ツ Teman Tapi Mesra

Kisah Benar : Diganggu makhluk halus sebelum dan selepas keguguran 2 kali !


*Peringatan : Kisah ini adalah benar dari pengalaman ena sendiri. Kalau berani baca, boleh teruskpan ! MAKLUMAN, gambar Wan Peah tu kasi feel seram je, tiada kena mengena dgn story ena..... 

1- Keguguran pertama FEB'2014 :



Kisah keguguran ni ena dah share dari entri lama pendarahan-kandungan-usia-7-minggu.
dan entri ni menjadi antara yang paling banyak viewnya.. Hari2 pasti ada yang singgah baca. Alhamdulillah rezeki dari nuffnang masih masyuk walaupun lama tak update.

Terima kasih yang sudi share pengalaman korang yang lebih kurang sama macam ena. Ena tumpang bersimpati. Cerita ni hanyalah untuk iktibar dan boleh dijadikan panduan. Jika ada alami seperti ena ni boleh pergi berubat ya..

Masa kali pertama keguguran pertama ni ena masih tak tahu ada gangguan halus. Cuma selalu dapat mimpi yang pelik. Antaranya :

1- Mimpi menyusukan anak
2 - Mimpi melahirkan anak lelaki
3 - Mimpi dipatuk / dibelit ular hitam
4. Ada benda berjalan belakang badan
5 - Selalu sakit kepala dan lemah


2- Keguguran kedua JUN'2014 :

Disebabkan kandungan pertama tu ena tak dicuci maka memang cepatlah lekat.. Lepas sebulan tu ena ngandung balik. kandungan ena dah masuk 3 bulan. Memang gembiralah sebab kandungan dah besar sedikit tapi ena di uji lagi. Kali ni gangguan ketara di dalam rumah.

Masa ni ena masih duduk di berek polis lama. Rumah tingkat paling atas iaitu tingkat 4. Nak dijadikan cerita memang malam ena selalu tinggal sorang sebab suami selalu shift malam. Jiran pulak memang takde. Kira kawasan blok ena tak ramai yang duduk.

<KISAH SERAM PERTAMA - BALING GULI>

Ada 1 malam ni ena terjaga dari tidur. Tiba2 ena rasa macam ada bunyi something. Betul2 dekat almari sebelah katil ena. Bunyi orang baling guli dekat almari. Masa tu mamai2 jadi ignore lah kononnya. Tapi mungkin dia macam tahu2 je ena terjaga lagi kuatla dia baling kan makin laju. Masa tu ena dah meremang. Berselubung habis berpeluh2 dalam selimut. Nak pulak masa tu ena tutup lamu memang gelap habis. Ya Allah nasib masa tu handphone ena pegang. Ena terus call suami suruh balik. Ena tengok jam dah pukul 1pagi ! Bila suami balik bunyi tu dah hilang.. pelik betul. 

<KISAH SERAM KEDUA - SUAMI DIPANGGIL MANJA OLEH SUARA LAIN>

Haaaa..rasa seram tak bila dipanggil2 manja tu? Ni suami yang cerita. Dia memang susah tidur malam.. Ada 1malam ni dia tengok tv dekat ruang tamu. Ena memang dah tidurlah. Masa tu jam 3pagi. Suami terdengarlah ena panggil dia "Sayang............" Dia bila dengar tu masuklah bilik kan.. Sekali dia tengok ena sedap berdengkur kan...Dia terus rasa meremang tak jadi masuk bilik nak tidur sekali. Jenuhlah dia duduk luar tengok tv sampai ke pagi. Berani jugak dia.. Kalau ena masa tu entah2 cabut lari !

<KISAH SERAM KETIGA - NAMPAK BAYANG2 HITAM DI PINTU MASUK RUMAH>

Ena keguguran seminggu selepas gangguan di bilik tu. Masa ni lagi down sebab dah 3bulan lebih. Tiba2 je gugur. Yang paling tak percaya tu doktor cakap takde janin pon nak bawak balik..Dia cakap dah hancur. Peliklah jugak sebab yang pertama tu baru 7minggu tapi boleh lagi bawak balik tanam kan. 

Then keluarga bawa lah ena jumpa ustaz sebab cuba ikhtiar mungkin ena diganggu. Memang betul sangkaan tu. Bila berubat tu ada someting yang lalu kat perut ena. Boleh rasa la masa dia turun tu.. Bila dah buang tu ustaz tu boleh tanya soalan pelik kat ena. "Kenapa awak tak muntah ye?" Eh..eh..eh... dia tanya lagi lah ena bingung..

Selepas berubat tu, suami ena pagarlah semula rumah. Tapi selepas 2 hari tu, ena terlelap waktu siang, dapat mimpi ada 1bayang hitam lalu depan pintu, kemudian dia buka pintu. Ena terus terjaga then pergilah tengok pintu tapi terkunci.. Masa tu tinggal sorang2. Ena jadi bingung kenapa dapat mimpi macamtu. Seolah2 macam nak bagitahu something mungkin suami pagar tu tak kuat. Entahlah.. Ni firasat ena lah.


<KISAH SERAM KEEMPAT - JIRAN NAMPAK LEMBAGA HITAM LUAR RUMAH>

Selepas dari kejadian tu kami dapatlah beli rumah kat luar. Sebab ena tak sanggup dah nak duduk berek yang seram tu. Ingatkan bila dapat duduk luar tu dah tenang tapi rupa2nya lagi teruk ena kena!

Kebetulan yang duduk sebelah rumah ena seorang ustaz, dia lah yang mula2 tegur cakap ada benda ikut ena. Dia cakap kalau ena keluar rumah, bila nak balik rumah je, benda tu dah sampai depan rumah dulu. Yang jiran depan rumah pulak nampak lembaga ni duduk berlegar2 dekat tingkap rumah. Sebab ena tidur tepi tingkap. Ibarat benda tu macam jaga ena la. Bila jiran2 dah cerita macamtu, korang rasa ena camne? tak tenang hidup weyyyhhh... Dia macam tahu2 yang ena dah tahu, mula lah dia kacau hidup ena. Memang terasa benda tu ikut je. Ustaz tu taknak pagar rumah ena dulu sebab kalau dia pagar, ena akan kena lagi teruk. Jadi dia buat appoinment dengan pengamal perubatan Islam Darussyifa Bangi.

Ada 1malam ni ena tengah duduk tengok tv, Tiba2 rasa macam ada orang nak pegang bahu ena, memang takde orang tapi memang kau boleh rasalah macam ada orang nak sentuh bahu kan. Ena terus bangun diri depan pintu. Lama juga la ena tercegat kat depan pintu tu sampai jiran ena menjerit terkejut tengok ena. Ena ketawa jela. Rupanya dia nampak tu benda lain :( Kau rasa?

<KISAH SERAM KELIMA - MAIN PINTU>

Ena tengah lipat baju dalam bilik, Pintu sengaja biar tak tutup rapat. Tengah2 lipat baju tu tiba2 pintu bergerak dan dibuka perlahan2. Takde angin pon! krik......krik......krik........ terus pecut lari rumah jiran!  

<KISAH SERAM KEENAM - MENYAMAR ENA>

Ini adalah paling seram yang pernah dilalui ena. Ena memang tak nampak dan tak sedar tapi orang keliling yang nampak tu bukan ena. Jadi ko rasa macam nak caya ke tak ye? Kisah ni tahu pon selepas berubat. 

Kami ajaklah kawan kami ni yang baru berkahwin tidur rumah. Sebab kami baru pindah, jadi saje jelah nak invite pengantin baru. Kawan ena ni nama dia "A" tak boleh tidur malam tu dia rasa tak sedap hati sangat. Sampailah esok pagi pukul 6pagi dia nak balik, dia ketuklah pintu bilik ena. Ena terjaga dari tidur tu ena capai tuala tutup rambut sebab ada suami dia kan. Masa ni ena mamai. Bila ena buka pintu ena tengok muka diorang PUCAT & TERKELU. 

Dengan tergagap si "A" cakap, "Kak, kami nak balik dulu ye". Ena pon angguk jela, then tidur balik.
Korang tahu tak apa yang berlaku sebenarnya??????? "A" ternampak ena ni masih tidur atas katil. Yang depan mata dia tu benda lain. Sebab ena pakai tuala kan.Jadi dorang tak nmpak muka ena sebab ena tunduk tanpa cakap apa2. diorang memang pecut terus masuk kereta dah tak toleh belakang dah masa tu.

Sebenarnya banyak lagi kisah aneh berlaku pada ena sampailah ena macam dirasuk di tempat kerja. Ena ni kecik je tapi orang tak kuat nak angkat ena. Masa ni ena memang mengamuk je tangan dah tak boleh gerak. Suami pon tak larat nak dukung.


3 - Rawatan bersama pengamal perubatan Islam Darussyifa

Disebabkan ena dah teruk kena tu, terpaksalah ustaz ni datang dari Bangi ke Muar semata2 nak ubatkan ena ni. Ena memang dah lemah tak boleh bangun. Tengahari tu kena kacau kat kilang, petang tu jugak berubat.

Ena taknak cerita details apa berlaku sepanjang rawatan tu cuma yang ena nak cakap akhirnya ena dapat muntah jugak. Ingat tak yang ena tulis ustaz pertama tu pelik kenapa ena tak muntah?? Sebab tekak ena dah diikat supaya tak muntahkan 3 biji bebola kristal yang ada dalam perut ena. Selepas ena dapat tarik keluar ikatan dekat tekak tu barulah ena dapat muntahkan 3biji bebola kristal tu. Perut yang diikat pon dapat dileraikan. Subhanallah..Sebabtu lah ena susah nak dapat anak..
(Persoalan...."Kenapa ada 3biji??". Ena pon tak tahu sampai sekarang.. Menjadi tanda tanya dan tak mampu nak difikirkan kenapa).

Yang paling tak masuk akal tu ena dipakaikan cincin emas yang tidak dapat dilihat oleh kami sekeliling ni. Lama jugakla ena taknak bukak cincin tu padehal ena tak nampak pon ada cincin di jari.. Orang sekeliling bingung ena main jari. Seriously ena sedar je masa tu tapi yang pasti ena tak tahu kenapa ena ikut je apa ustaz nak. 

Selepas berubat tu Alhamdulillah semuanya pulih. Barang2 yang diberi tu sudah dipulangkan kepada Tuannya.. Ena pon sendiri tak tahu angkara siapa sebab ustaz kata lebih baik ena tak perlu tahu. Dia cuma nak ena bersendirian tanpa ada anak dan buat hubungan suami isteri panas.

Ustaz cakap selepas beberapa hari ena akan dapat mimpi. Memang betul selang 2-3 hari tu ena dapat mimpi ular banyak sangat datang kat ena. Betul2 dah sampai hujung kaki ena. TAPI... tiba2 ada sorang lelaki berpakaian jubah putih cakap dengan suara yang garau "Jangan ganggu dia...". Ular yang banyak tu tiba2 berpatah balik tinggalkan ena.. Sejak dari tu hingga ke harini ena dah takde dapat mimpi ular mahupun bayi. Jika korang dapat mimpi macam ena tu better berubat lah.

Syukur selepas 6 bulan tu ena disahkan mengandung. Ya Allah masa ni ena trauma sangat. Sentiasa amalkan zikir dan doa yang dipesan sebelum keluar rumah. Takut sangat selagi kandungan tak cecah 4bulan. Kenapa? Sebab benda tu nak kan janin ena yang belum di tiup roh.. Siang malam hidup tak tenang fikirkan kandungan ni. Setiap minggu kalau boleh nak scan je kandungan ni nak pastikan sentiasa selamat. Alhamdulillah mengalir airmata ni bila lihat kandungan bergerak... 

Ena selamat melahirkan anak perempuan. Syukur akhirnya ena dapat melahirkan seorang baby yang comel iaitu DHIA SUMAYYAH (Sinar Kebanggaan) pada 30/8/15. Selama setahun setengah penantian ibu & ayah nak dapatkan anak.


TERIMA KASIH YANG SUDI BACA SEHINGGA HABIS ENTRI NI. JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERLUKAN PERTOLONGAN BOLEH MESEJ DI COMMENT YE. INSYAALLAH ENA CUBA BANTU.

10 Chantiq Manis:

cci said...

hhuhuu...makhluk halus ni... mmg wujud.. cuma pada yang pernah kene je yg leh rasa...

hai ena.. dtg menjenguk.....

Noor Azlan said...

Seram juga dengar kan, apa-apa pun Alhamdulillah semuanya pulih...

Haslina Kasbulah said...

Seram pula baca.. kebetulan lagi tengah mengandung ni.. huhu.. Semoga dipermudahkan..

CikLa Shahril said...

Seram jugak baca pengalaman Ena ni.. Apapun take care..

Azhafizah Md Nor said...

alamak..terbaca waktu tengah malam pulak. seram! Apepun tahniah dan alhamdulillah dah selamat semuanya

mamapp said...

Mama baca mlm2 meremang2nak gi bilik air pun takut ni huuhuuu. Apapun alhamdulillah ena dpt atasi sihir Tu ye

dear anies said...

ia mmg wujud... namun yg penting how we handle it... selain menyerahkan segalanya kepada DIA sbb ia jg makhluk-Nya

Nora Karim said...

Seram baca Ena... Ustaz cakap mimpi baby dan ular, memang berkait rapat dengan sihir... Alhamdulillah semua dah ok...

atiehilmi dot com said...

alamak.. serius kakak pun seram.. em.. tak pe la kalau semua dah kembali seperti sedia kala.. lepas ni kena lebih berhati hati ya.. peluk cium untuk baby dhia tu.. tengok dia menyengih, sejuk hati.. hee~

Unknown said...

Ade lgi tak pengalaman ena yg boleh diceritakan pde kmi