ツ Teman Tapi Mesra

Grand Opening MBH Skin Expert Muar cawangan ke 19

Masih tidak terlewat untuk kembalikan kecantikan wajah. Walaupun mencegah lebih baik daripada merawat tetapi jangan gusar nak cantik di hari raya. Sebab MBH Skin Expert telah menambah cawangan di Muar, Johor. Dan Johor merupakan rangkaian Spa terbanyak mempunyai 6 pusat kecantikan di Johor Bahru, Batu Pahat, Kluang, Tebrau, Segamat dan terbaru di Muar bermula pada 27 April 2019.



Tidak perlu risau kerana mempunyai 19 cawangan dan pusat utama di Kajang, Selangor. Berita baik buat orang Perak kerana akan dibuka lagi di Manjung pada bulan Jun 2019. Pastikan jadi orang terawal dapat pakej diskaun 90% kerana ini merupakan promosi wajib setiap kali pembukaan.

Telah beroperasi sejak tahun 2008 lagi dan masih kukuh serta permintaan terlalu tinggi membuatkan Puan Yaya membuka banyak cawangan. Ena juga dapat maklumbalas dari orang ramai bahawa servis dan produk mereka sangat bagus.

"Kenapa menjadi pilihan ramai ????"
.
.
Memenangi TOP 10 Service Award Peringkat Asia Pasific dan Gold Award Spa & Wellness anjuran Malaysian Tourism Award.


Dahulu namanya dikenali sebagai MBH Medispa tetapi kini dengan branding baru sebagai MBH Skin Expert dan merupakan rangkaian pusat kecantikan yang terkenal di Malaysia.


Tak tipu memang ramai sangat orang. Sampaikan kami pon kena tunggu turn untuk consultation. Penangan promosi sampai 90%.



Buat warga Muar yang ingin mendapatkan rawatan pakej dengan harga pengenalan serendah RM70. Selain membawakan rawatan baru, ia juga menawarkan produk penjagaan sendiri dibawah jenama Dermaklair yang menjadi produk rasmi untuk setiap rawatan. "Itulah kelainan kami berbanding spa estetik lain" Ulas Puan Yaya.



Pusat rawatan MBH Skin Expert Muar menawarkan rawatan masalah kulit seperti  Facial, Advance Facial, Whitening, Dermapen, Estetik, Pigmentasi, Jeragat dan parut.

Manakala Slimming dan Hair Care boleh dapatkan rawatan di Johor Bahru. Muar hanya menawarkan rawatan muka buat masa kini.



Pengasas Spa, Puan Yaya Mohammad Sabtu, Pengarah urusan MOHA Group Sdn. Bhd.



Para pekerja juga mempunyai sijil bertauliah dalam bidang perubatan. haa jangan main-main taw mereka perlu hadir kursus sebelum memulakan pekerjaan. Tak lekang dengan senyuman melayan tetamu yang terlalu ramai.



Terima kasih kerana sudi menjemput ena sebagai wakil JDT Blogger. Dekat pulak tu IPD suami.hehe.. Tempat strategik berdekatan dengan IPD Muar, Pejabat Pos Malaysia, SAJ dan Dataran Tanjung Emas. kalau ibu yang buat rawatan Spa, para suami boleh lah bawa anak mereka jalan disekitar kawasan.


Sebelum memulakan rawatan muka, akan ada sesi consultation bersama Theraphist. Haa nampak tak tompokan gelap pada lapisan kulit dalam. Uittt ngeri mak tengok.haha.. Kita boleh tengok tompokan hitam yang mula terjadi even kita nampak luaran takde pape. terus kecut perut ni. 

Menurut kata Therapist, dari usia 29 tahun kulit tidak menghasilkan kolagen lagi dan even korang beli produk di Drugstore pon tapi selagi price tu terlalu murah still tak menjanjikan ia terbaik untuk kulit. Sesi ni percuma dan akan dicadangkan rawatan apa yang sesuai mengikut pakej harga. 

Paling malas pon buatlah sebulan sekali facial buang segala kotoran di muka. Tiada masalah kalau korang ada menggunakan produk lain. Normal facial kalau nak buat sebulan sekali boleh pilih pakej Crystal Clear Treatment berharga RM159. Berbaloi taw.

Untuk pakej ni, ena akan update next entri sebab customer terlalu ramai sampai tak boleh nak open facial taw. Terpaksalah kami postpone facial dulu.


First customer yang datang seawal jam 6.30 pagi. hehe.. Penangan promosi





Terima kasih MBH Skin Expert - Muar kerana memberi layanan yang sangat baik kepada kami. Staff yang baik dan ramah. 

Oh..jangan lupa Spa ada membuat Promosi Raya diseluruh cawangan dan jangan lupa untuk follow ya :)





Antioxidant Serum by Sanny & Joleen Lifestyle

Siapa nak kulit sentiasa muda remaja daripada usia????
.
.
.
ANTIOXIDANT SERUM PROTECT & REPAIR YOUR SKIN

Haaa... best tak bila tahu ?? Nak tahu apa lagi best ??
.
.
.
USE FOR FACE & BODY

Jarang kan dengar serum boleh digunakan untuk muka dan badan sekali. Part ni ena suka sebab boleh jaga 2 in 1. Jika ada masalah "stretch marks" pada badan, serum ini boleh membantu merawat dengan tindakan PROTECT &  REPAIR tu..


KANDUNGAN UTAMA

Serum ini mengandungi Vitamin E Tocotrienol yang kuat untuk memastikan kulit bahagian kering akan menjadi lebih lembut, licin dan tahan dari kesan berbahaya oleh faktor luaran.

Dan kelebihan serum ini anti pencemaran berteknologi tinggi dan bahan anti radiasi seperti ECM-Protect.  Patutlah bila sapu pada kulit sejuk saje. takde rasa alahan or ruam pada kulit. Yang penting tidak berminyak.


KEBAIKAN YANG ADA DI DALAM ANTIOXIDANT SERUM

⭐⭐ Merawat garis halus ⭐⭐
⭐⭐ Memperbaiki struktur kulit ⭐⭐
⭐⭐ Mencerahkan kulit dengan sekata ⭐⭐
⭐⭐ Mengurangkan masalah sunburn ⭐⭐



Price RM49 (10ml) & RM97 (30ml)


SELAMAT DIGUNAKAN??

Dermatologist Tested
GMP Certified
No SLS, Paraben
No synthetic Fragrance
.
.
REVIEW

✻✻ Ena suka sangat teksturnya yang pekat tetapi lembut pada kulit. ✻✻
✻✻ Bau natural dan sejuk pada kulit. ✻✻
✻✻ Cepat melembabkan kulit yang kering. ✻✻
✻✻ Jerawat cepat kecut dan mengurangkan penampilan parut. ✻✻
.
.
Untuk maklumat lanjut more review & pembelian :


Tempat makan sedap di Batam

**AMARAN : SILA KAWAL NAFSU MAKAN DI ENTRI INI :) :)

Seperti yang dijanjikan entri khas tentang port makan best dan enak di Batam. Sampai sekarang terkenang-kenang rasa ayam bumbu dia tu.hehe. Bagi ena special dekat Batam ni rempah pada ayam goreng. Sedap sangat. Sate pon terangkat. memang syurga makananlah dekat Batam ni. Kalau ada plan nak ke Batam jangan lupa singgah lunch di Restoran Sari Bumbu dan Sego Pecel Bu Wir manakala dinner nak makan seafood terbaik dan fresh di Wey Wey Live Seafood.

Restoran Sari Bumbu, Batam Centre (Lunch Buffet)


Sampai saje Batam dalam pukul 2.30 petang kami terus lunch di Restoran Sari Bumbu. Menu secara buffet ini tidaklah terlalu banyak tapi semuanya enak tenan bak kata orang Indonesia. Ada menu sup sayur, Beef Black Pepper, Ayam Rica-rica, Ikan Acar Kuning dan special Es Timun.




Ayam Rica-rica. Uitt ni sedap sangat. Crunchy gitu..


Ena ambil sayur, Ayam Rica-rica, Ikan Acar Kuning dan Paru sambal rasanya. Ikan tu rasa manis-manis tapi bagi ena lebih kurang macam hotel kt Malaysia pernah makan resepi ikan macam tu. Memang sedap. 


Yang buat ena tertarik adalah Es Timun ni. Mula-mula tu taknak ambil pon tapi tengok eh ramai pula yang ambil makin sikit last-last angkut jugak secawan. Pehh memang sedap. Timun tu hiris halus-halus. kunyah lepas minum air memang sedap. Nak kena cari resepi ni.


Last sekali pekena Sup Kimlo. Ada banyak jenis sos warna merah, hijau tapi ena tak berani nak letak. Haha.. Tuang kicap je.

Wey Wey Live Seafood Harbour Bay Batam


Dah sedap berurut badan di Spa, kami ke Wey Wey Live Seafood tidak jauh dari Batam Centre. Ramai sangat orang dan tempat ni sangat besar.




Menu ketam black pepper memang sedap uitt... Di tambah udang butter. Telur puyuh, Siput Gong gong, ikan tiga rasa, ayam goreng.


Dalam banyak-banyak menu 1 je ena tak makan. this is GONG GONG. Kenapa nama dia Gong Gong??? Ni cite lawak. Sebab malam nanti ada yang menggonggong. Berdekah ketawa dalam bas. ena tak makan sebab ena terbayang siput lain.kekekeke. nak korek isi pon pakai lidi kecik tu susah jugak. Dia kena cecah sambal. 

Tapi memang tak lalu nak makan. Korang nak ke??? Tapi ni lah makanan yang susah dapat dan ada di sini. So kalau rasa nak makan kenalah singgah kan. 

Ini baik untuk kaum lelaki yang dah kahwin. Cuma diingatkan untuk orang yang banyak kolesterol tak digalakkan makan Gong gong sebab tinggi kolesterol.


Udang butter ni sedap. Diorang sibuk makan menu lain, rasa ena je yang habiskan.hahaha.. Lembut habis udang yang disaluti tepung.



Ketam black pepper ni sedap sangat. Power rasa. Kalau datang lagi wajib order taw.

Sego Pecel Bu Wir (Makanan Khas Jawa)


Ini adalah lunch dan persinggahan terakhir kami sebelum pulang ke Malaysia.


Ada pelbagai menu dan mempunyai 2 tingkat.


Welcome drink daripada owner dan jugak pengasas makanan. Semua resepi dari ibu sendiri.


Air nya lebih kurang macam air jamu. So macam ena tak kisah lah telan hehe dah biasa kan. One shoot je minum. 



Menu pencuci mulut seperti Pepes Tahu, Asinan Buah, Bubur Ketan Hitam dan Kolak campur.


Kuih muih seperti Sawut Singkong dan Cenil, pisang goreng, Tape goreng dan banyak lagi. 



Lauk pauk seperti Empal Balado, Pecel Komplit, Telur Woku, Sambal goreng Ayam Kentang dan Ayam Goreng Bumbu.





Ena paling suka Empal Balado. Eh ni first round lepastu ena topup lagi Empal Balado.haha. bertambah-tambah ena makan. Lauk lain dah tak pandang.



Bubur Ketan Hitam. Kalau dekat Malaysia, Bubur pulut hitam kuahnya masak sekali dengan santan kan. Tapi di Batam berbeza, santan di asingkan. jadi kalau nak makan kena ambil pulut hitam dulu baru tuangkan santan ikut kehendak kita nak banyak mana,


Asinan buah. yang ni buah-buahan campuran seperti mangga, epal, timun kemudian kuah rebusan lada merah taw.hahaha.. Kira makan buah tu tapi akan rasa pedas-pedas gitu.


Memang ENAK TENAN makanan di sini. Terima kasih kepada semua penaja kami. Memori yang tak kan dilupakan.