ClevergirlMY : Pengalaman menyertai Ujibakat Clever Girl Malaysia

Assalamualaikum..

Saje nak sharing pengalaman ena pergi ujibakat pada 22/4/17 di Persada Johor International Convention Centre. Sekarang tengah berlangsung di TV3 setiap hari jumaat jam 9.00malam. Walaupun tak terpilih di peringkat akhir tapi at least dapat lepaslah stage 1 tu. Mana tahu tahun depan ada rezeki boleh cuba lagi kan.



Masa ni tengah isi form. Sambil tu cameraman shoot spontan je picture ni. Tak sangka pulak banyak gambar dekat Instagram TV3. (^_^). Sempatlah study lagi tu sebelum tiba turn ena kan. Dia panggil 10 orang sekali masuk untuk exam.


STAGE 1 - Ujian Bertulis (IQ Test 30 soalan dalam masa 15 minit)


Haaa.. sempat jugak kena snap padehal tak perasan tu.. sebab khusyuk jawab soalan. Soalan merangkumi Matematik, Fizik, Hadiah Nobel, Sistem Perlembagaan Malaysia, Sistem Suria, Sejarah penciptaan dunia dan Geografi. Yang tu jelah ena ingat. Nak spesifik kan soalan tu memang tak berapa ingat pasal banyak exam amek tahun ni termasuk SPA. Matematik yang ena kelam kabut nak jawab sebab 15minit je..memang rasa tak cukup masa.


STAGE 2 - Sesi Pemilihan bersama juri TV3

Bab ni paling nervous sebab soalan spontan dari juri. So kena pandai cover suara tu supaya nampak natural je.. Kena sentiasa senyum. Firstly, kena cerita background, education, profession, hobby and so on.
Then juri mula tanya, nak buat apa dengan duit RM100K. Masa ni kena prepare awal2 sebelum datang ujibakat jika ditanya nak buat apa kalau menang duit RM100K. Bagi sebab kenapa saya patut dipilih. Soalan mungkin berbeza ikut pada peserta.


Bila juri suka and accept, akan dapat "Golden Ticket" ni. Tak bermakna dapat masuk final tapi ini adalah sebagai bonus yang korang terpilih antara ramai tu. Contohnya ena wakil negeri Johor, Jadi daripada yang terpilih tadi ni akan dipilih lagi 2 peserta setiap negeri (28 orang) untuk lawan di dalam "Boot Camp" pulak. Takde rezeki ena untuk ke final. Rezeki berpihak kepada "Visha" untuk wakil negeri Johor. Its OK sebab dapat juga merasa pengalaman ni kan..


Ni memang best sebab siapa yang lepas akan dapat cenderahati dari Penaja Serai Mas. Kira balik takde lah tangan kosong. Ena dapat set kecantikan Ratna. Memang bagus and sesuai pulak dengan kulit muka ena.

Tq for reading :)

Post a Comment

27 Comments

Sheila Adziz said…
yg penting mencuba sis... apa pun Allah jua yg tentukan. klu dah tertulis rezeki sis tak kemana... salam kenal
aswaleyla said…
waahhh hebatt. tak pe tak terpilih sampai final pun. sekurang2nya ada pengalaman kan. sy memang tak yakin lgsg nak join bnde mcm ni. segan tu tinggi sngt
mamapp said…
tahniah ena.. kalah menang bukan ukuran yg penting dapat expose gini boleh meningkatkan confident diri. lepas ni boleh cuba lagi pencarian yg lain. insya allah ada rezeki
wahhh tahniahhh.. tak sngka kwn blogger sy ada yg try clever girl.. sy tumpang bangga untuk awk. even tak dpt masuk ke final tp awk ada keyakinan yg tinggi untuk cuba. satu pngalaman yg bagus..
Mardiah diana said…
Salam singgah sini dik....wahhh....hebatnya adik ni...tak apa tak terpilih ke peringkat final tapi adik tetap hebat sebab dapat melepasi peringkat pertama dan dapat pengalaman baru...
Adam said…
Tak terpilih kali ni no problem. Tahun depan cuba lagi. Jngan berhenti mencuba sudahlah.
Anonymous said…
Tak sangka kawan blogger ni masuk clever girl.at least dapat masuk jugak kan.
Mimie said…
X berjaya kali pertama itu pengalaman. Boleh cuba lagi
sis gee said…
tahniah!nak lepas setiap stage bukan senang!nak masuk tu pun tak semua orang boleh. pengalaman yang ada boleh guna untuk tahun depan pulak..All the best sis!
Zaza Iman said…
sekurangnya dapat jugak pengalaman tu..insyaallah moga tahun depan kalau join..semoga berjaya
Azhafizah MN said…
wah..tahniah orang johor! tahun depan cuba lagi sampai berjaya okay :)
shalin shazira said…
Tak terlambat untk cakap tahniah berjaya masuk ke saringan pertama.Tapi pengalaman tu mesti best sangat kan, dahla bersaing dengan berpuluh orang. Good luck sis! ^^
Ana Suhana said…
Tahniah sebab berjaya juga walaupun tidak ke peringkat negeri. InsyaAllah rezeki akan datang kita tak tahu kan.
Ombak Bergigi said…
Tahniah awak walaupun tidak ke peringkat negeri. Om follow tau #520 https://ombakbergigis.blogspot.my/
Nieyla Nadia said…
Alhamdulillah...xpe..walaupun x de rezeki ke final...
pengalaman tu sgt berharga..sekurang-kurangnya kita tahu tahap kita sampai mana...
tahun depan try la...mana tahu ade rezeki kan...InsyaÁllah...
Anum said…
singgah n follow back
keep in tounch
Nadhie Wueen said…
Wahh.. lawonya sis time uji bakat. takpa yang penting pengalaman kan . mmg best dpt experience mcm ni boleh tambah lagi apa2 soft skill secara tak langsung.
Mak Lin said…
Bestnya. Lin tak ada keyakinan nak pergi ujibakat macam ni. Huhu.

-#TheRealBloggerMak
Wak Lat said…
wahh bestnyer dpt gi ujibakat clever girl., xde rejeki tu leh try next year.,

ps. to visha tu kan kene kecam je dlm fb sbb xdpt jwb soklan yg senang ke., huhu2
WhiteBarley said…
Nampak mencabar juga tu.
Nanti boleh cuba lagi..
dear anies said…
apa2 pun tahniah! x terpilih bkn bermakna x bgs... yg penting pengalaman tu sbb bkn semua org dpt merasainya
Farrah MF said…
Wah, pengalaman berharga ni, dik! Tahniah sebab berjaya dapat golden ticket :)
NanyFadhly said…
Wow!!! tahniah dik! merasa juga tuh proses nak mencari clever girl ni. Tahun depan cuba lagi. At least dah tau kan camane.
Nora Karim said…
Wah, tahniah... tak pe next year boleh cuba lagi...
MYPeroduaclub said…
Miss President MYPeroduaclub The Best Ever! Superb.... Just Do It For Next Year 😘
nini said…
Wahhhh....mahal pengalaman ni tau=) tahniah