ツ Teman Tapi Mesra

Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) | Rumah Mampu Milik | Warga Kota Wilayah Persekutuan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua pembaca :)
.
.
Siapa di sini menetap di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) ????
BERITA BAIK UNTUK ANDA !!!

Hari ni ena nak kongsikan berita gembira buat warga Kota Wilayah Persekutuan. Walaupun ena tidak menetap di sana tapi sebagai rakyat Malaysia rasa bertuah kerana ada inisiatif yang dilakukan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah impian mereka selaras dengan hasrat Malaysia mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020

Sejumlah 80,000 unit rumah mampu milik akan dibina di Wilayah Persekutuan menjelang tahun 2020 di mana 50,000 unit akan dibangunkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 20,000 unit di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan 10,000 unit di Wilayah Persekutuan Labuan.


Jadi kepada mereka yang berkelayakan, jangan lepaskan peluang ini untuk memohon, masih dibuka sehingga 31 Dec 2018 !

HARGA MAMPU MILIK

Harga rumah  beranggaran RM52,000 sehingga RM300,000 mengikut kepada kawasan.

KEMUDAHAN AWAM

Taska, Taman Riadah dan Rekreasi, Kiosk, Dewan Serbaguna, Surau, Dobi, Kawalan keselamatan 24 Jam dan pelbagai lagi kemudahan yang disediakan mengikut kawasan.

LOKASI STRATEGIK

Landmark kawasan projek berdekatan dengan AEON, Terminal Bersepadu Selatan, MRR2, Lebuhraya dan pelbagai lagi tempat menarik yang berdekatan dengan setiap kawasan berkaitan.



1. PROJEK LOKASI : KUALA LUMPUR


Nama Projek : Residensi Kepongmas 2 (RM198,000)
Jenis Kediaman : Pangsapuri
Spesifikasi : 3 bilik tidur dan 2 bilik air
                     1 blok ketinggian 25 tingkat dengan 324 unit RUMAWIP
Bilangan Unit Dibuka : 324
Tarikh Buka Permohonan :15-Jan-2018
Tarikh Tutup Permohonan : 31-Dec-2018


Nama Projek : Residensi Kuchaimas (RM198,000)
Jenis Kediaman : Pangsapuri
Spesifikasi : 3 bilik tidur dan 2 bilik air
                     1 blok ketinggian 49 tingkat dengan 478 unit RUMAWIP
Tarikh Dijangka Siap : 30-Apr-2021
Bilangan Unit Dibuka : 478
Tarikh Buka Permohonan : 20-Nov-2017
Tarikh Tutup Permohonan : 31-Dec-2018


Nama Projek : Residensi Tasikmas (RM198,000)
Jenis Kediaman : Pangsapuri
Spesifikasi : 3 Bilik Tidur dan 2 Bilik Air
                     1 Blok 463 Unit Kediaman (39 tingkat)
                     1 Tempat Letak Kereta Berbumbung
Tarikh Dijangka Siap : 30-Nov-2020
Bilangan Unit Dibuka : 463
Tarikh Buka Permohonan : 28-Apr-2017
Tarikh Tutup Permohonan : 31-Dec-2018


2. PROJEK LOKASI : PUTRAJAYA


Nama Projek : RUMAWIP@Sentral 2 (RM270,000)
Jenis Kediaman : Pangsapuri
Spesifikasi : 3 bilik tidur dan 2 bilik air
Tarikh Dijangka Siap : 31-Dec-2021
Bilangan Unit Dibuka : 1500
Tarikh Buka Permohonan : 20-Mar-2018


3. PROJEK LOKASI : LABUAN 

Tiada projek dibuka buat masa ni.

Beruntung kan siapa yang menetap di Wilayah Persekutuan ? Untuk yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan permohonan RUMAWIP, boleh terus ke laman web rasmi :

<<<<<<<RUMAWIP>>>>>>>


Tq Reading :)

36 Chantiq Manis:

Del Asyraf said...

Bagus ada peluang macam ni. Senang untuk mereka yang menetap di wilayah. Rumahnya pun boleh tahan juga.

Bella Enveeus said...

Beruntung orang2 di Wilayah. Kalau di Selangor tempat Bella menetap ni ada juga inisiatif macam ni yg dinamakan Rumah Selangorku. Cuma ada beberapa syarat yang berlainan sikit dari Rumawip mcm jangkamasa tidak boleh jual balik cuma 5 tahun dan gaji yg layak lebih rendah

Wawa Ashihara said...

bestnya WP dah ada rumah mampu milik... mmg sesuai sgtlah sbb bg yg bkn ank jati WP tapi telah bekerja di situ mmg patut mohon.. bukan senang nak dpt tawaran sebegini

Amanda Suria said...

Untungnya warga WP ada disediakan rumah bawah harga 200k..sapa yg layak cepat2 la mohon..bukan senang nak dpt kan..SA mmg x dpt la sbb dh terang2 bukan org KL..hehehe...

adianiez AIDA said...

first time dtg sini. done follow ena.
bagus gini. byk negeri da wujud kan program rumah mampu milik gini, ena.
cuma di melaka, masih boleh dpt rumah bawah tau. rumah pangsa ada jugak la.
kena ada rumah. tapi harga mahal, kan. aduhai.
bagus la inisiatif kerajaan.

Ana Suhana said...

Orang yang menetap atau bekerja di wilayah persekutuan yang tercari-cari rumah mampu milik, ni lah platform terbaik. Harga dah lah murah, kawasan strategik pula tu. Ana ni selamat tak layak sebab dah ada rumah pertama kalau tak ana pun nak apply.

Mimi Azirah said...

Rumawip nih memang bagus ditawarkan kepada mereka yang kuang beremampjan. Harga serendah rm52000 dengan dilengkapi tiga bilik memang dah cukup murah sangat. Kalau diikutkan rumah dengan tiga bilik sekarang oun harga dah mencecah ratus ribu ringgit

ArylJe said...

Yang best pasal RUMAWIP ni, dia buat sekali dengan infrastruktur2 yang memudahkan penduduk nanti.
Macam ada sesetengah kondo/apartment, kedai jauh, public transport jauh. Susah..

Syafiera Yamin said...

wahhh menarik juga offer ni, sape yang duduk KL bolehlah cuba apply RUMAWIP ni.. harap tempat yang disediakan selesa dan memudahkan rakyat.. harap dapat kurangkan masalah gelandangan bila wujud rumah ni..

Emas Putih said...

Uzu setuju dengan inisiatif DBKL menyediakan rumah mampu bayar ni untuk pasangan-pasangan muda yang baru berkahwin. Biasa orang yang baru dapat kerja ni, gaji tak berapa cuma tu lah hehehe alhamdulillah lah kerajaan dan sediakan macam-macam kemudahakan terutama rumah transit ni :)

Lia Hasty said...

Kalau Lia stay kat 3 negara ni akan grab peluang memiliki RUMAWIP ini. Bukan senang nak cari rumah mampu bilik dengan kadar berpatutan. Nak dapat rumah idaman sebagai aset dengan cara ini lah.

Betty Liew said...

My criteria did not meet their requirements. To owning a house with Rumawip is like a heaven as the price is affordable from the real house market. Will share with my friend that wish to own a house.

Rabiatul Adawiyah said...

Kalau nak aset di KL. Beli RUMAWIP ni. Lokasi dekat dengan LRT. Mudah nak kemana-mana. Sekolah banyak. Shopping mall banyak. Pembinaan RUMAWIP lebih selesa sebab kebanyakan pembinaan dia ada parkir bertingkat. Tidak seperti perumahan rakyat yang kawasan parkir limited. Ada kedai di bawah. Macam residensi gitewww

AyuArjuna BiGoshh said...

bagus insentif yang diberikan oleh pihak pentadbir wilayah. peruntukan golongan belia yang baru menapak dalam duni pekerjaan untuk lebih berdikari

Zayani Zulkiffli said...

Suka dengan usaha kerajaan nak bantu orang muda terutamanya yang baru berkahwin macam ni. Jangan nanti ada yang salah guna dahlah.

tenku butang said...

Kalau dapat beli rumah yang dekat dengan kemudahan LRT dan bermacam-macam kemudahan lain memang menjadi pilihan TB tu.. huhu.. harap ada la rezeki nak berumah sendiri.. heee

Nina Mirza said...

Beruntung nya belia zaman sekarang. Masa Nina dulu tahun 90-an mana ada program macam ni. Rugi sangat sapa yang layak tuu tak mohon. Peluang dah ada kena rebut!

Hasrul Hassan said...

Syok ... siapa yang belum ada rumah sendiri, baik jangan lepaskan peluang nak beli rumah sendiri dengan RUMAWIP ni

Absolute Yana said...

Yana dah pass link ni kat kakak yana. Kakak yana memang sedang cari rumah tapi nak kos rendah. Konfem program ni boleh bantu kakak yana. Maklumlah dia pun nak tinggal kat kawasan kl. Senang untuk pergi kerja. Thanks sebab share info tau!

Mrs FaRa said...

Cntik juga apartment tu

Nadia Johari said...

Bagusla ada ruma rumawip ni. Boleh apply untuk sesiapa yang nakkan rumah. Banyak kemudahan yang disediakan. Sekarang memnag kena ada rumah untuk masa depan. Kena fikir jangka panjang.

Cekgu Norazimah said...

Kalau yang layak tu cepat-cepat la memohon ye. Rugi tau kalau tak memohon.

JMR said...

mana nak dapat rumah bawah RM300k kat KL skang ni kan. Wajib grab utk warga WP yang layak..

MYPerodua Club said...

Dgn keadaan kos sara hidup yg tinggi, sudah tentu sukar ntk dapatkan rumah dgn nilai yg rendah.tp sy berbangga dgn inisiatif yg diberikan kementerian utk bantu belia miliki rumah kos rendah n sderhana. Syabas!!!!

Dhia Sumayyah said...

Terbaikkkkk! RUMAWIP mesti menjadi rumah idaman setiap warga di KL 😘 harga yg murah lak tu! Beruntung org yg stay di KL..... jelesnyeeeeee!!!!!

Mrs Pip said...

rumah sekarang ni harga mahal, beruntung yg dapat rumah melalui program ni...

el said...

sekurangnya program mcm ni dpt memberi kehidupan yg baru untuk warga WP kan

luqman zakaria said...

Cukup menarik..harga pon consider murah sebab kt bandar kl mana nak dapat 300k

Noor Akma said...

Cantik rumah ni, kawasan strategik plak tu.. rugi warga KL kalau x mohon :)

Atikah Norbaki said...

Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

sHaRiNa eLyaNa said...

terbaiklah..untung org WP

Mrs Fuzy Hamid said...

Anak2 muda yg mampu kena segera ambil peluang..program yg bagua ni

Miza Talib said...

Design cantik rumah ne harap negeri lain pun ada lepas ne

Marshalizadotcom said...

Alhamdulillah semua layak mempunyai rumah sendiri

khaty aiman said...

peluang yang baik buat warga Wilayah persekutuan.

sayidah napisah said...

WOWW! terkesima jap tengok. syoknya kalau dapat hehhee