SEBENARNYA NAK BERKONGSI TIPS..BUKAN SAJA UNTUK ENA TAPI UNTUK MEREKA YANG MEMERLUKAN.

1) Pastikan sebelum pergi interview cuba kaji selidik statistik jawatan yang korang dapat tu. So bila korang tahu macam yang ena tunjuk ni bilangan kekosongan ada 67tempat. Dari situ korang akan lebih bersemangat nak fight. Tapi dalam hati nie Allah je yang tahu betapa berdebar nya perasaan.


2) Rajin2 search "Tips @ pengalaman temuduga JAWATAN" di pakcik google.. Automatik akan jumpa banyak blogger yang kongsi pengalaman mereka pergi interview.. Dari situ ena dapat korek isi kandungan panel tu kan. Harap2 soklan tu dapat backup kita nanti..At least dapat gambaran soalan panel.


3) Laman web terbaik, boleh rujuk di sini :

**Pastikan setiap rujukan web yang korang rasa bagus, tolong simpan link di microsoft word bagi memudahkan korang mencari balik.


4) Dapatkan rahsia jawapan terbaik untuk menjawab soalan panel
Yang ini ena memang belajar sendiri. Tapi sangat bagus sebab kalau kita rasa tak mampu nak beli ebook yang ade jual online ni korang boleh register di laman web :

**Setakat ni, 2web ni yang ena percaya. Bagus sebab dia akan hantar tips by email.. Tips nie dia takde sharing dekat blog ok.. Just bagi private email.. Bila dah bagi tu, ucaplah terima kasih ye.. minta doakan :-)


Harap ia dapat membantu korang semua.Mana yang sama tempat tu dengan ena,kita jumpa di sana :-)




AKADEMI FANTASIA 10 KINI KEMBALI BERAKSI DI ASTRO


Ubah format ikut faktor semasa, pengumuman rasmi esok (23 Mei 2013) 

Walaupun pernah mengumumkan Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) sebagai musim terakhir, program yang hampir dua tahun dihentikan itu bakal kembali mewarnai kaca televisyen, tidak lama lagi. Perkara itu disahkan Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh kepada HIP. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas dengan terperinci mengenai AF musim terbaru berikutan pengumuman rasmi akan dibuat, esok. 


Ini waktu yang sesuai untuk mengembalikan AF." Khairul Anwar Salleh, Naib Presiden Perniagaan Melayu ASTRO 
Kemunculan semula program realiti penuh drama yang diperkenalkan pada 2003 itu mula diperkatakan peminat, sejak akhir-akhir ini. Namun, rata-rata berpendapat kehadiran semula AF sebagai tidak relevan. Ini kerana melihat kerjaya sesetengah peserta termasuk juara bagai tidak ke mana. 

Namun, Khairul Anwar menyangkal dakwaan itu. Dia memberi contoh beberapa nama yang cemerlang dalam industri yang lahir daripada AF seperti Hafiz, Adira, Stacy dan Hazama.


Saya kurang bersetuju apabila ada yang mengatakan kehadiran semula AF tidak relevan. Bagi saya, ia perkara biasa apabila sesetengah peserta ‘menjadi’ dan ada juga tidak mencapai matlamat. “Ini lumrah dunia seni. Ada peserta yang diangkat sebagai pemenang tetapi tidak berjaya mencipta nama sebagai penyanyi. Sebaliknya, mereka yang tidak menang pula berjaya melakar nama. Semua ini bergantung kepada disiplin dan sikap artis itu sendiri
Astro yakin musim baru AF akan mencetus fenomena sekali lagi. 


Selama AF dihentikan, kami melakukan pelbagai kajian dan mencari formula melonjakkan kembali program ini. AF menjadi tulang belakang yang penting kepada Astro dan kebetulan pula sudah agak lama kami tidak mempunyai program mencari bakat baru kecuali Raja Lawak.
Manfaat laman sosial tarik peminat Bukan setakat itu, Astro mengambil inisiatif bertemu dengan pemilik program terbabit dua kali ketika menyertai pasaran televisyen di Singapura dan Perancis. Perbincangan dibuat bagi meminta kebenaran menukar sedikit format AF musim terbaru supaya disesuaikan dengan keadaan semasa. Khairul Anwar bagaimanapun enggan mendedahkan sama ada konsep ‘mengurung’ peserta di sebuah banglo seperti dilakukan pada musim pertama hingga kesembilan, akan diteruskan. 


Apa yang akan diperkenalkan untuk musim terbaru hanya didedahkan pada sidang media nanti. Setakat ini apa yang boleh saya beritahu, kita akan mengubah sedikit format program itu bagi disesuaikan dengan keadaan sekarang.
Kita akan menggunakan laman sosial sebagai medium untuk mengetengahkan kembali program ini. Sebelum ini, kami tidak dibenar menukar langsung format program itu. Ia menjadi salah satu sebab kenapa AF diberhentikan seketika. “Tetapi selepas dua pertemuan dengan pemilik program itu, akhirnya kami diberi kebenaran untuk mengubah sedikit format AF,” katanya. 

Akademi Fantasia musim pertama diperkenalkan pada 2003 hingga muncul program yang mendapat tontonan tertinggi di Astro Ria. Senarai Pemenang AF ;

* AF1- Vince Chong 
* AF2 - Zahid 
* AF3 - Mawi 
* AF4 - Faizal 
* AF5 - Mila 
* AF6 - Stacy 
* AF7 - Hafiz 
* AF8 - Shahir 
* AF9 - Hazama
* AF10 - ?

Tips Kawal Budget ke I-City,Shah Alam



Assalamualaikum - 1001 Kenangan Menuju ke I-City


**Ok ena nak bagi simple tips saje.. Memudahkan korang yang belum pergi lagi kan. Pastu tertanya2 berapa nak standby money nak masuk I-City. Kalu boleh tu nak pergi tu, biarla betul2 nak happening.. Tak nak rugi kan? datang2 dapat snap gambar je.. tengok dari jauh.. Tak best kan?
.
.

1) Harga parking kereta RM10 selepas 6.00 petang.. Masa tu ena masuk malam. Malam memang sangat meriah dengan lampu LED warna-warni.
2) Better korang beli kad prepaid. Harga RM100=120point. Korang dapat free 20 point ok. Ni sesuai untuk yang berpasangan. Pergi pada kaunter yang disediakan. 




SNOWALK


Snowalk - 10am to 1am daily

1) Ena sarankan masuk snowalk dulu. Sebab masa mula2 sampai ena pergi theme park dulu.. Biasalah bila lampu terlalu banyak ni, menghasilkan haba. Memang kepanasan la sikit. bila masuk je jumpa ice...fuhhhh nikmatnya.. memang sejuk+beku. 
2) Harga tiket masuk RM35 (Adult) seorang. kalu (Child) RM 30
3) Harga RM35 tu termasuk dapat jaket macam yang ena pakai ni. 
4) Harga kasut RM5 seorang. Tapi untuk ambil kasut ni akan dikenakan deposit RM5 lagi. Selepas dah puas main tu, jangan lupa pulang kasut dan dapatkan balik RM10 (TOTAL 2 ORANG) deposit tu. So total seorang (RM40) tak termasuk deposit untuk seorang.
5) 40+40=RM80 untuk pasangan
6) Kalau nak tahu suhunya adalah lebih sejuk dari korea ya.. Better bawa sarung tangan. 
7) Kalu tak tahan boleh keluar kejap rehat, pastu masuk balik sambung main.hehe.. Nak masuk 10kali pon boleh. tiada cas tambahan.
8) Better kurangkan ambil gambar gune kamera @ handphone. Takot bila korang keluar je tengok2 phone tu dah basah kan.Perkara ni terjadi pada kami, juga terjadi pada guest lain.. 
.
.
Ok. Dah dapat info kan? So jom terjah ice
.
.
.
Welcome to My Home (*_^)

Like PINGU






THEME PARK

 ThemePark A&B – 6pm to 1am daily

1) Ada 2 bahagian. So ikut korang la nak jalan mana dulu. Memang besar tempat ni.
2) Terlalu banyak mainan. Contoh permainan yang ena ambil untuk guna prepaid ada 2jenis iaitu spacewalk dan Giant Ferris Wheel. Pilih mainan yang paling berbaloi dan korang teringin nak naik.

***************************************************

Spacewalk

1)Nampak kan ada cable car? haaa untuk naik tu, harga RM10 (Adult). Total RM20(Berpasangan).
2) Ni kalau korang malas nak jalan kaki pusing2 kan, kaki lenguh. So naik cable car je. Boleh tengok dari atas kan. Siap ada lagu lagi.


***************************************************

Giant Ferris Wheel 

1) Ala-ala Eye On Malaysia. Harga RM10 (Adult) seorang. Total RM20(Berpasangan).
2) Kalu rasa gayat+takot..berani2la naik.hehe.. Rugi tak try.


PREPAID HARGA RM100=120POINT. 
1) SNOWALK= RM80 (40 X 2orang)
2) SPACEWALK = RM20 (10 X 2orang)
3) GIANT FERRIS WHEEL = RM20 (10 X 2orang)

TIDAK TERMASUK :
1) PARKING RM10 (1KERETA)
2) DEPOSIT KASUT RM10 (5 X 2orang)

BETTER MAKAN KT LUAR :-)


****************************************************

LAGI GAMBAR DI I-CITY

Haa..time ni keluar dengan kawan2.. Just ambil gambar. Ni nampak sangat saving :-)





Info : I-CITY
Jalan Multimedia 7/A, City Park, i-City, 40000 Shah Alam, Selangor

SELAMAT HARI GURU SAHABATKU (^_^)


**Walau kita terpisah jauh, tapi masing2 punya komitmen sama iaitu mendidik anak bangsa.

SELAMAT HARI GURU

MOGA TERUS BERJAYA DENGAN BIDANG YANG DICEBURI

PROMOSI MEI 2013


Assalamualaikum....
.
.
.
.
Satu Kereta Satu Stiker



Stiker ini menggunakan teknologi ElectroLuminescent paper. Stiker tulisan putih bertukar menjadi biru apabila brek di tekan bersama lampu brek merah.



# RM50 (include shipping RM5)
## Call/SMS:0123498751/0134562251 (EDDIE FADZWAN @ BOY)


BELI 5 PERCUMA 1!!!!

Inline image 1

.
.
.


SNE = RM198
BE = RM210


**  FREE POSTAGE

** ♛ FREE MEMBERSHIP
** 012-3498751/013-4562251
** FB  SNE4SWEET



Testimoni dari owner blog - 6 bulan consume BE


**Mereka merupakan Duta rasmi SNE Marketing.
.
.
.
HARGA PALING MURAH BULAN MEI 2013!!!!

SNE = RM198
BE = RM210

** ✉ FREE POSTAGE
** ♛ FREE MEMBERSHIP
**☎ 012-3498751/013-4562251
** FB ✐ SNE4SWEET


ENA STILL CONSUME SNE DAN BE TAPI UNTUK ENTRI KALI NI TERTUMPU PADA BEUTSKIN ESSENCE SAHAJA.


BEFORE

**Semangat balik keje dapat BE yang dah sampai ke rumah.hehe.. Ni adalah bukti gambar pertama ena untuk 1st kotak BE pada Nov '12.
**Jerawat kerap naik di dahi dan dagu. Dahi memang banyak kesan jerawat. Tapi jangan silap pandang sebab ada 1 tahi lalat di situ ye..tu bukan parut jerawat.
**Dagu pon sama.. jerawat ni macam chipsmore.. kejap ada, kejap takde.
**Ena ade 1 JERAWAT PALING DEGIL di tepi hidung. Picit macam mana pon tak nak keluar.. dari sekolah rendah lagi die menetap disitu.
**Kulit tidak sekata dan pucat.
**Kulit kering di sekeliling kuku.


**AFTER-SEBULAN



**Jerawat dah tak muncul di bahagian dahi. Just bekas jerawat masih ada lagi. Tapi tak ketara.
**Alhamdulillah jerawat degil dekat tepi hidung tu dah pecah lepas 3hari sahaja ena consume BE ni. Memang terkejot sangat cepat bertindak..
**Pipi makin naik.. Nak pipi Nora Danish :-D

****************************************************************************

GAMBAR TERBARU


**Aksi terlampau. Hehe.. SEE???? kulit saya sekarang lebih cerah. dan yang paling penting makin lembut :-)
**Kuku ena sekarang nampak pinkish2. Dan paling suka tiada kulit kering di tepi kuku ni..
**Ena tiada makeup ye masa ni. Memang jarang untuk make up.. 
**Ena ada alahan pada seafood. Kalau makan akan naik gatal2 pada siku.. Sekarang siku saya bertambah elok ye. Makin licin :-)
**Yang paling saya suka.... TIADA JERAWAT LAGI DI DAHI.
**Tipu ena cakap langsung takde naik jerawat lagi.. Sekarang ni ada naik di dagu.. Disebabkan tidak cukup tidor. So, inisiatif yang diperlukan masa ni adalah telan 2biji BE+SNE sebelum tidur.. Tengok2 esok jerawat tu nak pecah dah.hehe.. tak payah picit2.. Dengan sendirinya dia bertindak..


Tips hantaran Pertunangan

As salam...


Tips yang ena nak berikan ini berdasarkan pengalaman ena masa bertunang... Sebenarnya hantaran tidak wajib masa tunang.. Ini hanyalah tanda sebagai hadiah dari kedua-dua belah pihak.. Jika mampu..buatla ikut kadar kemampuan..yang penting adalah cincin ikatan pertunangan.


******************************************************

Hantaran pihak lelaki (5 dulang)

1. Sirih junjung
2. Cincin
3. Baju kurung
4. Cupcakes
5. Coklat

Hantaran pihak perempuan (7 dulang)

1. Sirih junjung
2. Baju melayu
3. Minyak wangi
4. Tuala
5. Buah-buahan
6. Kek fondant
7. Coklat


*****************************************************

Kebiasaanya untuk hantaran tunang adalah lebih kepada manisan.. Kalau barang2 ni biarlah masa hantaran kahwin nanti..Lebih meriah dari tunang.. Beli biarlah ikut pada keperluan diri.. bukan ikut pada nafsu semata-mata.


iza wedding accessories centre



Harga adalah berpatutan.. Ena survey mana2 sama je harga.. ikut pakej yang kita nak.. Standard harga adalah untuk 7dulang Harga untuk yang ena tempah ni RM450 seperti gambar di atas.. Kalau nak mintak mereka design barang2 kita pon boleh. PERCUMA. Kalau nak lebih dari 7.. maka harga dah lain.



Kek fondant buatan KAMARIAH MUSA

Kek kak maria ni memang sedap2.. semua yang dia buat cantik2.. Dia juga ade jual durian crepe, pavlova dan macam2 lagi.  memang sedap air tangan dia..


**Cupcakes ni en.tunang punya idea ok.. die design, kemudian hantar kat kedai.. Suka sangat (^____^)
Tapi kurang memuaskan hati hasilnya. Maka en.tunang hantar dekat kak maria juga yang tolong touch up balik. So memang lagi cantikla.. Terima kasih kak maria..


**Rasanya korang boleh teka skop kerja kami.. Sebab kek ni semua design yang en.tunang create berdasarkan kerjaya kami.. Sweet kan :-)


PHOTOSHOOT DI LOKASI JOHOR | DANGA BAY & TANJUNG PIAI

As salam.... 

Ena nak share kepada bakal2 tunangan orang dan bakal pengantin, nak suggest dekat mane photoshoot di tempat yang cantik. Lagi pemandangan yang indah di kawasan JOHOR.
.
.
.
.
.
.
LOKASI 1 : DANGA BAY, JB

**Ok..time ni aksi spontan dimana ena dok membebel dekat en.tunang..hehe.. Teka sendirila dialognya..
.
.
.
Masa ni ena baru pakai cincin merisik.
.
.
**Sweet tak.. Maklumla ena kidal..so terpaksa buat aksi petik gitar olok2 disitu.

**Kawasan sini sangat cantik sebab banyak kapal2 di belakang.. Bila malam lagi cantik sebab ade CRUISE dengan lampu warna-warni. seberang laut sana adalah negara Singapore.. dari danga bay korang boleh lihat bangunan singapore ye.. InsyaAllah kami ingin bercuti ke sana bila dah berkahwin nanti.
.
.
.
.
.
Ni pulak hari kedua ena digelar tunang kepada encik Eddie Fadzwan <3
.
.
.
LOKASI 2 : TANJUNG PIAI, PONTIAN

**Kalau nak tahu dekat mane Tanjung piai ni..boleh search kat pakcik google. Salah satu kawasan paya bakau untuk tarikan para pelancong.. terletak di penghujung Benua Asia. Ada juga homestay. So kalau nak bercuti di sini...Sila-sila la datang ye...



**Homestay ni berada di atas air ok.. Ada juga yang menjalankan seminar, majlis2 ataupon jamuan makan.
Jom singgah (^____^)