ツ Teman Tapi Mesra

Micrite 3D All use Whitening Serum by Swissvita

Kali ni ena nak kongsikan serum untuk mencerahkan kulit wajah.. Kalau sebelum ni ena ada post produk keluaran sama dari Swissvita iaitu Micrite 3D All Use Skin Serum khas untuk awet muda, so kali ni untuk mereka yang mempunyai masalah tona kulit tidak sekata dan kusam.

Satu perkara yang korang perlu tahu SERUM sahaja tidak mencukupi !!! Pastikan ada basic skincare PENCUCI + PELEMBAB. 

Kalau korang pakai serum tapi tak sapu pelembab memang suatu perbuatan yang sia-sia. Serum ibarat baja pokok. Pelembab ibarat air. Konsep sama dengan skincare. Dapat sesuatu????


MICRITE 3D ALL USE WHITENING SERUM


Serum pencerahan kulit 100% bebas alkohol, sesuai untuk pigmentasi, kulit berjeragat, parut jerawat serta tona kulit tidak sekata dan kusam. 

Sangat efektif untuk menghalang pembentukan melanin dengan cepat dan mengurangkan pembentukan melanin. Memperbaiki tekstur kulit dan jika konsisten digunakan, akan memberikan hasil kulit yang glowing.




Bertepatan dengan objektif Swissvita menghasilkan produk Mudah, Selamat dan Berkesan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk wanita hamil.

Setiap tiub dirumuskan dengan bahan pemutih yang terbaik untuk mencerahkan seluruh wajah. Tidak akan menyebabkan kerengsaan kulit ataupun kemerahan.

Swissvita mempunyai 5 jenis serum. Jadi tak perlu risau untuk memilih serum yang sesuai untuk masalah kulit :) Menarik tak ?? 

Kalau korang berminat dengan penggunaan serum, korang haruslah tahu bahawa serum sebenar tak kan jual terlalu murah sampai RM10 okey.. Sebab serum bertindak lebih efektif berbanding pelembab. dan tentulah lebih bernilai. Kena ingat satu perkara. "MUKA TAKDE JUAL KAT KEDAI" huhuhuhu...


Untuk mendapatkan produk Swissvita boleh layari laman web berikut:

Website : www.allyoung.my

Facebook : allyoungmalaysia

Instagram : allyoung_my


Micrite 3D All Use Skin Serum by Swissvita

Siapa tak suka kulit nampak muda dari usia kan??? 
Nak tahu tak apa rahsia nak kekal muda??? 
Rahsianya.. kekalkan kelembapan kulit.

Ya... tak guna lah pakai pencuci semata-mata tetapi perkara asas tak lengkap.
BFF kepada kulit mesti ada PENCUCI + PELEMBAB. Dapat sesuatu???  

Mungkin ada yang tidak ambil kesah ketika muda. Haaa..tapi tunggu lah usia meningkat. Rasa-rasa menyesal tak mencegah dari awal. Honestly ena sangat mementingkan kelembapan kulit lagi-lagi ena ni 30 siri... Jadi memang ambil kesah. Penat mane pon uruskan semua kerja hakiki dan urusan rumah, sebelum tidur pasti akan manjakan kulit taw ! Takde alasan untuk cantik. 

Jadi.. Untuk orang yang tak suka pakai terlalu banyak skincare ni, ada satu produk yang sangat sesuai keluaran Swissvita. Serum lebih cepat meresap ke kulit lapisan dalam berbanding pelembab. Jadi, kalau nak kesan yang lebih baik, must have serum :)


UNBOXING MAGIC BOX !!!

Loving taw kotak dia pinkish gituuu.. Terasa muda lepas baca notes :)



MICRITE 3D ALL USE SKIN SERUM


Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk wanita hamil dan kulit sensitif, kulit kusam, liang pori besar serta muncul tanda penuaan. 

Bila kulit kita kurang kelembapan, maka kedutan sangat mudah naik taw. Please lah jangan kedekut untuk reward muka sendiri. 


♥♥ Serum ini tekstur ringan dan tidak berminyak sangat efektif untuk ♥♥

⭐⭐ Melicinkan kulit ⭐⭐
⭐⭐ Kurangkan kedutan ⭐⭐
⭐⭐ Kurangkan garis halus ⭐⭐
⭐⭐ Memperbaiki liang pori ⭐⭐
⭐⭐ Mencerahkan kulit yang kusam ⭐⭐
⭐⭐ Melembapkan dan menghidratkan kulit ⭐⭐

Cara Penggunaan:

1. Gunakan selepas pencuci dan toner
2. Picit serum ke jari mengikut kuantiti yang diperlukan.
3. Sapu rata ke seluruh muka sehingga ia meresap ke kulit.
4. Gunakan 2kali untuk setiap hari.


Untuk mendapatkan produk Swissvita boleh layari laman web berikut:

Website : www.allyoung.my

Facebook : allyoungmalaysia

Instagram : allyoung_my


Pengenalan Muo FM ᴸᶦᵛᵉ via Telefon Bimbit



Team Muo FM

➥ Tourism Muar

Pejabat Daerah Muar

➥ BJ Production Studio

➥ MYPeroduaclub


1.0       PENGENALAN

Muo FM adalah sebuah medan berbentuk media sosial yang diadaptasikan atau diterjemahkan dalam bentuk audio, video, teks, imej, dan animasi. Meliputi kretiviti dan inovasi siaran secara langsung untuk memperkenalkan daerah Muar melalui penyampaian saluran radio online berpaparan video. Konsep radio berpaparan video ini sangat trend serta mengikut citarasa semua peringat usia masakini.

2.0       TUJUAN

Muar adalah daerah yang kaya dengan nilai sejarah, tempat menarik, keunikan seni muzik dan tarian tradisi, kehebatan perubatan tradisional, makanan dan minuman popular dan sungainya boleh dieksploitasi sepenuhnya untuk tujuan aktiviti riadah. Masih ramai yang tidak mengetahui tarikan dan keunikan di Muar. Maka, dengan adanya Muo FM, menjadi saluran hebahan dan medan bagi memperkenalkan Bandar Maharani Bandar DiRaja ini lebih dikenali meluas dan tidak tertumpu kepada anak jati Muar sahaja. Malah, menjadikan panduan dan pedoman kehebatan Muar kepada rakyat seantero Malaysia bagi tujuan pelancongan.

3.0       OBJEKTIF

1. Menyampaikan segala informasi tentang daerah Muar
2. Menghebahkan destinasi dan lokasi menarik daerah Muar
3. Memberitahu makanan dan tempat makan popular di daerah Muar
4. Memperdengarkan keunikan muzik tradisi dan muzik masakini
5. Memaklumkan segala perihal aktiviti atau majlis daerah Muar
6. Memberi informasi dan servis bersama agensi kerajaan / swasta.


4.0       MASA BERSIARAN 


SLOT PAGI
SLOT PETANG
SLOT MALAM
9 PG – 11 PG
4 PTG – 6 PTG
9 MLM – 11 MLM


5.0       KUMPULAN SASARAN

Membuat hebahan secara terus menerus berkait informasi daerah Muar dan perkhidmatan yang berimpak tinggi kepada masyarakat di luar daerah Muar sekaligus membuka mata anak jati Muar bahawasanya di daerah Muar memiliki pelbagai kehebatan dan keunikan dalam segala aspek. Dengan adanya Muo FM ini juga, akan menjadi medan atau saluran kepada pelancong untuk datang melancong ke Bandar Maharani Bandar DiRaja, Muar.