Pengenalan Muo FM ᴸᶦᵛᵉ via Telefon Bimbit



Team Muo FM

➥ Tourism Muar

Pejabat Daerah Muar

➥ BJ Production Studio

➥ MYPeroduaclub


1.0       PENGENALAN

Muo FM adalah sebuah medan berbentuk media sosial yang diadaptasikan atau diterjemahkan dalam bentuk audio, video, teks, imej, dan animasi. Meliputi kretiviti dan inovasi siaran secara langsung untuk memperkenalkan daerah Muar melalui penyampaian saluran radio online berpaparan video. Konsep radio berpaparan video ini sangat trend serta mengikut citarasa semua peringat usia masakini.

2.0       TUJUAN

Muar adalah daerah yang kaya dengan nilai sejarah, tempat menarik, keunikan seni muzik dan tarian tradisi, kehebatan perubatan tradisional, makanan dan minuman popular dan sungainya boleh dieksploitasi sepenuhnya untuk tujuan aktiviti riadah. Masih ramai yang tidak mengetahui tarikan dan keunikan di Muar. Maka, dengan adanya Muo FM, menjadi saluran hebahan dan medan bagi memperkenalkan Bandar Maharani Bandar DiRaja ini lebih dikenali meluas dan tidak tertumpu kepada anak jati Muar sahaja. Malah, menjadikan panduan dan pedoman kehebatan Muar kepada rakyat seantero Malaysia bagi tujuan pelancongan.

3.0       OBJEKTIF

1. Menyampaikan segala informasi tentang daerah Muar
2. Menghebahkan destinasi dan lokasi menarik daerah Muar
3. Memberitahu makanan dan tempat makan popular di daerah Muar
4. Memperdengarkan keunikan muzik tradisi dan muzik masakini
5. Memaklumkan segala perihal aktiviti atau majlis daerah Muar
6. Memberi informasi dan servis bersama agensi kerajaan / swasta.


4.0       MASA BERSIARAN 


SLOT PAGI
SLOT PETANG
SLOT MALAM
9 PG – 11 PG
4 PTG – 6 PTG
9 MLM – 11 MLM


5.0       KUMPULAN SASARAN

Membuat hebahan secara terus menerus berkait informasi daerah Muar dan perkhidmatan yang berimpak tinggi kepada masyarakat di luar daerah Muar sekaligus membuka mata anak jati Muar bahawasanya di daerah Muar memiliki pelbagai kehebatan dan keunikan dalam segala aspek. Dengan adanya Muo FM ini juga, akan menjadi medan atau saluran kepada pelancong untuk datang melancong ke Bandar Maharani Bandar DiRaja, Muar.


Post a Comment

6 Comments

Anum said…
bestnyaaaaaaaaaaaaaaa
Sunah Sakura said…
waaaa bagusnyaa Muo FM ni...boleh tengok online je le kannn, senangg
Sis Lin said…
Waaaa Muar ada radio tersendiri laaa...
Tahniah Ena and the Gang ...hehehee
maszull said…
Assalamualaikum ina...bestnya..tahniah2 ena
MYPeroduaclub said…
Muo FM geng MYPeroduaclub