ツ Teman Tapi Mesra

GITARBOYZ a.k.a NINJABOYZ SPECIAL GIVEAWAY

TINYNASWEET | GITARBOYZ 

SPECIAL GIVEAWAY BY GITARBOYZ 
MOTOROLA RAZR2 V8 EDITION LUXURY 18K GOLD
بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
[ Ena akan JOIN CONTEST dari GITARBOYZ ]
tapi masih dalam PEMBIKINAN/UPDATE... Ena ada text GITARBOYZ di facebook
[ KLIK GAMBAR FACEBOOK DI ATAS UNTUK SAIZ BESAR ]
28/3/2014 : Soooooooooooooo, ena post dulu walaupun baru siap 90% kepada sesiapa yg dah tau berkenaan SPECIAL GIVEAWAY ini, ena TAG anda!!! huhu.... Selamat Berjaya Semua d(^_^)b

29/3/2014 ---> 7/4/2014 : Ena telah terjah semua blogger - blogger di alam maya ini tika di pagi hari, petang hari, malam hari, & pagi buta hari! Promote Special Giveaway di Shout, Cbox, Ask.fm, & Comment Blog ~ sekali lagi ena beritahu, ena TAG anda!!! Makin ramai yang anda TAG makin besar bonus markah yang akan diberi!

8/4/2014 :  Yeahhhh... I'am Rock, Finish 100% ~ hehe.... ena panggil gitarboyz dengan gelaran JEJAKA NINJA yang tersangatlah MISTERI identitinya ~ Sebab tidak menonjolkan siapa diri mereka sebenarnya.. dan inilah hasil gambarnya ------------------->
#1 - [Snap Picture] Done! | #2 - [Post Entry] Done!
#3 - [Tag/Pelawa] Done! | #4 - [Banner] Done!

{yang dibawah ni ena buat untuk EXTRA MARKAH/POINT bagi membodek GITARBOYZ (^_^)}
NAK BUAT BOLEH, XBUAT PUN BOLEH.... UP TO U
#EXTRA FACEBOOK - [LIKE FANPAGEDone!
#EXTRA FACEBOOK - [SHARE VIDEODone!
#EXTRA YOUTUBE - [SUBSCRIBEDDone!
#EXTRA BLOGSPOT - [FOLLOWERDone!

PART|PERTAMA 
klik petak di bawah untuk copy image SGA#1 { CTRL + C = Copy }

PART|KEDUA
klik petak di bawah untuk copy image SGA#2 { CTRL + C = Copy }

PART|KETIGA 
klik petak di bawah untuk copy image SGA#3 { CTRL + C = Copy }
 
PART|KEEMPAT 
klik petak di bawah untuk copy image SGA#4 { CTRL + C = Copy }

VIDEO|SPECIAL GA 

Pre Wedding Photoshoot | White Studio Part III

Assalamualaikum w.b.t~
Terima kasih yang sudi komen untuk gambar kami di PART I & PART II.
Photoshoot yang kami ambil ni adalah RM50/1jam. Murah kan? Nak kahwin kena pandai budget... Nasihat ena kepada semua bloggerista ('',) aturkan segala perancangan se-detail-detail-nya sebelum melakukan sesuatu perkara.... barulah PERFECT...!

TEMA : RED STYLISH
LOKASI : WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR
PHOTOGRAPHER : ADIB SWEETLITE CREATION





Pre Wedding Photoshoot | White Studio Part II

Assalamualaikum w.b.t~
Kali ni update gambar pre wedding PART II pulak dengan versi yang berbeza dari PART I. Nape banyak part? sebab 4 kali salin baju :P... Haaa untung taw dapat photographer yang boleh shoot banyak baju. Kali ni mood raya sebab ni baju raya sepasang kami untuk raya tahun lepas. Letak dekat hantaran tunang lagi tu (",).

TEMA : HARI RAYA
PROPS : FRAME
LOKASI : WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR
PHOTOGRAPHER : ADIB SWEETLITE CREATION








Pre Wedding Photoshoot | White Studio Part I

Assalamualaikum w.b.t~
Alhamdulillah... harini genap 4 bulan kami melayari bahtera rumahtangga. Seronok taw bercinta selepas kahwin (^_^). Adatlah dalam rumahtangga kalau ada selisih faham. Tapi dari situ lagi banyak kita dapat timba pengalaman dan bertambah lebih matang. Paling best bila suami kita tu susah betul nak makan kat luar, sebab suka air tangan isteri walaupun hanya telur goreng :) kuasa tangan isteri kan... Masak penuh kasih sayang. Petua dari mak mentua nak masak dan bancuh air untuk suami, kena baca bismillah dan sambil berdoa untuk perkahwinan kita. Mudah-mudahan. Amin.

Dah 4 bulan kahwin baru nak upload gambar pre-wedding :P Nak feel orang baru kahwin boleh tak? Pre-wedding ni termasuk di dalam pakej photoshoot wedding. Kalau korang nak buat pre-wedding ena highly suggest photographer ni sebab murah taw berbanding orang lain. Baru-baru ini ambil gambar post wedding. Tak sabar tunggu hasilnya :)

TEMA : SWEETY RAINBOW
PROPS : GITAR, BELON POLKADOT
COUPLE TSHIRT : ONLINE SHOPPING
LOKASI : WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR
PHOTOGRAPHER : ADIB SWEETLITE CREATION







Cara Buat Jus Buah Campuran | Shake n Take Mini Blender

Assalamualaikum w.b.t~
This time.... ena nak kongsikan 1 produk "mini blender" yang sangat mudah digunakan & boleh bawa pergi travel iaitu SHAKE N TAKE MINI BLENDER. Dengan mini blender ni, korang boleh buat Jus, Yogurt dan Smoothies. Puas hati nak letak buah apa korang suka, kemudian blend... Tak perlu nak tuang kat cawan, boleh terus minum je sebab ade flip flop straw di bahagian penutup atas... Ena ni memang suka minum jus ~ tapi, order luar lah :P Nak buat sendiri memang malas... Yelah, kat rumah takde blender jus.. Ni terpengaruh tengok HANIS ZALIKHA dan LISA SURIHANI review blender jus :D Terus beli... Tak tipu ~ memang senang dan ringan je... Memang sesuailah nak bawak travel kan.


Multi-functional mini blender
Blend ice with ease
Quick breakfast solution
Convenient flip top straw
Doubles as takeaway cup
Secure sports bottle flip top
Blend and drink from the same bottle
Instantly blend smoothies and protein shakes



Ena beli blender termasuk 2 botol... Lebih jimat beli 2 terus!



Ikut pada minat korang... Boleh campur buah dan juga sayur... Contoh yang ena suka; epal hijau, epal merah, pisang, lobak merah dan tomato... Ena cadangkan kalau korang nak blend buah, mesti campur pisang 2biji untuk dapat rasa yang lebih lemak... Baik untuk mereka yang suka diet... Amalkan pada waktu pagi... So, kurang rasa lapar ~

***Tips : Untuk pastikan buah-buahan sentiasa segar di dalam peti ais dan tidak mudah lebam, rendam buah dengan air dan sesudu garam, kemudian cuci dan simpan ke dalam peti ais.



Ikut mood jugaklah... Contoh yang ena buat ni guna 3jenis buah je... slurpppp


ena suka buang kulit sebab ada sesetengah buah kulit dia rasa pahit sikit...  




Ok done!!! 3 jenis buah yang siap di potong dan cuci sedia di PANCUNG... uhuk3x



Letakkan air ikut pada rasa tekak korang... hehe... Sukatan air boleh tengok pada botol shake ~ nyam nyamm nyammm



Nak sedap? tambahkan sedikit susu...


Ok nampak tak air jus ena dah siap... So, proceed buat ice blended coklat untuk suami pulak (",)

Bahan-bahan jus buahan campur : 
Epal hijau, epal merah, lobak merah dan  air 400ml.

Cara membuat : 
1) Potong buah dan kupas kulit. Kemudian cuci. Tak nak buang kulit pon boleh
2) Masukkan kesemua buah ke dalam blender
3) Tuang air sebanyak 400ml dan blend
4) Letakkan susu sedikit jika ingin rasa manis lebih. kemudian blend lagi sekali

Bahan-bahan ice blended coklat : 
Coklat, susu, air 400ml dan ais.

Cara membuat : 
1) Letakkan coklat 3 atau 4 scoop
2) Letakkan susu ikut pada selera korang
3) Tuang air sebanyak 400ml dan blend
4) Letakkan ais penuh dalam botol dan blend lagi sekali

GITARBOYZ a.k.a NINJABOYZ DI ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2013 @ BINTANG IDOLA BERITA HARIAN 2014

Assalamualaikum w.b.t & Salam 1 Malaysia!!!

Ada di antara bloggerista Malaysia, Singapura & Indonesia yang masih belum mengenali SIAPAKAH geranganya
NINJABOY @ GITARBOYZ?
.
.
.
.
.
.

Kepada seantero Asia yang meminati ALIRAN MUZIK DI MALAYSIA
Jom sama - sama kita beri sokongan pada jejaka NINJA ni.......  (^_^)v
GITARBOYZ di BINTANG IDOLA BERITA HARIAN 2014,
ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2013.

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29


SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM 

Tujuan seksyen ini untuk menguji pengetahuan calon berkaitan 
teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan ICT, jentera 
pentadbiran negara dan isu-isu semasa. 

 Masa : 40 minit 
 Soalan : 50 (aneka pilihan) 
  
SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH 

Dalam kertas ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah 
dengan menggunakan pendekatan seperti berikut: 

i) Kemahiran Menggunakan Logik; 
ii) Kemahiran Menginterpretasi Data; dan 
iii) Konsep-konsep Matematik. 

i) Kemahiran Menggunakan Logik; 

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala 
pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi 
maklumat-maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang 
paling tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang 
dikemukakan.  

ii) Kebolehan Menginterpretasikan Data; 

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang 
menggunakan data dan perangkaan. Data/ perangkaan yang diberi 
perlu dianalisis untuk menyelesaikan masalah-masalah yang 
dikemukakan. 
  
iii) Konsep-konsep Matematik; 

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. 
Asas-asas Matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan 
peperiksaan Tingkatan 5 (SPM). 
  
Masa : 45 minit 
Soalan : 40 (aneka pilihan) 
  
UJIAN PENAKSIRAN PERSONALITI 
  
Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan 
personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, 
toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran. 

Masa : 30 minit 
Soalan : 94 (aneka pilihan) 

ARAHAN KEPADA CALON 
 1. Pada hari peperiksaan anda perlu membawa perkara berikut: 
(i) Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan ini; 
(ii) Kad Pengenalan; 
(iii) Alat tulis; pensel 2B, pen, pembaris, pemadam dan lain-lain yang difikir perlu; 
2. Calon mesti berada di pusat peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan dimulakan. 
3. Calon hanya dibenar meninggalkan pusat peperiksaan apabila diarah oleh Ketua Pengawas. 
4. Calon diwajibkan berpakaian kemas dan sopan. 
5. Calon yang tidak menghadiri peperiksaan tidak akan disenaraihitamkan.
6. Sila baca arahan dan soalan dengan teliti sebelum menjawab. Pastikan Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan dan maklumat lain ditulis dan dihitamkan di ruangan yang disediakan dalam borang jawapan dengan betul. Sebarang kesilapan boleh menyebabkan borang jawapan dibatalkan. 
7. Calon diwajibkan mengenalpasti lokasi pusat peperiksaan yang berkenaan. 
8. Semakan keputusan boleh dibuat di Portal SPA, 5 minggu dari tarikh peperiksaan dijalankan. 
9. Layari Portal SPA www.spa.gov.my untuk mengetahui maklumat terkini mengenai peperiksaan. 

Kebaikan Mineral Coffee dan BVSM ketika berpantang


Assalamualaikum w.b.t ~

Sebelum ini, ena ada STORY MORRY pengalaman ena tentang [KEGUGURAN] Pastu, husband ena ada STORY MORRY untuk [TIPS BERPANTANG SELEPAS BERSALIN & KEGUGURAN] Kali ini, ena nak berkongsi KEBAIKAN MC - MINERAL COFFEE & BVSM - Bio Velocity Sleep Mate dengan lebih terperinci berlandaskan pengalaman ena apabila menggunakan produk tersebut. 

Sebaik sahaja ena keluar hospital... ena berpantang di rumah mentua selama seminggu... Masa mula-mula keluar hospital, memang ena lemah sangat - sangat (-_-) termasuk demam panas selepas keguguran. Sampai sahaja di rumah, mama terus ambil selimut BVSM dan selubungkan ena... pastu, mama hidangkan secawan MC untuk ena. 

Selepas ena menggunakan BVSM dan MC, terasa badan lebih ringan dan bertenaga. Paling mengejutkan, proses pembuangan sangat lancar. Ena juga mengalami hemarroid setiap kali membuang air besar. Ditambah lagi bila sembelit. Selepas menggunakan produk tersebut, kesan yang amat PANTAS walaupun baru sekali ena mencuba, ena dah boleh buang air besar tanpa keluar hemarroid. Amat menakjubkan! Syukur, Alhamdulillah...

Sesiapa yang mengalami pembuangan yang tidak lawas serta badan tidak bertenaga, amat digalakkan mencuba MC ini

MINERAL COFFEE
KANDUNGAN UTAMA : Kopi Robusta, Garam Buluh

KEBERKESANAN
  • Kaya dengan antioksidan. 
  • Kaya dengan mineral dan unsur surih seperti magnesium, zat besi, kalsium dan kalium. 
  • Melegakan minda dan badan letih. 
  • Memudahkan ketegangan.

BIO VELOCITY SLEEP MATE
KEBAIKAN :
1. Menggalakkan metabolisme 
2. Mengaktifkan fungsi sel-sel 
3. Menggalakkan peredaran darah 
4. Meningkatkan daya tahan tubuh dan meningkatkan sistem imun 
5. Meningkatkan tahap tenaga 
6. Menstabilkan emosi, melegakan tekanan dan tekanan 
7. Memberi tenaga, pembaikan dan meremajakan sel-sel 
8. Pertambahan daya hidup 
9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan semulajadi 
10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal 
11. Melegakan keletihan dan sakit
12. Merangsang dan mengawal sistem saraf autonomik 
13. Menggalakkan fungsi jantung 
14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti

BAIK UNTUK SEMUA GOLONGAN YANG MENGALAMI SAKIT SEPERTI BERIKUT :
Sakit kepala, Senggugut, Melegakan kesakitan, Sakit perut, Menghilangkan sakit otot, Menghilangkan kesakitan gastrik, Mengurangkan sakit belakang, Kejang leher, Melegakan kebas.

Gorges yang berminat produk diatas boleh ROJER : 019-7290355 / 013-4562251
[ beli dengan mama ena, boleh dapat harga ahli ]