ツ Teman Tapi Mesra

Urutan Tradisional di Tiara Mustika Spa, Travelodge Hotel

Ena bersyukur sangat sebab selain pertama kali jejak kaki ke Batam, tetapi dapat banyak jelajah Kota Batam. 

Mesti korang tertanya-tanya apa yang best di BATAM???? 

Ramai mesej ena tanya. Sepanjang dalam bas memang ena tak tidur sebab nak tengok bandar mereka. Kadang tu rasa macam dalam Malaysia je. Lebih kurang macam kat Shah Alam.hehe.. 

Apa yang buat ena kagum, traffic light taklah terlalu banyak sedangkan ena tengok orang punyalah ramai sesak. Siap cakap dengan kak limah tu, takut lah sebab semua main keluar masuk jerr. Ehhh..rupanya mereka ada attitude taw. Pandai nak agak keluar. Lepastu takdelah sikit-sikit nak hon kalau kita lambat gerak Memang lainlah suasananya. Biasa kita stress jem. Tapi kat sana relax je tak bising dengan bunyi hon.Hahahaha.. Jakun sekejap. Mereka memang moden. 

Korang boleh bayangkan tak, masa event larian tu dorang tak tutup jalan taw. Kami ni punyalah takut nak lalu. Tapi steady je dorang. Jenis sopan kat atas jalan raya. So kalau diberi peluang kesana memang nak repeat travel.huhu.. Toilet pon bersih even kat luar nampak macam usang tapi dalam grand. Memang terjaga kebersihan disana.



Lepas je press conference dan tea time, kami teruja untuk berurut. Letihh haii lalui perjalanan jauh dari Malaysia. Teruja masuk Hotel Travelodge ni. Nampak mewah dan menarik. Lebih kurang 2 jam kami disini.





Kami mendapat tajaan urut tradisional daripada Tiara Mustika Spa - Batam Centre. Pusat Spa ini sudah lama ditubuhkan sejak 2001 lagi dan banyak lagi cawangan seperti di Nagoya.




Ada 2 tempat untuk 1 bilik. Tuala dan kain batik disediakan untuk persiapan.



Badan melekit dan letih, teruslah kami mandi dulu. Ni memang syokkk... 2jam masa tu sangat menenangkan dan sempatlah tidur kejap masa kena urut.huhu.. 



Masa di urut tu memang terasa minyak tu suam-suam jer.. Sebab ada bekas khas untuk memanaskan minyak serai tu. Bau nya sedap. Lepas urut memang tak nak mandi lagi. Hehe.. Ada pelbagai jenis pakej taw. Boleh rujuk Pakej Spa.


Setelah selesai, kami disajikan dengan air teh halia. Bau wangi. Rasa pon sedap. Tak boleh minum sikit-sikit. Kena one shoot je.haha.. Sebab slow minum akan rasa melekat kat tekak bau halia tu.



Terima kasih kepada pihak Tiara Mustika Spa kerana membuat kami lebih bertenaga dan semangat untuk meneruskan trip :) Masa ni kami dipecahkan kepada 4 group sebab pergi ke lokasi yang berlainan.


Sambil nak tunggu bas kami sampai tu, apa lagi kami teruslah ke belakang hotel. Banyak view cantik dekat luar. Dalam hotel ramai orang so tak berapa nak dapat shoot gambar cantik.



Kakak suruh buat helang. So kami layankan ajerr.. Haha best trip ni semua satu kepala. 



Terima kasih sekali lagi kepada Travelodge Hotel dan Tiara Mustika Spa kerana menaja kami. Untuk keterangan lanjut seperti di bawah :


Travelodge Hotel Asia :






Tiara Mustika Spa :





27 Chantiq Manis:

el said...

bila uols cerita pasal traffic jam kat batam tu..weols pun terpegun jugak..hebatkan orang kat sana..x macam org msia..sikit2 nak hon haha..lama juga tak pergi spa..bestnya!!dapat release stress n manjakan body..

hafizi hamsan said...

Lega tak badan lepas diurut?ke sakit?

Chris_Sella said...

Bestnya. ada ternampak Ena post kat FB gambar passport. rupanya pergi sini ye. wahhhh thank you for sharing. best sangat baca.

khai artzfar said...

haritu ke batam juga cuma transit sebelum ke lingga. nanti kalau datang boleh try hehehe .untuk lelaki pula macam mana? ada juga ke

Rawlins GLAM said...

Rawlins pernah tertidur nyenyak time kena urut - dia urut sejam pula tu. Pastu bila sedar, dia kata memang Rawlins sangat penat dan banyak urat bersimpul. Haha

Julia Mahir said...

Seronoknya sambil sambil bercuti dapat massage kat spa. Hilang sekejap rasa penat berjalan-jalan tu kan. Bila la nak sampai batam jugak ni...

xulhlmi said...

selesanya tengok spa ni, mesra pelanggan lah siap sediakan macam-macam, baru best nak rehatkan diri dekat spa sambil habiskan duit, Heheh

Tengkubutang said...

Hai lah.. syoknya membelai badan kan.. kalau dapat pi spa dan relaks je macam kat tempat ni.. fikiran pun tenang je.. hidu pulak bau aroma terapi.. wahhh.. terbaikk

MaisarahSidi said...

Bestnya berurut! Sekali sekala manjakan diri dengan berurut memang lega dibuatnya lagi-lagi lepas acara larian tu kan. Hotel tu pun nampak menarik. Banyak kemudahan disediakan ye

www.maisarahsidi.com

Zharif Azis said...

Wahhh bestnya !! Sesekali dpt manjakan diri dgn mengunjungi spa. Jarang dapat Me time. Tambah2 dah kah

Zharif Azis said...

Wahhh bestnya !! Syiok kan sesekali dapat manjakan diri, dapat me time. Maklumlah, byk benda nk buat dan sibuk sampai lupa utk diri sndri. Teringin pulak nk ke spa. Lama dah x ber-me time

Nina Mirza said...

Alahai bestnya dapat manja kan diri, relax me time gitu. Memang ada plan nak ke Batam nanti. Nina save Tiara Mustika Spa, Travelodge Hotel. Nanti boleh laaa try

Mimie said...

Sesekalu rehatkan badan perginurut kat spa memang best. Rasa lega badan dan segala oenat pun hilangkan .Sesekali pergi spa release penat memang best

iffah208 said...

Bestnya tempat urut dia, nampak selesa sangat mahunya siap terlena masa tengah urut tu nanti! Batam ni dalam wish list kita nak pergi juga nanti :) terima kasih diatas perkongsian

Syiera Firdaus said...

Fuyoo bestnya dapat berurut. Mesti badan rasa best ringan ja kan. Menarik spa tu. Cantik ja

Jia Shin Lee said...

The Tiara Mustika Spa at Travelodge Hotel looks amazing, wonder how much is the price, spa time during holidays are the best, can keep us way relaxed.

Emi said...

Bestnya mengurut. Emi pun plan nak pergi mengurut jugak ni, tapi kat malaysia ni jela heheh. nak pi mengurut sebelum raya. Badan lenguh2 ni.

Izaramli said...

Nampak selesa spa dia. Teringin betul nak try pergi spa. Kalau dapat urut ni mesti best. Lately ni selalu sakit belakang.

mrsliez said...

Lama tak berurut.. last urut last day berpantang. Klau dpt urut memng ringan sgt badan ni.. boleh hilangkan lenguh2 dan sakit badan.. then g sauna or svrub.. hmmm layan

AyuArjuna BiGoshh said...

Bestnya mengurut. Lagi2 urut kat batam ni mesti perkhidmatan dia best. Suasana dia pun agak tenang

Farah Dinah Hassan said...

bestnyaaaa kak enaa. spa dia nampak mewah dan selesa!

AlongMurni said...

AM xpenah lg sampai sana tapi dgr kata kalu kat sana mmg Best kalu bab2 mengurut nie.. Boleh la AM rujuk entri tiny bila AM ke sana nnti

Sunshine Kelly said...

Wow best nyer! I think I need a massage also. Have been working hard and late nights so this weekend i want to go massage.

CXopportunities said...

Bestnya. Cx tak pernah lagi jejak kaki ke Indonesia. Selalu tgk kawam² share je gambar dan penglaaman. Itupon da cukup menarik bg cx. Batam ni tmpt dia best kan? Cx baru tahu psl attitude dkt ats jln raya tu. Hebat sungguh. takde bunyi hon eh? Kalau dkt Malaysia nj, fuh? Jenuhlah sikit² hon hahaha. Nest dpt berurut tu. Relax dan segar je rasa

Rabiatul Adawiyah said...

Bestnya dapat berurut. Hehehehe. Ruby sebulan sekali kena berurut untuk bagi tenaga. Badan asyik cramp aje. Sakit gila. Sejuk gila. Huwaaaaa.

Sunah Sakura said...

kalau kita gi berurut tu, then tertidur, agaknya gelak2 si tukang urut...mau dirakamnya bunyi dengkuran kita..hahahah

Mimin Adam said...

kat sana padu kan urutannya