ツ Teman Tapi Mesra

Pengalaman sertai eRezeki program #YouCanDuit oleh MDEC

Assalamualaikum..

Excited sangat nak cerita dengan korang yang minggu lepas ena pergi kursus 2hari eRezeki Global High Income di UTM SKUDAI

Memang best sebab banyak ilmu boleh sedut dari coach.. yang paling penting FREE taw! Siap ada sediakan makan pagi & tengahari.

1) Penyertaan Pertama [#eRezeki dan #eUsahawan Bootcamp]


Memang lama nak join sebab terpegaruh tengok iklan "Makcun" tu dan dapat tahu ada anjuran di Muar sebab ada orang posting dalam FB Group "Anak-anak Muar"

So memang tak lepas peluang kali ni. Lagi2 Datuk Rosyam Nor yang datang :) Bukan ena je.. Makcik2 yang datang pon sebab nak tengok dia..hahahaha.. Bijak marketing.


Cucu vs Datuk.. Comel kan.

Muka nampak serious je kan... tapi 2 jam Datuk Rosyam Nor bagi ceramah memang tak berhenti ketawa.. Kelakar habis. 

Dia memang ada aura nak tarik perhatian orang untuk dengar dia bercakap kan. Then, dia temuramah beberapa usahawan yang berjaya selepas sertai program ni.. 

Memang tabik lah income dorang mencanak. Salah seorang nya adalah Coach Ashikin. Usia baru 33tahun tapi income bulanan RM50K! Nak tahu rahsianya? Baca sampai habis...........

Seminar ni lebih kepada perkenalan secara umum apa itu "Bekerja secara Digital".

1 ) Peringkat pertama dimana kalau kita langsung takde skill tertentu kebiasaanya yang tak tahu guna komputer, so ada platform yang sesuai untuk mereka contohnya klik "Survey" ataupun jadi "Dropship". Memang banyak platform pekerjaan yang ditunjukkan.

Ena try juga platform paling mudah iaitu "Gigagigs". Haa ni kena install dekat phone. Ni sesuai untuk suri rumah boleh buat side income. Nilai kecil tapi kena rajin lah klik "Survey" Senang je apa dia tanya korang jawab je.. pastu duit akan kredit to akaun.

Yang penting RAJIN cek. Sebab selalu full je..kalau full boleh tunggu dalam 2-3jam selepas tu akan refresh. So try cek balik. Senang tak perlu nak promote barang kat orang. Kebiasaanya akan buat survey, ambil gambar dan upload, atau share gambar di Facebook.

2) Peringkat yang ada skill seperti pakar design, akaun, translater dan sebagainya boleh berdaftar dengan Erezeki EGHI. 
(Kena sabar sikit sebab macam ena daftar bulan 8 tapi bulan 10 baru dapat email untuk kursus).

Masa program ni memang diterangkan jika berminat nk jana income yang lebih besar boleh sertai kursus khas di pusat eRezeki

Contoh macam Kawasan Selatan (Johor, Melaka, Negeri Sembilan) memang dibawah coach yang sama. Pusatnya di UTM Skudai Johor Bahru

Tapi jangan risau sebab mereka akan bergerak kesemua negeri tersebut. Selepas berdaftar secara online, tunggu sehingga mereka email untuk pengesahan kehadiran.


Nampak tak semangat ena & suami duduk depan..huhu.. tulah untung nya boleh dapat banyak hadiah (Tshirt & Pendrive) sebab dekat nak lari naik atas pentas kan..

Masa ni ramai dalam linkungan 200 - 300 peserta.. memang penuhlah dewan ni. Sarapan & lunch disediakan. FREE okey.


MANFAAT DITERIMA SELEPAS PROGRAM PERTAMA

Haaaaa.. disebabkan aura dari seorang kakak kat atas pentas tu dia buat GRABCAR. Suami ena pon cubalah.. Suami buat partime je okey! Tapi rate setiap hari suami boleh dapat dalam RM100. 

Memang terkejutlah. Rupanya dekat Muar ni memang GRABCAR tengah naik. Bayangkanlah buat santai2 je..Patutlah yang buat fulltime boleh dapat RM3K sebulan..

Seriously kalau korang nak tambah pendapatan boleh buat dengan GRABCAR & UBER. Untuk belajar dengan sifu boleh direct wasap suami sebab bukan senang nak jaga rating taw. 

Ramai terkejut suami boleh dapat income besar hanya buat dalam masa sebulan. Dia banyak belajar dengan otai bagaimana nak jaga rating. Sebab klau nak buat kerja ni kena jaga rating taw. 

Rating tu dinilai oleh customer. Nak tahu PRO & KONTRA kedua2 jenis ni boleh tanya 
EDDIE ------> KLIK TO WHATSAPP


2) Penyertaan Kedua [eRezeki Global High Income #EGHI]

Yang ni special dalam kelas sebab di ajar cara daftar dengan Freelancer.com

Kursus ini pada 6-7/10/2017 di N28a, Faculty of Computing, UTM Skudai. Dari pukul 8.30 pagi hingga 5.00petang. Ada 3 coach iaitu Ashikin, Ihsan dan Amirul

Semua muda2 okey tapi dah jana pendapatan yang besar. Yang sertai kursus ni semua yang ada skill dari Diploma sampai lah PHD. So coach ajar bagaimana nak gunakan skill kita melalui platform ini.

Makan disediakan dan FREE! Kenapa ena asyik mention FREE sebab ramai tanya kena bayar ke? 

Yuran dan makan memang FREE.. yang penting duit minyak nak datanglah :) ena dari Muar ke JB. Rupa-rupanya ada jugak dari Muar selain kami.

Coach Ashikin @ Kak Ming



TADAAAAA... hasil pembelajaran dengan coach Ashikin a.k.a Kak Ming.. 

Memang leceh nak daftar.. Banyak keje.. Tapi jangan risau coach akan ajar dari cara pose gambar sampailah nak bid kerja.. Cara2 nak tulis profile pon coach bagi tips okey. Nak tengok contoh boleh view profile ena di atas. Gambar tu pon coach Ihsan yang ambil. Ada sebab kenapa kena posing macamtu. Semuanya di ajar dari A to Z.

Kenapa korang patut daftar Freelancer ni sebab boleh gunakan skill yang ada.. Confirm rambang mata nak tick skill sebab ada 20ruang skill korang boleh tick.. 

Yang bestnya siap ada contest taw. Blogger ramai yang expert design blog kan..

So apa kata korang masukkan skill korang dalam ni. Gaji pon bayar by USD okey. Memang income dia besar. Yang penting kena pandai bahasa inggeris lah sebab client kita 1 dunia..

Tak mahir pon takpe.. yang penting nak belajar. Jom kita sama2 jadi Usahawan Digital (^_^)


Untuk ketahui lebih lanjut bila dan dimana program terbaru dianjurkan boleh layari

16 Chantiq Manis:

atiehilmi dot com said...

waa.. bestnya !! tapi tu la.. dunia digital semakin meluas, tak salah mencuba kan ? hee~

Ainniah Zulkefli said...

menariknya program ni. mesti dapat banyak input.

Annur Syuhadah said...

tak sangka dah bercucu dah rosyam nor hihi..
Program youcanduit ni kalau ada dekat-dekat dengan tempat AS tinggal, AS pun kompem akan join.

dear anies said...

tambah ilmu, tambah kenalan tambah pendapatan

Noor Azlan said...

Tambah ilmu adalah salah satu petua untuk berjaya... syabas...

Azhafizah Md Nor said...

bagus join ni. untung dapat ilmu :)

Fidah Shah said...

Menarik juga ni untuk peluang tambah pendapatan..

Mrs Pip said...

thanks sharing info ni ...
bagus juga ada info mcm ni, boleh tau kat mana nak tambah pendapatan ...
mcm abang saya pun buat part time uber setiap hujung minggu,
so far income memang ok...

AziRahmanDotCom said...

best program camni dapat tambah info

nadhie wueen said...

Wahh seronoknya join aktiviti macam ni. memang banyak manfaatnya ^^

kak gojes said...

menarik la join program macam ni.

Raydahpunye said...

good read

Abam Kie said...

kalau ada seminar mcm ni ni di Kelate meme abe kie nak gi..

sya mimie said...

bestnya dapat join..suka juga tengok rancangan macam ni..

JMR said...

best!
semoga terus berjaya

Sang aura said...

bestnye.lebih lebih lagi dibayar dalam usd..ehehehehe. kita baru tengok2 freelancer tu