ツ Teman Tapi Mesra

Menang giveaway Baju Raya - Kurung Moden/Peplum By AFEEFA EXCLUSIVE COLLECTION


Alhamdulillah... rezeki murah di bulan Ramadhan :-)
Siapa tak happy kan dapat Baju Raya.


 (click picture for biggest capture)
Saja nak bagi gambar besar sebab nak tunjuk LOVE kat EN.Tunang (^_*)
Mula2 ena yang join dulu.. Pastu en.tunang pulak join..Rupanya dia lagi aktif like/share/komen kan... Bersemangat nak menang untuk ena :-) ---->>>>>>---TERHARU <3

Sebenarnya ena ni tak lah rajin nak join contest/giveaway ni sebab almost kat blog mintak banyak requirement.. Maklumlah nak update blog pun jarang.. Paham2lah ye kerja Lecturer ni, nak sediakan nota, assignment untuk student lagi.. So contest ni sangat mudah.. Hanya melalui Facebook.. Just LIKE/SHARE/KOMEN. Semudah 1 2 3.

Kami menang KAIN PASANG yang bernilai RM120. Wowww... Teruja you... Kerana terlalu geram dengan koleksinya yang cantik2 dan lain dari yang lain, maka kami tempah terus untuk dijadikan Baju Raya.. Upah pun berpatutan :-) Dah alang2 menang kain pasang kan...Baik terus tempah kan..

Jom cuci mata
Kurung Moden/Peplum By AFEEFA EXCLUSIVE COLLECTION

>>>>>>> FACEBOOK
>>>>>>>> WEBSITE


Kod Produk : LYCD01

Material : High Grade Premium LYCRA denim

Syle : Kurung Moden/Peplum

Normal Price : RM230
Size : XS, S, M, L, XL



Kod Produk : LYCD03
Material : High Grade Premium LYCRA denim
Syle : Kurung Moden/Peplum
Normal Price : RM249
Size : XS, S, M, L, XL



Kod Produk : LYCD06
Material : High Grade Premium LYCRA denim
Syle : Kurung Moden/Peplum
Normal Price : RM230
Size : XS, S, M, L, XL





Kod Produk : LYCD12
Material : High Grade Premium LYCRA PAISLEY
Syle : Kurung Moden/Peplum
Normal Price : RM275
Size : XS, S, M, L, XL




***CANTIK KAN??? 
Ena tempah yang mana? Rahsia.. Tunggu hari raya laaaa... :-)


Dapatkan Baju kurung peplum cantik dan selesa di pakai

As salam...


CHOPP!! SHARING INTERVIEW DULU OKEY...

Firstly ena mintak maaf sebab tak sharing pengalaman pergi interview SPA untuk jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran KP27 tu.. Masa ena terlalu pack bila Pegawai Penilai nak datang cek internship, students nak masuk sem baru.. jadi masa untuk blogging tu kurang.

So, ena dapat sharing serba sedikit je.. Masa interview tu ada 2 panel. 1 india 1 cina.. Memang orang kuatla kan.. sorang dari SPA. sorang dari JPN, jawatan die timbalan yang ena tahu.. dekat area JB. Kebetulan ena tahu sebab makcik ena pon interview untuk KPSL. Itu bos dia. Keperluan kerja ni sangat sedikit.. So totally soalan die boleh dikatakan membunuh. hehe.. yela takde soal isu semasa.. Mintak perkenalkan diri. Panel direct nak tahu pengalaman kerja.. Soalan semua direct JPN. Antara soalan nya :

1) Kepuasan Pelanggan
2) Aktiviti JPN yang keluar surat khabar
3) Penting ke JPN ni ada di M'sia.
4) Penting ke ada star rating di suatu company.
5) Kalau dah ada star rating lagi2 company awak dapat 5 star. Mesti tekanan kerja makin bertambah bila permintaan customer yang makin tinggi. Camne nak kawal keadaan tu.

**2 soalan diberikan dalam bahasa inggeris. Soalan ena memang susah2la berbanding makcik ena dapat soalan english tanye perkenalkan diri je... sedangkan ena kena soalan berkaitan kepuasan pelanggan.. tapi kita hanya mampu buat yang terbaik ikut kemampuan diri..

Tu je ena ingat dan yang penting.. hehe.. yang lain just nak tahu pengalaman kerja sebelum ni.




MAJLIS PERKAHWINAN KAK EZZA

MAJLIS PERTUNANGAN EIRA

Okey da cuci mata kan.. Masa ni ena pakai baju Kurung Peplum Valentina (LIGHT BLUE). Ena grab 2 pasang. lagi satu warna merah. Kain die memang best.. Sejuk dan lembut je macam baldu gitu... tak panas bile di pakai. Sangat selesa.

Ada ukuran saiz dari XS hingga ke XXL.. Jika pelanggan nak dapatkan ukuran sendiri, pun boleh tapi dikenakan cas tambahan.. 

Boleh cuci mata di WELUVPEPLUM