ツ Teman Tapi Mesra

Cara disiplinkan waktu tidur anak

***Pendapat setiap ibu bapa adalah berbeza. Apa yang ena sharing ni berdasarkan pengalaman ena sendiri.  Usia sumayyah dah genap 3 tahun dan waktu tidurnya masih teratur. Cuma ia akan berubah ketika sumayyah tidak sihat ataupun perubahan pada suatu tempat. Tetapi jarang berlaku.



Dhia Sumayyah berusia 10 jam pada 30/8/2015



-- Rutin tidur sumayyah --

Waktu tidur dan waktu bangun sumayyah biasanya tak banyak berubah. Masa dia baby lagi dah terbiasa bangun pukul 6 - 7 pagi. Baby kan banyak tidur siang tapi malam normally tidur semula dalam pukul 9 - 10 malam. Bangun menyusu dalam 2 - 3 kali.




Bila usia menginjak ke 1 tahun waktu tidur tetap sama cuma beza menyusu pada waktu malam berkurang. 1 - 2 kali sahaja. Kalau terlalu letih, bangun pon hanya sekali.



Dan bila usia dah masuk ke 2 tahun sehingga sekarang, selepas masuk waktu tidur malam, memang tidur lena sampai ke pagi. Cuma pastikan dia menyusu sebelum tidur. Bangun pagi pula dari pukul 7 - 8 pagi.



Kalau jumpa sepupu dia main sampai tengah malam 12 malam hingga 1 pagi tu, ingatkan dia akan bangun lewat dalam pukul 10 pagi ke.. tapi sumayyah tetap bangun seperti biasa. Kadang ena yang paksa tidur balik 😂 dia memang taknak tidur semula. 

***Mesti korang ingat ena ni jenis paksa anak bangun pagi setiap hari. Seriously tak sampai hati pon kejut. Dia automatik bangun sendiri. 



Bagaimana nak didik anak tidur tetap???


1.  Didik anak bermula dari dalam kandungan.

Mungkin korang rasa macam tak logik. Tapi ni yang ena terapkan berdasarkan ceramah ustaz. Yes.. ena akui sebab ena lakukan dari awal.

Bermula dari kandungan 6 bulan ena dah ajar anak dalam kandungan untuk ikut waktu. Bunyi macam kelakar kan??? Tapi tahu tak sebenarnya waktu ini otak anak tengah berkembang. Apa sahaja rutin harian kita lakukan, mempengaruhi kandungan. Contohnya, cek pergerakan anak pukul berapa dia aktif bergerak dan pukul berapa dia tidur.



Pada mulanya, memang tak tentu. Sukar nak jangka kan. Kebiasaannya aktif malam. Siang banyak tidur. So bila bangun subuh tu dalam pukul 6 pagi cuba gosok perut dengan lembut dan ajak berborak. Cakap "anak ibu... bangun sayang.. dah pagi ni. Belajar bangun awal ye.." 

Mula2 memang susah nak gerak taw. Biasalah kena paksa kan. Tapi praktikkan je hari2 sampai dia bangun. Kesannya, tunggu kandungan 8 - 9 bulan. Nanti pergerakan dia cantik taw.. tiap2 pagi perut ni bergerak tak perlu kejut 😘😘😘. Dan sebagai preggy mommy, sudah tentu waktu tidur kita pon ikut teratur nanti. 

***Start sumayyah lahir dalam pantang waktu tidur dia memang tak sama sebab dia macam kejutan kan. Tiba2 jumpa dunia luar. Waktu tidur memang huru hara. Buat camne pon tetap tak boleh agak tidur tu pukul berapa dan berapa lama. Tapi yang ajaibnya selepas ena habis pantang waktu tidur dia sama masa dalam kandungan. Mungkin masa pantang tu kena demam kuning, kadang demam on off dan tak cukup susu. Awal2 jadi ibu memang banyak benda tak tahu dan kena belajar faham kehendak anak.



2. Bila anak dah mula membesar, kurangkan aktiviti luar pada waktu malam. 

Ena memang jarang keluar malam. Kalau hari raya terlajak open house tu pon sumayyah memang slumber je taw tidur rumah orang. Style dia kau bising camne pon kalau dia nak tidur situ, memang dia tidur jugak. Hahaha.. 

Masa pantang ena memang biasakan suasana bising even takde orang pon ena akan buka TV. Senang pergi mana2 ada kenduri kahwin buka lagu kuat pon dia jenis akan tidur je. Takde masalah. Kadang orang pulak pelik banyak tanya anak kau ni memang tak reti bangun lewat ke ??? Tak menganggu bising2 ke??? So far jawapan dia cukup rehat! kalau sumayyah tak cukup tidur confirm dia mengamuk ngigau malam. 

So point dia dah tahu lah apa buat dia mengamuk. TAK CUKUP REHAT!!! Dan ena ajar dia tidur tak bergelap sangat. Jadi pergi mana2 pon terang or bising, dia dah terbiasa dan senang tidur. 

Kelemahan sumayyah bila kepanasan. Cuaca panas ataupon badan melekit. So pastikan baju anak tukar siap2 dan bersih baru dia boleh tidur lena.




3. Jangan biasakan anak tidur buai. 

Masa awal2 dulu sumayyah memang tidur buai. Kelebihan anak tidur lama, jadi ena nak buat kerja rumah pon banyak masa. Tapi kelemahannya, kalau travel dia mudah mengamuk nak tidur sebab terbiasa dengan buai. Dalam kereta lagi susah nak tidur so dari situ ena decide putuskan buaian dengan anak dari usia dia 7bulan. 

Seminggu tu jangan cakaplah dugaan nak tenangkan dia. Tapi 1 perkara ena belajar "hati mak kena kental". Jangan lembut hati kalau nak didik anak. Permulaan ajar dia tidur buai siang je. Malam tidur direct katil. Bila dia dah ok dengan keadaan macamtu, baru tukar siang tak pakai buaian. 

Siang ni susah sikit nak putus buaian. So bila dia nangis tu memang buat tak tahu biarkan sampai dia terlelap. Lama2 dia biasa. Buaian tu janganlah pula bagi nampak, terus simpan je. Selagi dia nampak memang tak kan berjaya !



Disebabkan sumayyah suka buat aksi camni yang decide taknak tidur buai. Seram mak tengok.


4. Praktikkan tidur siang 

Rutin tidur siang ni bagi ena masih penting tetapi ikut pada peningkatan usia. Contohnya masa baby memang kerap tidur siang tetapi bila meningkat ke usia 2-3tahun, waktu begini mereka banyak meneroka keadaan sekeliling. Jadi, kalau boleh berikan mereka tidur dalam 2jam pon ok sebenarnya. 

Kebiasaan rutin untuk usia sekarang dia akan tidur dalam 2 hingga 3 jam. Waktu pula, pukul 2 hingga 5 petang. Kalau dulu ena biasa akan cakap pada dia untuk tidur. Jadi mungkin dah terbiasa dan mula pandai memberi hint dan cakap "ibu..nak tidur". Dia yang akan offer diri tidur sendiri. 

Kalau dia taknak tidur siang pon ena tak paksa sebab malam akan tidur lebih awal dalam pukul 9malam. Cuma beza tidur siang ni akan buat dia tidur malam  jadi lewat dalam pukul 10 hingga 12 malam. Ia sangat jarang berlaku sebab biasa akan tidur siang. Hehehe..(mungkin boring takde geng lagi)

Ena tahu ramai yang susah control bila anak ramai ni. So tunggulah kalau ada rezeki akan datang, nak tengok juga flow dia berubah ke tidak. 

So far kalau dia jumpa geng sebaya dia memang akan tidur lewat punya sebab seronok ada geng main. Ena biarkan dia main tapi agak2 dah jam 12 malam tu memang ena paksa tidur. Perkara biasa dia akan memberontak tak puas main. So cari kelemahan dia. Macam sumayyah takut tidur dalam gelap, so ena akan tutup lampu, memang dia tarik bantal tutup muka dan tidur (sambil nangis tak puas main 😂😂😂)


***Lagi 1perkara nak sharing, jangan manjakan anak mandi air panas or ber air-cond. 

Habis pantang memang ena ajar anak mandi air sejuk. Tulang anak lebih kuat. Balik kampung pon senang tak banyak kerenah..kau tahu lah kan air kat kampung sejuk dia lagi berganda. 

Even rumah ada air-cond, ena tak ajar guna hari2. Bukan sebab berjimat. Tapi long term. Kena fikir dia nanti tak biasa dengan suasana luar. Kena ajar anak jadi orang kampung taw. Senang cerita campak mana2, dia senang hidup. Kasar bunyikan.. 😬

So apa yang ena harapkan tips ni dapat membantu. Semoga sumayyah akan konsisten sampailah dia sekolah. Senang sikit pagi2 nak kejut anak kan. 

Tips lain : Cara berkesan merangsang kecerdasan otak anak

TQ Reading :)

31 Chantiq Manis:

CXopportunities said...

Ini tips yang bagus ni! Anak² cx dua² jenia yg Ya Allah, kemain tak teratur tidur dia tau. Stress jadinya. Time pantang lagilah, siang asyik tidur je. Bila malam dok ajak main. Bertabah jela jadi mak² ni . Lps ni blh da apply tips sis ntk next baby. Tq!

Henry Tan said...

thanks for the sharing! that's great to 'teach' the baby so that baby can sleep well at night. good for both the baby and the parents too! haha

christmas buffet with discount promo code!

Nadratul Syazwana said...

Wahh, good sharing. Tapi Nad memang jenis tak tahan sejuk hahah. Tak suka mandi air sejuk dan tak suka duduk tempat ber aircond. Memang tak tahan. Lagi suka surrounding yang suam-suam jerr.

Rawlins GLAM said...

Bagusnya tips sebegini - didik dari awal agar mereka terbiasa kan. Rawlins suka baby yang jenis tak kisah sekitaran - I tetap nak tidur. Comel sangat bebudak gini. Hehe

Ezna Ahmad Khalili said...

Dulu tak praktikkan kan pun sedari dalam kandungan untuk kejut anak bangun tidur cuma memang selalu bercakap dengan anak tak kira siang ke malam. Hehehe....dan....anak tak tidur buai. Kalau dah ajar memang payah la...

Nor Azlina said...

ehehe.. semuanya atas didikan.Macam ina sendiri,tidur malam ON aircond.Tapi bukan setiap malam.. ada hari2 tertentu juga.Anak anak pon dah faham.. tidur di rumah orang pon,jika takde aircond,anak tak meragam.

Cindyrina Rina said...

Whoa@ boleh control yeh? My friend kan...tiap tiap hari complaint anak dia tidur only 2 or 3am. Kesian dia panda eyes everyday to work . Boleh la share kat dia nanti.

Qeela Aini said...

nice sharing! indeed setuju jugak dgn tips2 tu semua sbb mostly pon qeela buat mcm tu jugak. since jd mak2 ni usually mlm mmg xkemana sgt mmg jdkan as family time je spend time together dlm rumah, kalau keluar pon kejap2 je, nk shopping pon bnyk shopping online je haha. nk buat anything mmg fikir keselesaan anak tu dulu kan, cukup & selesa tidurnya ke tak semua tu huhu.

Tunsha Ayunie said...

Pasal buai tu, mama auni pun selalu tegur adik auni, jangan biasakan anak tidur buai lebih lagi dia dah 10 bulan sekarang ni. Bagus tips disiplinkan waktu tidur anak. Biar anak faham schedule tidur dia seawal usia :)

Mahadir mohamed arifin said...

Bagus lah tip ini berguna untuk ibu yang pertama nak terima cahaya mata dan ia sangat membantu dan memang banyak yang boleh belajar. Kita ni nak kena tunggu ada bini baru dapat rasa ada anak hehehehe...

AyuArjuna BiGoshh said...

comelnya ank dia...hihi...mmg cara didikan penting..klu dah biasa selesa pyh juga klu tiba2 takde aircond..hehe buai macam tu jugak..klu dah biasa mmg pyh klu tiba xde buaian

Jaja Zaleha said...

Memang kedengarannya kene sado nak didik anak ni kan. Macam kakak saya anak dia dah terbiasa tidur dengan kipas so dah takleh berenggang dengan kipas pulak. Tapi so far anak dia pun senang je kalau travel mana2 tidur je suka hati hehe.

Tq sharing tips ye Ena. Mana tau ada rezeki saya boleh praktik mende ni.. sekarang takleh lagi belum kawen hehe

Jia Shin Lee said...

Great tips, I also believe in training my baby, once they get the hang of it, it's way easier to look after them.

JMR said...

comel Sumayyah..good job ibu berjaya kontrol waktu tidur anak..kami sekarang ni (anak 5 & 3thn) lelaki plak tu, memang struggle nak suruh diorang tidur awal..tiap2 hari kena perah idea nak suruh diorang masuk bilik tidur pada jam 10 mlm..hmm

MURNI NURUL AIN said...

Wahhh!! Bagusnya awak.. dah ajar rutin bermula dari dalam kandungan!! Bagus la.. AM terlambat tahu.. kalu tahu awal leh la cuba cam yg awak buat.. xder la diaorg tido siang malam berjaga kan??

dorsett pink said...

nice shring! good tips

Cik Yaya said...

tips yg bgus.tq eyna 😘

Nadia Johari said...

Memg bgus ajar anak tidur awal.. Semang kita.. Tapi nad dh ajar pun diarg susuh nak todur awal.. Hahaha

Cik Puan Ena said...

Sebab dia ada geng tu.haha. tapi kalu ena balik kampung mmg dia nk tdo lewat. So ena mmg gelapkan bilik paksa tdo. Die mmg nangis nak sambung main. Tp buat tak tahu je.haha.. last2 terlelap

Cik Puan Ena said...

Tengok faktor juga nad. Kalau masa preggy nad suka bjaga malam. Biasa ank pon ikut. Kedua mungkin sbb ada geng main. Hehe.. cari kelemahan dorang takut apa. Lalau takug gelap n sunyi,praktikkan. Mcm sumayyah ena ckp monster terus die takut n tutup mata 😜

Iris Myra said...

Wah bagus tips ni.. mmudahkan kerja ibu2

Azlinda Azman said...

Akk dh 3 anak.. Memula anak sorang tu rajin do n dont. Dh anak ke3 ni, mcm tak berapa nak jaga sgt hehe

Sunah Sakura said...

Tips2 ni adik pun amalkan untuk anak pertama dia..kecuali yang nombor satu tu tak tau la mak dia buat ke tak..hahaha.. tapi menarik lah ena! Anak sendiri nanti nak buat gitu gak..hihi..doakan lahhhhh

Siti Suziana said...

Good info..suzie start baby dalam kandungan lagi memang pujuk baby supaya jadi anak uang baik dan tidak meragam..tidur ikut waktu yg ditetapkan.. alhamdulillah semua nya baik2 aja..😊🤗

Ana Suhana said...

Anak ana pun jenis tidur awal sebelum2 ni. Cuma bila dh besar ni tidur lewat dr biasa. Tp next year sekolah kena atur semula rutin tidur mcm memula dulu.

iffah hussin said...

Baguslah tips ni.. Terima kasih sharekan

rosebirumuda@gmail.com said...

Comeyyy.. Cantik nama sumayyah

Dunia Zumal said...

Bagus perkongsian ni. Semoga dapat membantu ibu bapa yg Ada baby.

Zahirah Dzahir said...

Bila dah masuk sekolah, mmg kak akn paksa depa tidoq awai..bila dah besa tidoq awai..hari cuti pun automatik depa akn tidoq awai..

Cerita Huda said...

Thanks sharing tips parenting yang bagus

alia farhan Said said...

Nice tips ena.. Nnt mngandung boleh try teknik yg ajar anak dalam perut tu. ..