Tips hantaran Pertunangan

As salam...


Tips yang ena nak berikan ini berdasarkan pengalaman ena masa bertunang... Sebenarnya hantaran tidak wajib masa tunang.. Ini hanyalah tanda sebagai hadiah dari kedua-dua belah pihak.. Jika mampu..buatla ikut kadar kemampuan..yang penting adalah cincin ikatan pertunangan.


******************************************************

Hantaran pihak lelaki (5 dulang)

1. Sirih junjung
2. Cincin
3. Baju kurung
4. Cupcakes
5. Coklat

Hantaran pihak perempuan (7 dulang)

1. Sirih junjung
2. Baju melayu
3. Minyak wangi
4. Tuala
5. Buah-buahan
6. Kek fondant
7. Coklat


*****************************************************

Kebiasaanya untuk hantaran tunang adalah lebih kepada manisan.. Kalau barang2 ni biarlah masa hantaran kahwin nanti..Lebih meriah dari tunang.. Beli biarlah ikut pada keperluan diri.. bukan ikut pada nafsu semata-mata.


iza wedding accessories centre



Harga adalah berpatutan.. Ena survey mana2 sama je harga.. ikut pakej yang kita nak.. Standard harga adalah untuk 7dulang Harga untuk yang ena tempah ni RM450 seperti gambar di atas.. Kalau nak mintak mereka design barang2 kita pon boleh. PERCUMA. Kalau nak lebih dari 7.. maka harga dah lain.



Kek fondant buatan KAMARIAH MUSA

Kek kak maria ni memang sedap2.. semua yang dia buat cantik2.. Dia juga ade jual durian crepe, pavlova dan macam2 lagi.  memang sedap air tangan dia..


**Cupcakes ni en.tunang punya idea ok.. die design, kemudian hantar kat kedai.. Suka sangat (^____^)
Tapi kurang memuaskan hati hasilnya. Maka en.tunang hantar dekat kak maria juga yang tolong touch up balik. So memang lagi cantikla.. Terima kasih kak maria..


**Rasanya korang boleh teka skop kerja kami.. Sebab kek ni semua design yang en.tunang create berdasarkan kerjaya kami.. Sweet kan :-)


3 Chantiq Manis:

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

cantiknya barang hantaran.. sekarang ni ramai yang lebih suka tempah..

SuriHanna said...

Kek tu.. cantiknyaaaa...sayangg nak makannn

Cinta hazanis said...

boleh gunakan tips ini masa tunang nanti.:)