ツ Teman Tapi Mesra

Anchor Food Professionals melancarkan Icy-cool Beverages to Boost Your Mood dalam kempen Moodmojee

Setiap hari sebelum memulakan aktiviti harian, semestinya kita akan memerlukan mood yang baik untuk menceriakan hari-hari yang dilalui. Kalau nak tahu ena seorang pencinta kopi. So salah satu cara ena nak membangkitkan mood, adalah melalui minuman.

Perasan tak ramai orang suka ngeteh atau lepak minum di luar sebab apa ?? Nak hilangkan stress, tenangkan minda, mencari inspirasi dan sebagainya . Bukan setakat lepak mamak, tapi zaman sekarang dah menjadi trend warga kota suka lepak kafe hipster. Termasuklah ena. Hehe.. Kalau uollss jenis suka mencari kelainan rasa di dalam pelbagai mood, ena cadangkan uolls cuba minuman baharu yang disediakan oleh Anchor Food Professionals ( Anchor AFP ).

Baru-baru ini Anchor AFP telah kembali melancarkan kempen minuman produk tenusu "Moodmojee" melalui 6 inovasi minuman sejuk dan menyegarkan sesuai dengan tema mereka "Icy-cool Beverages to Boost your Mood" yang sebelum ini telah berjaya dengan kempen makanan "Say Cheese", PizzArt", dan "Anchor Travel Cakes".

Apa yang buat ena tertarik adalah ia menggunakan cream cheese. Biasa kita rasa melalui makanan kan ?? Tapi boleh bayangkan tak melalui minuman tu kombinasi rasa dari manis, pahit, masin dan masam??? Yang paling best tu minuman dihasilkan adalah semulajadi.


Bevarage Name :

1. Kaya-Nika Fusion by Chef Firuz
( Seri kaya, gula melaka, pulut dan kacang merah disaluti Anchor Whipping Cream )

2. Lemon Mint Meringue by Chef Firuz
( Ice blended lemon mint vanilla. Topping Anchor Whipping Cream dan hirisan lemon dan limau )

3. Pom & Grey Twitst by Chef Ken
( Campuran Early Grey dengan sirap delima dan dilapisi di atas dengan krim dan serbuk koko, Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk, Anchor Whipping Cream )

4. Tangy Brew by Chef Ken
( Cold brew Coffee, topping Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk, Anchor Whipping Cream )

5. White Chocoffee by Chef Ichiro
( Rasa berkacang, kopi putih yang dipenuhi dengan coklat dan mentega kacang yang lazat, Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk, Anchor Whipping Cream )

6. Yuzu Chocolate Surprise by Chef Ichiro
( Campuran coklat dan ais, Puri Yuzu dan berbingkai dengan lemon serta garam, Anchor UHT Full Cream Milk, Anchor Whipping Cream )


Apa itu "Moodmojee"? Nampak tak gambar di atas penuh dengan bola emoji ?? Setiap minuman tu akan menggambarkan perasaan uolls selepas minum taw. Kalau mood sebelum minum tu down, lemah tak bertenaga, kena cuba minum, confirm mood berubah :)






Ekspresi muka sebelum minum :(




Ekspresi muka selepas minum :) Wajib ada comotan di mulut taw. Tu tanda bahagia sangat hirup minuman. Hahahaha.



Kempen ini melibatkan kerjasama antara 15 rakan niaga dari pelbagai outlet terpilih dalam bidang makanan dan minuman di seluruh Malaysia yang memperkenalkan minuman bertekstur krim dan menggunakan bahan semulajadi bermula November 2018 sehingga Januari 2019.

Ena berpeluang berkunjung ke Living Room Cafe yang terletak di Plaza Mentari ( Sun City ) Taman Pelangi, Johor Bahru menghidangkan 3 jenis minuman iaitu Pom & Grey Twist, Tangy Brew dan Yuzu Chocolate Surprise.



Rasa Pom & Grey Twist unik, kalau nak teguk air ni kena sekali shoot baru boleh tahu kombinasi rasa tu macam mana. Tidak terlalu manis sesuai kepada mereka yang suka juicy.




Tangy Brew berperisa kopi pekat sesuai kepada mereka yang tak berapa minat manis. Masa mula2 tu akan rasa melekat kat tekak tu kuat tetapi lama2 bila dipadankan dengan  cream cheese akan menimbulkan rasa enak.



Kalau nak cuba Yuzu Chocolate Surprise ni kena rasa garam yang melekat pada keliling cawan tu dulu. Bukanlah masin sangat taw. Rasanya berlemak gitu.. Lepastu terus hirup air chocolate ni. Rasanyaaaa speechless !!! Yang ni wajib cuba. macam aiskrim.



Untuk buat mood uolls lagi best, jangan lupa terjah cafe tersebut untuk dapatkan barangan eksklusif mengikut terma dan syarat.


Senarai outlet F&B terpilih di seluruh Malaysia.



Untuk ketahui maklumat lebih lanjut boleh layari FACEBOOK :


Asas Penjagaan Mata | Do & Don't

Assalamualaikum & Hye :)


Lama betul tak bersiaran secara alam maya. Chewahhhh... Biasalah bila mak2 dah kena symptom tak cukup rehat. Lepas settle segala kerja rumah, uruskan anak dan suami, peluang paling di tunggu adalah TIDURRRR !!!!  

Disebabkan ena telah mengabaikan penjagaan muka sebenarnya effect pada mata juga taw !!! Yelah orang banyak utamakan wajah dari mata. Tapi sebenarnya mata tu terlalu lah sensitif lebih berganda dari seluruh muka. Sampaikan ena kena Milia Seed :(



Milia seed atau biji kolestrol orang melayu panggil lebihan lemak. Tetapi ena punya kes ni bukan sebab tu kalau dah kena susah nak hilang uolllss.. So pengalaman ena ni sebelum dan selepas rawatan nak hilang kan milia seed ni.



Kenalpasti Punca :

1. Menggunakan Baby Oil untuk remove makeup.

Please... kalau uollls ada buat cara ni sebenarnya sangat merugikan sebab effect nya lambat. Ena dulu guna tahun 2013. Lepastu milia seed ni muncul pada 2017. Lama kan kesan nya muncul ??
First tumbuh 1 ketul je. Ingatkan jerawat ke. Bila picit tu akan surut. Lepas sebulan muncul balik tempat sama. Eh.. pelik lah kerap berlaku benda yang sama.


2. Sapu pencuci, Penyegar dan Pelembab di kawasan mata.

Percayalah ramai melakukannya. Dulu ena ingatkan sebab tak cukup rehat sejak ada anak, muncul dark circle  dan sembab tetapi ini adalah kesan selalu menggunakan skincare. Sampai orang tegur cakap ena pakai eye shadow. Malu la haiii...


Gambar ni ena snap Februari 2018


So ena mention one more time... DON'T DO IT AGAIN !!!!

1. No Baby Oil to remove a Makeup
2. Avoid applying on Eye Area


Rawatan Milia Seed & Dark Circle :

1. Perempuan pasti akan set mind first skincare routine adalah Pencuci. Tetapi sebenarnya paling asas perlu ada, adalah Makeup Remover. Tak kisahlah jenama apa yang penting adalah khas untuk remove makeup.


Mary kay Oil Free Eye Makeup Remover.

Ena memang suka sangat sebab selepas kita apply memang tak rasa pedih, tak mengelupas dan kulit sangat lembut. Langsung tak berminyak. Tak perlu gosok terlalu kuat di bahagian mata. Harga market RM70 ke bawah tapi ketahanan sehingga 7-8bulan. So rate sebulan cuma RM10 sahaja.



2. Jangan lokek untuk spend duit beli Eye Cream. Nampak macam remeh tapi kesan nya tunggu usia menginjak 30 ke atas. Masa tu akan nampak tanda penuaan. Garis halus, sembab, makin gelap. Wajah nampak berseri tapi mata pula nampak layu. Tak best kan.
So pastikan rutin harian uolls betul masa bila nak apply eye cream.

Day Time
1. Cleanser @ Pencuci
2. Softener @ Penyegar
3. Eye Cream @ Krim Mata **
4. Serum
5. Moisturizer @ Pelembab
6. Sun protector / Foundation

Night Time
1. Cleanser @ Pencuci
2. Softener @ Penyegar
3. Eye Cream @ Krim Mata **
4. Serum
5. Moisturizer @ Pelembab
6. Sleeping Masker

*** Make sure sapuan krim adalah betul mengikut gambar di bawah :
Supaya berkesan dengan lebih efektif.



Harga pasaran rate RM140 ke bawah tapi tahan sehingga setahun. Guna 2 kali sehari. Kesan dalam 12 minggu. Memang lambat sebab Botanical Based.


Jadi kesimpulannya, jika taknak mata lebih berusia dari muka tu cepat2 lah grab produk khas untuk penjagaan mata. Biar mahal tapi kualiti terjamin dan selamat digunakan.


Gambar terkini Oktober 2018. Dark circle makin pudar dan paling best tak pernah lagi muncul milia seed :) Happy sebab area mata lembut dan anjal sajerr.. 


Last but Not Least :)