ツ Teman Tapi Mesra

Holiday Johor Part I | Don Hu Jurassic Park Muar

Assalamualaikum Reader :)

Bestnya holiday sampai 2 minggu. Kali ni cuti dalam johor jer.

Tak habis pusing seluruh johor lagi. Jadi ada masa ni gunakan sebaik2nya.

Kalau ada anak kecik ni memang best bawa ke tempat ni, Don Hu Jurassic Park Muar.

Senang sangat nak cari sebab tepi bypass dah nampak. Dari bandar muar lebih kurang 20minit.

Yang best tu dinosaur ni siap boleh gerak dan ada bunyi.. excited anak tengok kan..





Ni paling besar. Susah nak amek gambar sebab anak terlalu teruja tengok banyak dinosaur 😂




Terdapat banyak souvenir boleh di beli. Macam sumayyah dia nak patung dinosaur je 🤗

Ena suggest beli yang dalam paket tergantung kat atas tu. Dalam ada 6-7pcs harga RM25. Lebih berbaloi dari beli seketul2 tu..

Tempat berbumbung jadi selesa sikit nak shopping kan.


Haaa..nampak tu masuk FREE!!! Modal beli mainan RM25. 

Ok la tu kan.. seronok kemain dapat dinosaur tu..

Tempat ni dibuka setiap hari kecuali hari Rabu.

Masa : 10 pagi - 6.45 petang

Lokasi : Don Hu Jurassic Park Muar
2700, Pintasan Muar, Kampung Sabak Aur, 84000 Muar, Johor

Review | Cozuma Lipstick | Nude Pink

Assalamualaikum Reader :)


Seriously suka sangat koleksi hot sales color ni iaitu "Nude Pink".

Highly recommended color ni sebab tak berapa merah dan tak berapa Dusty pink sangat.

Sebabtu hot sales, memang cantik color ni. Bagi 5/5 Bintang!

Untuk lihat koleksi sebelum ni, boleh klik Disini

Tq reading the simple reviews :)

Review | Best Foundation | MCCT Foundation By Meiko Japan

Assalamualaikum Reader :)

Ena nak share the best foundation ena pakai since 2012. 

Memang setia pakai brand Meiko dari first Naturactor Cover Face sehingga terkini guna latest produk iaitu MC Cover & Face Treatment (MCCT).

Highly recommended pakai brand ni sebab original from Japan, harga mampu milik dan tahan lama.

1pcs ni rate harga RM65 tapi yang bestnya boleh tahan sampai 2tahun taw!

It's depends berapa kerap kegunaan. Kalau macam ena freelancer jarang keluar rumah memang boleh tahan. 

Bayangkan last beli Feb 2016 tapi masih ada lagi separuh. 

So kalau korang yang jenis bekerja di luar memang perlu pakai hari2 boleh tahan sampai setahun. Berbaloi tak??

Kenapa setia pakai 5tahun? Seriously ia sangat membantu merawat kulit seperti susah naik jerawat dan kulit tidak kering kerana mengandungi Jojoba Oil dan Vitamin C.

🌹🌹 Fragrance free 🌹🌹
❤ Tidak berminyak ❤
🌹🌹 Tahan selama 8 jam 🌹🌹
❤ Selamat digunakan sehingga 3 tahun ❤
🌹🌹 Tidak waterproof. Senang sangat dicuci 🌹🌹 
❤ Tidak menyebabkan iritasi pada wajah ❤

Kalau nak touch up just ambil masa 2-3minit. Sebab full cover dan hasilnya memang flawless. 

Then, nak bersihkan tak perlu pakai makeup remover pon.. Just terus pakai cleanser.
Suggest pakai kod CF151 sebab sesuai dengan tona kulit Asia macam kita. Tak terlalu cerah atau gelap.


Pastikan beli 100% original Meiko Japan dari pengedar sah. 
No pasar malam buatan cina okey..

Whatsapp : 013-3986129 ( Zunita Ramli )

TQ Reading :)

Keputusan Giveaway Dhia Sumayyah

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah berakhir sudah contest anak bersama Anugerah.. hope dapat masuk final nanti.

Di bawah ni merupakan keputusan likes. Tapi result akan diumumkan pada 29/12/2017.

So tak pasti lagi dapat pergi ke final ke tidak..
Setakat ni sumayyah ranking kedua tertinggi.

Masa shoot ni sumayyah takde mood sebab nak tidur 😂. Ibu redhalah muncung panjang.

Maaf sangat2 tak sempat nak jejak blog korang sebab ena demam on off 2 minggu. Nanti ena blogwalking ye :)

Disebabkan kurang mendapat sambutan + ena pon tak sempat nak promosi sebab demam teruk, jadi ena dengan riang hati nak hadiahkan something kepada korang yang join.

Hadiahnya adalah tersenarai di dalam BLOGLIST JANUARI 2018.  

Jangan kecewa tak dapat hadiah disertakan ( GA dikira batal atas sebab tak cukup kuota yang dijanjikan )

So tahniah ye. Terima kasih tak terhingga sebab sudi like gambar dan share.

Sumayyah bagi ❤🌹❤🌹❤🌹❤🌹 kat korang..



BLOGLIST JANUARI 2018

GIVEAWAY DHIA SUMAYYAH ( 20/11/17 - 14/12/17 )

Assalamualaikum Reader :)

Giveaway ni khas untuk membantu LIKES bagi melayakkan anak ena masuk ke final.
Untuk ketahui lanjut contest apa, boleh klik pada entri sebelum ni [ Gugu Gaga Bebe Anugerah ]

SIMPLE BUT EXCLUSIVE GIVEAWAY! FOLLOW, LIKE, COMMENT & SHARE



BOLEH TERUS LIKE, COMMENT & SHARE DI ATAS!!!! ATAU,
PICIT GAMBAR DI BAWAH DAN LIKE, COMMENT & SHARE


Syarat untuk menyertai :-

1) Buat entri bertajuk - GIVEAWAY DHIA SUMAYYAH (20/11/17 - 14/12/17)


TEKAN SEKALI DALAM KOTAK, KEMUDIAN, TEKAN CTRL C UNTUK SALIN

2) COPY LINK di dalam kotak yang disediakan di atas dan PASTE ke Entri post anda!

3) FOLLOW blog Ena

4) SIMPLE REVIEW berkenaan blog Ena [ TINYNASWEET ]

5) LIKE, KOMEN & SHARE gambar Dhia Sumayyah di Facebook dengan cara :

    a) Tekan butang ini [ LIKE ] LIKE lebih dari 1, ada MARKAH EXTRA!!!
    b) Tinggalkan komen di ruangan tersebut "DONE LIKE DARI ......(LINK BLOG TANPA WWW & COM)......?''
    c) Tekan butang share dan pastikan "Public"

6) Like page [ MYPerodua Club ]

7) Setelah selesai tugasan, tinggalkan entri link di ruangan komen dibawah supaya Ena boleh terjah ke entri masing - masing. TQ



 SENARAI HADIAH MENARIK 


Pemenang di pilih berdasarkan SIMPLE REVIEW paling awesome!
Taknak panjang2 ye.. Simple dan ikut kreativiti masing2.

PEMENANG PERTAMA : JAM TANGAN PINTAR SMARTWATCH BERNILAI RM192

PEMENANG KEDUA : TSHIRT MYPERODUA CLUB EDISI DIAMOND GOLD BERNILAI RM70

PEMENANG KETIGA : LANYARD MYPERODUA CLUB BERNILAI RM36




Ena sebagai President MYPerodua Club memang berbesar hati nak hadiahkan semua ni kepada korang.

GIVEAWAY INI TERBATAL SEKIRANYA PENYERTAAN KURANG DARI 50 ORANG! MOHON HEBAHKAN KEPADA SEMUA BLOGGER SEANTERO MALAYSIA. TQ

Semoga Berjaya !!!!!!