ツ Teman Tapi Mesra

Petua Mudah Bersalin Dan Cepatkan Bukaan Rahim

Assalamualaikum Readers :)

Bagi wanita yang bakal melahirkan anak sulung, pasti akan rasa nervous sebab takut susah bersalin nanti. Termasuk ena juga masa mula2 mengandungkan Sumayyah.

Petua ini ena dapat dari kalangan makcik2 ena sendiri, banyakkan membaca dan membuat kajian. Oleh itu, ena ingin kongsikan bagaimana ena mudah bersalin.
.
.
.
Pengalaman Bersalin - 37 minggu 3 hari

29/8/2015 6.00 petang ( Keluar Tanda )

Masa ni tak sakit lagi. Ena mula rasa perut memulas nak buang air besar. Ena alami cirit birit selama setengah jam dalam toilet.. Ena tak tahu pon ni salah satu tanda nak bersalin sebab ikutkan due ena lagi 2 minggu (17/9/2015). Haaaa lama kan.. 

Pukul 7.00 malam tiba2 air ketuban pecah. Masih tak rasa sakit lagi. So relax2 lah baring dulu. Sebab nak pergi hospital macam awal lagi kan.

Pukul 8.30 malam pon masih tak rasa sakit. Maka mula tak sedap hati sebab air ketuban dah pecah lama, untuk elakkan apa2 berlaku, ena pon pergilah hospital.

Setelah masuk wad dalam pukul 9.00 malam, ena mula rasa contraction. Masa ni rasa dalam 10 - 15 minit sekali.. Masih sakit biasa2 lagi. Cek bukaan baru 1 cm.


30/8/2015 2.00 pagi ( Bersalin )

Sakit paling kuat dalam setiap saat dan mula susah nak berjalan tu dalam pukul 1.00 pagi. Gagahkan diri berjalan nak minta nurse cek bukaan lagi. Nurse cek dah buka 7 cm. Maka, terus masuk labour room. Nurse pon gelabah kelam kabut prepare barang. 

Ena ni rasa nak push je tapi nurse suruh tahan. Serious memang tak tahan sebenarnya. And last ena bersalin tepat 2.00 pagi. 

Nurse tu asyik tanya ena ada minum air selusuh ke? Ena memang tak pernah minum air selusuh pon. Tak sempat buat sebenarnya. Ena banyakkan bersenam lagi2 masa contraction tu.
.
.
.
Tips Mudahkan Bersalin

1. Minum air Anugerah


Air Anugerah adalah air yang bersifat alkali untuk membantu menghilangkan kesakitan rohani dan jasmani anda. Disebabkan ena trauma keguguran 2kali dan sering di ganggu (BACA SINI) , maka sepanjang kehamilan sentiasa amalkan air anugerah. 


2. Doa Nabi Yunus


Doa ini sangat mudah diamalkan. Lagi2 di saat dekat nak bersalin.


3. Makan Set Hamil Salindah (B1 -B6)


Ingin lahirkan anak pintar, cerdas, kuat tulang & gigi, keletah, comel, & cantik kulit, mulakan dengan B1, B2 & B3. ( Yang ni ena akui memang tulang Sumayyah kuat sejak lahir. Kepala anak cepat tegak ).

Untuk mudah bersalin ( B4, B5 & B6).

Ena memang suggest sangat2 kepada ibu2 mengandung makan Salindah ni sebab nampak Sumayyah cepat belajar dan hafal. Harga dalam RM200 lebih. Rasa pon manis je.

Masa contraction dari 1 cm sampai dah nak masuk labour room tu memang ena banyak makan set B6. Setiap 15 minit ena kemam sebiji. Insya-Allah cepat bukaan.


4. Senaman 3S + 1Z

Kenapa ena kata 3S +1Z? Sebab ada 3 jenis senaman yang ena amalkan. Sambil senam tu disertakan dengan zikir "Ya Fattah (Maha Membukakan)".


Senaman 1 - Jari Hantu di Pusat

Senaman 3S ni boleh mulakan pada kehamilan 8 bulan ke atas. Paling ringkas adalah sambil duduk, Letakkan jari hantu di tengah pusat sambil pusing lawan jam dan zikir "Ya Fattah".


Senaman 2 - Lying Side Leg Raises


Senaman ni sangat efektif. Masa dah kena tahan wad nak bersalin tu ena amalkan senaman ni di atas katil untuk cepatkan bukaan. Sebab nak duduk atau baring memang tak larat rasa sakit. 

Gerakkan kaki ke atas ke bawah berulang kali sambil zikir "Ya Fattah".


Senaman  3 - Pose Tailor or Butterfly Pose ( Gerakan Duduk Bersila )


Senaman ni dah boleh amal pada usia kandungan 9 bulan sehingga di hujung kehamilan. Gerakkan badan ke depan berulang kali sambil zikir "Ya Fattah".


5. Baca Surah Maryam dan Surah Yassin


Ena amalkan surah Yusuf ketika hamil 3 bulan (Persediaan ditiupkan roh )
Surah Luqman ketika hamil 6 bulan ( Perkembangan otak anak bermula)
Surah Maryam dan Surah Yassin ketika hamil 8 bulan (Permudahkan bersalin)

Bermula kandungan 8 bulan dah boleh amalkan surah berikut setiap hari sehingga hampir bersalin.


6. Minum air hujung rambut

Amalkan pada kandungan 9 bulan ketika mandi, minum air hujung rambut sambil niatkan "Ya Allah, engkau permudahkan aku bersalin sepertimana selajunya air mengalir melalui rambutku ini".


7. Minta maaf kepada suami.

Yang ni perkara penting sebelum bersalin. Pastikan sempat untuk minta ampun dengan suami. Minta doakan isteri dimudahkan bersalin.


Semoga bakal2 ibu dipermudahkan bersalin. Aaamminnn.. 
Ada petua lain yang ingin dikongsikan? Sila berikan komen di bawah. TQ.


26 Chantiq Manis:

Maria Firdz said...

Nice sharing...

Eddie Fadzwan said...

Saat awk melahirkan Dhia Sumayyah, mmg banyak kali awk minta maaf 😂 sehingga ke hari ini, abg senantiasa memaafkan awk sygku.... Terima kasih sebab berjuang melahirkan ank kita 😘 lebiu

Azhafizah Md Nor said...

Perkongsian yang bermanfaat :)

mamapp said...

Baguslah tips ni boleh dicuba dah mesti jadi ni. Tak salah nk ikhtiar

zaza iman said...

petua2 yang amat berguna buat ibu2 yang bakal melahirkan anak..tp mcm zaza yg belum kahwin ni pun kena ambil tahu jgk sebagai persediaan..

Ezna Ahmad Khalili said...

Banyak tips itu ini try utk kelahiran normal.Sekaliiiii anak keluar ikut 'tingkap' sebab Emergency C Section.

Syafiera Yamin said...

Banyak tips menarik, lepas ni I nak try gentle birth, guna teknik pernafasan dan rasa bertenang semasa bersalin... huhuh taknak misi banyak banyak suruh push push, rimas ! hahahaha Alhamdulillah 2 orang dah anak :)

Hasif Hamsyari said...

Bagus perkongsian begini untuk ibu mengandung dan suami untuk menyampaikan pada isteri. Sangat bermanfaat. Iyalah, proses melahirkan adalah momen yang cukup penting. :D

Wendy Pua said...

so many great tips for mama to be !
tq for sharing kak!

Rawlins GLAM said...

Boleh share dengan kengkawan Rawlins yang sedang expecting nie. TQ share tips nie. Mesti ramai yang memerlukan tips ni.

Hanny Abdullah said...

Tips yang bagus buat ibu yang ingin melahirkan. Selamat mencuba guyss...:D

Fadzi Razak said...

Tips yang bagus untuk bakal bakal ibu yang akan bersalin nanti. Saya dulu masuk hospital dalam dewan bersalin tu pukul 10 pagi. Pukul 12 pagi baru keluar anaknya hahahha

Henry Tan said...

yesss exercise is important apart from taking those supplement.

Which Income Group Do You Belong To?

Amanda Suria said...

Çommon la bila kita nak bersalin nurse akan tanya ada minum air selusuh ke..pas tu ingat lagi akak kena bebel..dah bagi tau tak minum pun dia tetap cakap kita minum..laa..dah baby nak keluar kan...tp bagus la Ena amalkan senaman tiap kali contraction datang...

Jane Chua said...

Air anugerah also can help to speed up the process ? Unbelievable and maybe I can ask my friend to try it out too.

Kylie wenn said...

Selamat bersalin.. petua ni bagus untuk wanita yang baru bersalin!~

penaberkala nuar said...

Bagus perkongsian ni especially untuk ibu yang first time mengandung. Memasing boleh praktikkan nanti

miera said...

Perbanyakkan berjalan.. Miera banyak jalan bila pregnant.. sampai dah spotting but tetap jalan.. laju pulak.. hahaha and alhamdulilah bersalin pun cepat...

Bella Jamal said...

Bagus tip-tips ni semua. Apa-pun mesti nak amalkan benda-benda yang baik. Bakal ibu bolehlah cuba tip berkesan ni kan. Tq kongsikan kat sini.

Bella Jamal said...

Bagus tip-tips ni semua. Apa-pun mesti nak amalkan benda-benda yang baik. Bakal ibu bolehlah cuba tip berkesan ni kan. Tq kongsikan kat sini.

Aneezah Johnson said...

Seronok baca pengalaman" ibu bersalin ni. Thanks for sharing

Maisarah Humaira said...

Tips yang bagus untuk ibu yang bakal melahirkan bayi. Terima kasih berkongsi.

www.maisarahsidi.com

dboystudio said...

bagusnya banyak info dan share post nie. lelaki juga perlu tahu untuk masa akan datang.

seri wangi said...

Bersalin normal ataupun cara pembedahan tetap sakit ketika hendak bersalin dan setiap kali bersalin utk setiap anak adalah berbeza, bagi kak yang sudah 6 kali bersalin semuanya normal memang rasa sakit yang amat sangat kecuali anak yg kedua yang mudah sikit dan yg last lbt pulak bersalin.

ciktom said...

banyaknya petua ena.terlambat skit ciktom baca..nati tgu blh amal anak kedua..hihi.

Hernee Nazir said...

nice sharing eyna..akak pernah gak minum air anugerah tu..