ツ Teman Tapi Mesra

Photoshoot Peraduan Gugu Gaga Bebe Anugerah 2017

Assalamualaikum Reader :)

Tu namanya rezeki dari Tuhan, bulan lepas sebenarnya ena terpilih untuk sertai ujibakat Pengacara terbitan RTM tapi masa tu last minit tak dapat hadir sebab Sumayyah demam panas. Jadi ena terpaksa batalkan hasrat ke KL tak sampai hati nak tinggalkan Sumayyah pada orang.

Pada masa yang sama, ena telah diberi peluang untuk muncul dikaca TV bagi sebuah rancangan dokumentari berkait TIPS penjagaan kenderaan! Info penuh boleh baca disini!

Tuptup... bulan ni dapat pulak wassap dari pihak Anugerah bahawa anak terpilih ke peringkat Semi Final.. Alhamdulillah... 
.
.
PUSINGAN PERTAMA : PENYERTAAN

Ena isi borang masa bulan April.Haa lama tu. Dari ena mengandung memang amalkan minum air Anugerah.. Sampailah lahirkan Sumayyah amalkan pula Minyak Bebe dan Tungku Herba Bayi Anugerah. 

Kesetiaan selama 2tahun ni dan Sumayyah layak untuk sertai, maka ena pon hantar penyertaan ni.. Yang bestnya boleh hantar banyak borang, So ena hantar 4 keping gambar :)




Best kan hadiah disediakan. :) 

Promosi memang besar-besaran jadi memang hebat para pesertanya sampai 10K!


Penyertaan Pertama. Masa ni Sumayyah baru setahun 8 bulan. Belum berjalan lagi.

Susah jugak nak suruh dia tengok kamera.


Penyertaan kedua. Mood anak baik sebab dapat tunggang Unicorn :)


Penyertaan ketiga. Idea ayah nak buat ala2 pancing ikan kan.. Shoot di Tg Emas, Muar. 

Seronok dia main pancing2..


Penyertaan keempat. Sumayyah suka susun barang.. Jadi senanglah sikit nak pujuk dia main dengan botol ni.. Dah dapat jalan masa umur setahun 11 bulan.

Tapi bukan Sumayyah yang susun ni taw.. Hebat dia kalau dapat susun macamtu :)


Bayangkanlah hantar dari bulan April, Then tamat pada 31/8/17. Jadi lama masa menunggu kan. 

Bila Anugerah umumkan peserta ramai, masa ni ena rasa peluang nak ke next stage macam tipislah. Sebab almost yang masuk memang comel2 belaka.
.
.
PUSINGAN KEDUA : UNDIAN "LIKE" TERTINGGI

Dalam masa 2bulan lama Anugerah menyepi, akhirnya ena dapat wassap pada 16/10/17 bahawa Sumayyah terpilih untuk menjalani sesi fotografi bersama jurugambar profesional.


Lokasi : POP STUDIO Setia Alam, Shah Alam. 


Kategori : B (13-24 tahun)
Tarikh : 25 Oct 2017
Tema : Biru


Susah juga nak pujuk Sumayyah pose kat depan kamera ni..Dia memang tak pernah pose di studio. 

Jadi memang dia tergamam tengok semua orang..

Buka lagu pon jenuh dia taknak menari.


Bila ibu suruh senyum, die kenyit mata pulak :)


Haaa...nampak.. ibu dia yang beriya pose macam2 tapi anak macamtu je keras sampai sudah.. Sabarlah nakkk




Insipirasi aksesori ena pakai pada Sumayyah adalah dari penampilan anak Che Ta ni.. 

Geram tengok dia ni pandai bergaya.


Dari lahir sampai sekarang masih setia dengan minyak ni. 

Paling best selain melegakan sakit perut, kalau Sumayyah terjatuh dan kepala dia bengkak cepat2 sapu minyak ni. InsyaAllah esok dah tak bengkak lagi..


Tuam perut Sumayyah dari lahir sampai usia dia 6 bulan.


Terima kasih untuk pihak Anugerah sebab bagi freegift pada Sumayyah.. 

Jatuh cinta pakai minyak kasturi ni. 

Sapu pada belakang telinga anak.. Memang wangi dan anak tidur lena.

TQ READING :)

3 Chantiq Manis:

Nona Qiyah said...

wow, rezeki berphotoshoot......next leh photoshoot lg....hehe

Tahniahhhh

Eddie Fadzwan said...

Anak comel, ibu dia pun comel.... hehe!!! 😘 Muah ciked....

beby monstaaa said...

Semoga sumayyah dpt masuk final nanti.