ツ Teman Tapi Mesra

Percutian ke Bangkok dengan Pakej Flight + Hotel Traveloka

Ena perhatikan awal tahun ni ramai sangat kawan2 pergi ke Thailand. Arghhh cemburunya !! 

Banyak tempat best yang mereka kunjungi buat ena rasa nak jugak pergi nanti. Kena lah tunggu suami habis PJJ dah 6 tahun. Jenuh hai tunggu dia nak habis sem sebab susah nak cuti travel jauh2 ni.

Kalau ena diberi pilihan nak ke mana, ena akan pilih Bangkok sebab apa??? Sebab nak shopping di CHATUCHAK MARKET. Nampak tak ena sebagai wanita tak dapat dipisahkan dengan membeli belah 😆😆😆. 

Chatuchak Market merupakan salah satu pasar terbesar di dunia yang mempunyai 8000 gerai seluas 27 ekar dan boleh mencapai tahap 200,000 pengunjung pada hari minggu. 

So pastikan plan pada hari tersebut. Untuk mengelakkan dari tersesat, kenalah standby peta dulu. Mempunyai pelbagai barangan menarik dan murah antaranya pakaian, aksesori, kraftangan, seramik, koleksi barangan antik, makanan dan minuman. Ni mahu rambang mata nak rounder. Kenalah pakai kasut yang selesa.





Banyak lagi tempat menarik di Bangkok seperti Siam Paragon, Wat Pho dan sebagainya. Pastikan percutian dengan keluarga adalah berbaloi supaya tak rasa rugi ke tempat yang menarik. Jadi nak lagi berbaloi dan memudahkan perjalanan, apa kata kita membuat tempahan terus melalui "Traveloka" kerana ia sangat mudah dengan mengambil pakej "Flight + Hotel" secara serentak kerana lebih jimat.


Haaa.. Traveloka tengah ada promosi taw ! hanya klik Thai Airways Malaysia dan daftar sebagai user. Kemudian pilih "Flight + Hotel" dan isi waktu perjalanan yang diinginkan.


Boleh lihat contoh booking di bawah dan klik "Search Flight + Hotel".




Korang boleh "Filter" budget sendiri, kemudahan yang diperlukan dan penginapan. Kemudian "Sort" mengikut kemahuan seperti nak tengok pada harga terendah hingga harga tertinggi ataupun melalui review orang awam dan populariti. 

Dah pilih ??? Terus lah booking selepas puas membuat semakan dan pilihan.



Kalau pernah jejak ke sana dan ingin travel lagi apa salahnya mencuba dengan Traveloka pula kan kerana ada menawarkan promosi KUPON diskaun. Jadi jangan lupa untuk klik 
💕💕💕 Flights to Bangkok nanti 💕💕💕


Tips ke Bangkok :

1. Buat kiraan belanjawan dari segi makanan, transport, penginapan dan buah tangan.
💕💕💕
2. Rajin buat semakan mata wang Bath dan buat perbandingan dengan money changers yang lain.
💕💕💕
3. Dinasihatkan pecahkan nilai 50 Bath atau 100 Bath.
💕💕💕
4. Duit yang dipecahkan ke nilai yang kecil boleh menyelamatkan korang membayar UBER/GRAB/TAXI/MRT dengan mudah dari airport.
💕💕💕
5. Elakkan berkunjung ke Bangkok pada acara Songkhran kerana banyak peniaga akan tutup kedai pada perayaan tersebut.
💕💕💕
6. Penggunaan kad debit penting jika berlaku kehabisan wang tunai, kehilangan dompet atau kecemasan. Hanya melalui ATM sahaja boleh membantu. Hubungi pihak bank dahulu dan minta membuka akses ke kad debit ATM di luar negara.
💕💕💕
7. Bawa passport untuk mengaktifkan simkad dan boleh didapati di kedai serbaneka 7-Eleven, Family Mart atau pusat membeli belah. Pengaktifan simkad perlu dilakukan sebelum 9.00 malam. Pastikan alert pada masa.
💕💕💕
8. Minta simkad khas untuk pelancong bagi mendapatkan rate yang lebih rendah untuk membuat panggilan ke Malaysia.
💕💕💕
9. Sebelum memulakan aktivti jalan2 di luar, pastikan ambil kad business hotel yang korang menginap untuk memudahkan teksi atau Grab hantar pulang. Ini kerana tidak semua fasih berbahasa Inggeris dan tahu alamat hotel. 

Semoga tips ini dapat membantu korang memulakan perjalanan dengan lebih lancar !!!

Neem Balm Keluaran ZM Beauty Sesuai untuk kulit kering dan sensitif


Pernah dengar tak "Pokok Neem" ??

Mungkin kita tak biasa dengan panggilan "Neem" tapi untuk orang melayu macam kita ni ia adalah "Pokok Semambu". Ena pon tak terlalu familiar dengan "Neem" ni tapi bila buat research rupanya ia sangat terkenal di negara India dan kini sudah meluas digunakan di malaysia. 

Apa kebaikan "Neem" ??

1. Herba yang memberi nutrien yang baik pada badan.
2. Daun Neem bersifat "Anti-bakteria", "Anti-Kulat", dan "Anti-Virus".
3. Melegakan keradangan dan kerengsaan kulit.
4. Digunakan sejak turun-temurun untuk menghalau nyamuk kerana boleh mencegah nyamuk daripada mendekati kita.


Neem Balm Produk terbaru keluaran ZM Beauty


Bahan Utama

Daun Neem, Minyak Zaitun dan Lilin Lebah.

Cara Guna

Hanya buat sapuan nipis ditempat yang diperlukan. Boleh rujuk pada belakang bekas Neem Balm tersebut cara menggunakan.

Ada kesan sampingan tak ??

InsyaAllah tiada kesan sampingan kerana 100% semulajadi.

Jangka hayat penggunaan

Jangka hayat selama setahun selepas bekas di buka seperti yang tertulis di belakang bekas Neem Balm


Harga 1 set Neem Balm RM45 seberat 60gram dan akan dapat FREEGIFT 

💕💕💕 Termometer digital 10k unit pertama sahaja.
💕💕💕 Casing khas beserta Keychain ZMBeauty


Cantik ke idak termometer free ni ?? Excited sumayyah tengok kartun Pooh favourite dia. :)
Casing ni sangat cantik okey.. Ekskusif sangat !!!



Selamat digunakan dan telah di uji di makmal PERMULAB SDN BHD dan mendapat kelulusan KKM


Untuk keterangan lanjut boleh layari :

Facebook : NeemBalmZMbeauty

Instagram : NeemBalmhq