ツ Teman Tapi Mesra

Muar Cultural Walk Tarikan baru Street Art

Assalamualaikum & Hye Reader :)


Semalam ena berkesempatan pergi ke 3 tempat di bandar Muar iaitu ;

1. Muar Cultural Walk ( Street Art )
2. Laman Maharani Bandar Diraja ( Sejarah penubuhan Muar )
3. PPT Muar Hotel ( Transformer )


1.  Muar Cultural Walk, Jalan Meriam.

Street Art ni baru saje dibuka pada 25 Mei 2018 tapi ena baru first time pergi walaupon jarak dari rumah cuma 10 minit. Hahaha.. Memang kami ni jarang keluar sebab masing2 banyak settlekan projek. Ena baru siapkan projek 9000words jadi ni lah masa yang sesuai nak pusing2 Muar. Haha..  Pecah otak.

Kalau nak jalan2 di sini biarlah waktu redup dalam pukul 5.00 petang, kalau tak? memang berpeluh la weyyy kepanasan takde bumbung.

Terdapat banyak lukisan yang cantik. Tu pon banyak ena tak dapat ambil sebab diorang parking kereta kat tepi! so, menghalanglah niat nak snap semua. 


Ibu dia je happy lebih.haha.. masa ni sumayyah lepas jatuh tu dia moody kejap.


Beli tiket nak tengok wayang! rare kan?


Baru habis tengok wayang... chewahhhh!!!


Sumayyah blur nak buat LOVE. Hahaha



Semangat sumayyah bergayut tuuu..




















Sumayyah order cendol satu !!




2.  Laman Maharani Bandar Diraja.

Laman Maharani tak jauh dari Cutural Walk. 5 minit je. Kami memang naik motor sebab malas nak ngadap jem. Betul2 tepi Sungai Muar Sebelum masuk ke Jambatan pertama Muar dan daerah ini merupakan antara bandar tertua di Johor.


Sejarah tertubuhnya Bandar Maharani Bandar Muar.




Jambatan Pertama Muar




3.  PPT Muar Hotel, Jalan Bakri.

PPT hotel ni kami saje singgah untuk tengok transformer. Hehe.. Display kat luar je so boleh la amek gambar. Tapi uolls kalau nak menginap sini pon boleh sebab berkonsepkan kontena. Sila klik PPT Muar & Container Hotel.


Sumayyah takut nak dekat memang besar lukisan ni.



Masa ni memang terkejut rupanya ada sensor. Bila datang dekat akan bergerak kepala robot. Hahahaha..


Ok la itu je setakat ni. tunggu next entry tarikan best di Muar. Tq reading :)

Lipmatte & Metallic Mary Kay 2-in-1

Sebenarnya ena kurang gemar menggunakan lipgloss or lipmatte sebab bibir ena jenis kering, So lagi suka guna lipstik seperti biasa.

Tetapi apa yang buat ena tertarik dengan lipmatte ni color sangat menawan dan still kekal lembab. 

Paling best adalah 2 in 1 dimana korang boleh gunakan sebagai lipmatte dan juga eyeshadow. 

Satu info yang korang perlu tahu adalah normal bila kita pakai lipstik akan melekat pada gelas ketika minum. hehe.. so korang tak perlu risau kalau lipstik tak kekal lama lebih dari beberapa jam kerana ia adalah selamat. Kalau korang pakai langsung tak boleh tanggal, better berjaga2 dikhuatiri ada kandungan plumbum ataupun produk itu fake. Dapat sesuatu????

Ada 5 pilihan warna. RM39 sebatang. Limited edition December 2018.


Warna Petal to the Metal membuatkan ena terpikat dan terus grab. Soft pink sesuai match dengan baju pink. Feminine look :)


In love this one !!!! Jimat masa dan jimat makeup 2 in 1 kelopak mata dan bibir. Senang nak apply. Hanya touch lipmatte di kelopak mata dan sapu rata menggunakan berus eye shadow.


Sangat lembut dan tidak terlalu menonjol. Kalau ada event yang ringkas sangat sesuai menggunakan color ni.


Mana satu pilhan hati korang ???

Jika berminat boleh terus ke wassap http://MKOnline2U.wasap.my

Cepat grab sebelum kehabisan stok..........

Menarik di Muar | Don Hu Jurassic Park Garden Muar Part II


Assalamualaikum & Hye :)

Baru2 ni ena berkesempatan ke Don Hu Jurassic Park Garden Muar untuk kali ke-3 tapi kali ni berbeza sebab tempatnya dah renovate baru dan banyak permainan. Masa pergi kali kedua dengan family memang tempat masih seperti dulu sama macam Part 1.

Jadi kali ni teruja pergi sebab memang tak tahu pula dah makin besar.hehe.. Tupon tahu sebab bawa family jalan2. Kebetulan sedara Pontian singgah Muar jadi ena suggest lah pergi sini.


Masuk PERCUMA

Masa 10pagi hingga 6.30petang

Tutup hari Rabu sahaja.

Jambatan kedua Muar ( Bypass Muar No.2 Jalan Bakariah )


Jambatan Kedua Muar


1. Dinosaur World Water Fun

Harga tiket : RM10 / 2 orang

Kalau anak kecik boleh la salah seorang parents guide. Paras air kalau ketinggian rendah macam ena ni paras pinggang. hehe.. Kawasan sini memang panas sikit, main pon tak lama dalam 7-10 minit. So mak2 yang berhasrat nak naik ni jangan pakai skirt taw. Macam tak sesuai.







2. One Dinosaur Motorcycle

Harga tiket : RM5 / 1 orang


Permainan ni sesuai untuk anak yang dah pandai menunggang. So anak ena memang tak dibenarkan main. Suka tengok taman ni cantik penuh dengan bunga2. Kami dapat tengok jelah. Jalan pon memang tak lurus, kalau sumayyah main memang tak reti nak belok2..




3. Pengembaraan Kereta Api Dunia Dinosaur

Harga tiket : RM10 / 3 - 4 orang

Untuk tempat duduk ni bergantung kepada saiz family. Kalau saiz comel2 muatlah 4 orang. Kereta Api ni takdelah panjang sangat. Pusing dalam 4kali. Puaslah nak tengok pameran binatang gergasi seperti dinosaur, labah2 dan sebagainya. 







4. Bumper Car

Harga tiket : RM10 / 2 orang


Anak kami ni masih kecil lagi jadi tak dibenarkan memandu sendiri. So dapatlah pakcik ena drive bawak budak2. Sekali muat 4 orang. Di sini bagus staff sangat bertolak ansur. Macam kereta api tu pon bayar RM20 je untuk 6 orang lepastu kami duduk sampai 3seat berbeza.hehe.. Pandai2 lah uolss bodek.



Sebenarnya masa sampai lagi budak2 dah nangis sebab dinosaur kat sini memang nampak hidup taw ada bunyi sekali. So kami memang bawak main kat dalam khemah dulu, mood dah ok baru mereka nak dekat dengan dinosaur kat luar ni.


Memang ada effect bergerak dan bunyi sekali. Suruh dekat nak ambil gambar pon mereka takut.



Dinosaur paling besar. Mulut dia tu pon besar siap macam nak makan orang.hehehe.. Budak2 taknak dekat takut kena makan agaknya. hahahaha..

Rumusan ena, better pergi waktu yang sesuai pukul 10pagi atau 3petang. Cuaca tak berapa panas. Even dalam khemah tapi terasa juga bahang kalau nak tnegok dinosaur kat luar. Ambil masa 2 jam jugaklah explore dalam ni. 


Toys pon tak mahal sangat. rate RM3 dan ke atas.




Kesayangan sumayyah RM25. Puas hati besar, lembut dan tak berapa keras. Kualiti dan tahan lasak.