ツ Teman Tapi Mesra

Madu Tiga Beach & Resort Pantai romantik yang wajib dilawati di Pulau Bintan, Kepulauan Riau Indonesia

Ena tahu ramai tak sabar nak tengok next entri kan..kan...kan.. sampai sekarang masih tak boleh move on Tour Bintan ni taw. 

Bayangkanlah pukul 6.15 pagi kami dah bertolak naik bas ke Pelabuhan Telaga Punggur nak ke Pelabuhan Tanjung Uban je 1jam. Lepastu satu hari tu memang kami letih banyak tempat explore seperti Gurun Pasir Busung, Pusat Pemancingan Poyotomo, Madu Tiga Beach & Resort dan Desa Wisata Ekang.

Semua destinasi ni jauh-jauh okey.. Memang masa banyak dalam bas lepastu berhenti setiap tempat pon tak lama kena kejar masa last Kapal Roro pukul 5.00 petang. Lepastu sampai Batam terus pergi tengok persembahan kebudayaan Batik. Pukul 12 jugaklah baru balik. Kira hotel penginapan cuma untuk masa mandi dan tidur je.haha.. 

Tu yang balik Malaysia ena terus demam. Cuaca kat Batam rasa 2kali ganda panas. Air mineral sentiasa dibekalkan. 1 hari berapa botol ena minum pon masih sakit tekak balik tu. Kalau korang nak tahu view pantai cantik ni pon terhasil daripada cuaca panas terik. Memang naiklah seri langit kebiruan tu. Sebabtu tak kisahlah nak sunburn berjemur.haha... Awal-awl travel agency dah pesan pakai sunblock siap-siap.

Tapi kami enjoy this moment. Sebab tak sangka akan dapat lihat banyak tempat cantik dan rare. Even berpanas terik memang no hal janji dapat shoot gambar. Cameraman lelaki ramai, kau tinggal jual bakat posing :) :) :)

Thank you Mr. Alfie Damian sharing photo cantik ni :) Best taw dapat Photographer Singapore yang sporting ni. Yang mana gambar ena tu just snap guna phone Huawei. hehe..




Kenapa nama dia Madu Tiga??? Ena pon tak pasti sebab tidak ada risalah dibekalkan. cari dalam website pon takde. Mungkin pemiliknya peminat Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Sebab semua pondok di sini memang diletakkan dengan judul filem daripada beliau. Tempat ni sangat romantik taw. Haishh lepasni kalau nak pergi bawa husband :)


Normally, kami kalau datang kebanyakan tempat ada "welcome drink". Tapi honestly ena tak berapa nak masuk tekak sebab air mereka manis-manis belaka. Bukan manis buah tapi manis potong kaki.hahaha.. So kena tambah air masak baru boleh minum. 

Patutlah makcik ena sorang ni orang Indonesia, kahwin dengan pakcik ena kan, air dia tak jauh manis belaka. Baru ku paham kenapa manis sangat. hehe.. 

So far makanan mereka pon tak jauh pedas-pedas manis. Pergi makan mana-mana mesti ada sambal belacan. Layan bebb...Teringat Nasi Ayam Penyet kat Muar. Kalau Indonesia yang masak memang sama je rasa. Sedap tak terkata. Kita boleh tahu beza sambal Ayam Penyet orang Malaysia or Indonesia punya buatan. Kalau datang Muar wajib makan Nasi Ayam Penyet. haha sempat promot.


Speechless ......Masa ni ena memang cakap dengan the geng tak kira nak cecah air jugak.haha.. nasib my geng sporting bukak kasut nak celup kaki dalam air. Lepastu dalam bas seluar basah. haha.. Kenangan betul.


Airnya sangat jernih siap jumpa ketam tu nasib tak terpijak. Ketam pon putih melepak.


Suka gambar ni sebab nampak view 3 layers air laut. Terlalu indah ciptaan tuhan.


Buaian ni tak berani nak duduk. Haha..tak sanggup ku dimadukan.


Banyak props cantik tapi sebab ramai dah duduk, so mana yang ada jelah snap. Pelancong penuh semua pondok. Nak acah-acah santai kat pondok pon tak dapat. Memang wajib check-in sini.


Kak Limah pening nak ke kiri ke kanan. hahaha.. Tapi dia tarik tangan tu kemain kuat nak jatuh.


Gambar ni terpilih masuk dalam berita media Indonesia.hehe.. Tq pilih kami :) 



Kalau menginap disini, memang banyak tempat yang cantik nak ambil gambar. Sebabtu ena kagum orang Indonesia memang sangat kreatif. Ok ena aim bilik belakang tu. Cantik kan? 

  





Memang penuh nostalgia datang kesini. Rasa romantik, classic dan tenang sajerr... Pasti tak menyesal datang naik Kapal Roro sejam ke sini.





Okey.. kalau korang berminat nak datang kesini, jangan gusar sebab Win Tour & Travel bisa membantu memudahkan perjalanan ke setiap destinasi kami kunjungi :)

Facebook : Windy Wara Wiri

26 Chantiq Manis:

Illya LeYa said...

Betul3x... Memang cantik sangat. LeYa pun masih tak boleh move on tengok gambar-gambar kat sana. Bilalah nak pegi lagi kan..

Fadzi Razak said...

Ya Allah cantiknya air laut die. Bersih jernih. Seronok sangat kalau mandi ni. Design bilik dia pun nampak sangat tradisional. Baru rasa macam blend in dengan penduduk sana kan

el said...

memang cantiklah tempat ni siap semua ada nama dari filem p.ramlee nostalgia betul hihi..pandai betul photog tu ambil gambar ye..laut pun cantik air laut jernit dah mcm kat maldives gitu

Sis Lin said...

Menarik sungguh nama-nama Pantai dia yer..
Siap pinky-pinky lagik hehehehehe

Ana Suhana said...

Bestnyaaaa dah sampai batam. Cantik sangat pemandangan dekat sana. Air laut dia bukan main biru dan jernih. Resort tu pun instagrammable sgt. Nama2 pondok pun unik amik dr filem2 P Ramlee.

kisah si dairy said...

cantiknya view kat sini ena... tengah cari gak kenapa dinamakan madu tiga...hahhaa...klasik gitu

Hasif Hamsyari said...

Bestnya tengok pantai dia! Jernih sangat macam kristal! Macam memanggil-manggil untuk pergi sini sebab tak pernah sampai lagi. Aduh bilalah dapat pergi. Bawak member konfem best ni! 😍

Rawlins GLAM said...

Putihnya pantai dia. Airnya pula biru dan jernihkan. Rawlins macam nak pergi ke sana pula tapi cuma Rawlins tak suka berpanasan hahaha.

Bella Jamal said...

Eh seronok juga ye Batam ni. Kelainan juga resort di Madu Tiga Beach Resort ni. Panas tu sebab pantai kot. Ke memang panas kalah pantai kita? Hahaha. Wah huntungla masuk surat khabar Indonesia. Boleh gain follower Indonesia pulak.

Mouse Mommy Treats said...

Cantiknya pemandangan pantai... mesti ambil banyak gambar untuk kenangan manis.

cindyrina said...

Ingat tempat ni tempat orang bermadu. Pantai kat sini sangat cantik dan pasir pun nampak bersih. I memang suka percutian di pantain camni. Belum pernah sampai lagi kat tempat ni.

ctsuzie said...

menarik tmpt nie..kalau rasa nak tenang kan fikiran boleh la pilih tempat mcm nie utk release tension..Klo de yg nak honeymoon pn boleh..

MaisarahSidi said...

Cantiknya pemandangan kat situ. Gambar pun cantik semua. Kena ambil banyak-banyak gambar di sin kan baru puas hehe :) Ye agaknya owner tu minat filem P Ramle kot heee

www.maisarahsidi.com

Mahamahu said...

Alamak sapa yang pergi ker pulau ini mesti balik akan bawa balik madu hehehehe orang perempuan tak suka pergi sini tapi yang laki mesti suka wakakaka.. Cantik giler lah pantainya best berenang...

Huda Halid said...

SubhanaAllah..sungguh indah permandangan kat pulau bintan ni. teringin sangat nak bawa satu family bercuti kat sini. nampak segar dan damai jer...

Mama Kembar Tiga said...

Cantiknya pantai situ! Nampak clear air laut tu ada 3 layer, memang indah ciptaan Tuhan. Batam dah masuk dalam wish list i dah ni, boleh laa consider menginap kat resort Madu Tiga ni gak.

Aerill Hassan said...

cantiknya keindahan alam. lamanya tak pegi bercuti dkt pantai. dgn family lagilah lama x pgi pantai. kalau dengan member2 tu ada la jugak , tapi 5 tahun dulu kot. haha. tengok gmbar2 ni buat keinginn nk bercuti tu lagi bertambah2 haha

Nina Mirza said...

Allahu... Cantiknya view! Pasir pantai nya putih halus. Lautannya jernih. Bila laaaa nina akan sampai sana. Seronok dok kat pantai. Suka tapi kena dok touch up sunblock. Risau muka berbelang nsnti. Huhuu

Mimie said...

Nama resort minta kena kecam ke apa ?Hahaha. By the way cantik sangat pemandangan kat resort dan pantai ni .bestnya kalau dapat jalan jalan kat sana

Zharif Azis said...

Ya Allah cantik betul tempat nie ya. Entah bilalah agaknya dapat jejakkan kaki ke sini. Rasa macam nak pergi skrg jugak. Sangat menenangkan dan cantik. Air lautnya yg biru, bestnya !!

Syamimi Saad said...

Cantiknya permandangan kat sana. Serius.. Lawa giler tau.. Kalau la ada tempat camni kat mlysia, memang best la kan.. Suka tengok pantai dia tu.

Lia Hasty said...

Kalau ada peluang nak ke Batam lagi lah. Best je nampaak tempat kat sana. Sunburn tu normal lah kan kalau pergi laut dan pantai.

Sunah Sakura said...

aduhai cantik sangat ni ena uikkkk

AlongMurni said...

Masya Allah cantiknya pemandangan di sini.. Tambah unik nama cerita filem P Ramlee ditandai di setiap lokasi di sini.. AM suka semua filem P Ramlee..

Sunshine Kelly said...

Hahah so cute buaian madu tiga u tak berani duduk. La its a myth kot. By the way, this resort look very nice.

Mimin Adam said...

lawanya pulau bintan nii