ツ Teman Tapi Mesra

515 United We Win bersama Domino's Pizza dan Mobile Legends

Domino's "Unite" dengan Mobile Legends dalam 515 Quest menewaskan kegelapan

Baru-baru ini ena telah menerima jemputan media di Domino's Pizza Party di Ayer Keroh, Melaka untuk kempen terbaru "United We Win" bersama Mobile Legends". Dalam kempen ini, pelanggan boleh merebut tawaran hebat bersama Domino's dan berpeluang bertarung bersama-sama rakyat Malaysia lain menyelamatkan dunia di dalam game "Mobile Legends : Bang Bang!"

Ditubuhkan oleh Moonton, permainan popular Mobile Legends : Bang Bang telah dipilih sebagai acara pingat di Sukan Asia tenggara (SEA) 2019 yang akan berlangsung pada bulan November di Filipina. Wahh teruja kan???? 

Malaysia adalah antara beberapa negara yang akan melancarkan kempen global Mobile Legends '515 Unite Day' yang bakal menghimpunkan para pemain dan individu lain untuk menyelamatkan dunia.


Apa itu "515 Unite Day"?

Pelbagai promosi hebat bawa pulang '515' Domino's termasuk Personal Pizza daripada harga RM5 yang memberikan penjimatan RM7.90 dan Regular Pizza daripada harga RM15 untuk penjimatan RM14.90. 

Personal Pizza serendah RM5 ialah tawaran nilai luar biasa Domino's sejajar dengan matlamat jenama untuk membawakan tawaran Ohsem Hari-Hari kepada rakyat Malaysia.

Mempunyai 13 perisa untuk dipilih menerusi Ohsem hari-Hari sepanjang minggu.


Bersatulah wahai wira dan wirawati Mobile Legends. Selamatkan dunia dengan gear edisi terhad. Tingkatkan peluang anda untuk menang dengan mendapatkan pizza personal dari RM5 atau pizza sederhana dari RM15 harini !


Menurut Linda Hassan, Naib Presiden Kanan Pemasaran, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, "Di Domino's kami tetap berpegang teguh pada janji kami 'It's All About You'. Kerjasama kami dengan Mobile Legends bagi kempen 'United We Win' mencerminkan janji Domino's untuk membawakan pengalaman baharu dan menarik kepada pelanggan serta merapatkan silaturrahim menerusi pizza dan gaming."

Mobile Legends ialah platform yang sesuai untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama menikmati permainan esports kegemaran mereka dan rakyat Malaysia dapat menikmati tawaran '515' yang luar biasa bersama rakan-rakan dan orang tersayang di dalam kempen ini.


Menyeru semua wira-wira penyelamat dunia untuk berkumpul di lokasi berikut jam 12 tengahari - 6 petang. Anda berpeluang memenangi :

1. 515 United We Win Goodie Bag 
2. 515 United We Win Tshirt
3. 515 Figura MIYA edisi terhad
4. Hyper X Cloud Earbuds


Kami berpeluang merasa menu baru Domino's Royale Salted Egg.. Sila lah bertahan di bulan Puasa ni.... ..............


3 jenis Royale Pizza limited time offer "Eggstra Shiok".


Royale Cheesy Stix sentuhan emas ke breadstix. Sedap gilerrr...Please lah grab tengah promosi ni, Tak masin pon. Just nice.


Royale Chicken Wings mengandungi telur masin dan aroma daun kari ni berhantu makan. Juicy dengan perapan yang enak. 


Tamak haloba kat situ :)


My first ranking ! Kalau korang hantu cheese macam ena memang wajib grab ni. Royale Tuna Pizza.


Kedua sedap Royale Delight Pizza. 


Ketiga Royale Chicken Pizza. Yang ni bagi ena biasa saje.


Banana kaya Dessert. Yang ni ena tak berapa minat mungkin rasa pelik bila manis. haha..


Untuk keterangan lanjut tentang kempen sila klik pautan :

23 Chantiq Manis:

ray said...

okay now i'm considering pizza for berbuka haha

Sunah Sakura said...

ya aulohhh muka tamak haloba tu..hahahhaha

Cik Puan Ena said...

Kan. Siap bungkus tepi sambung makan kat rumah. Hahaha. Esok lapar cari nasi.

Farhana Jafri said...

Bestnya dah ada untuk penggemar mobile legends, pandai Domino tarik customer! Tak try lagi salted eggs ni sebab takut masin, lepas niboleh la try beli.

el said...

domino ni our family's favourite pizza..sekarang ada kempen ye..nanti bolehlah ajak family berbuka kat domino..

budakbandunglaici said...

wah pizza versi mobile lagends. aum sedap tengok makan pizza banyak tu. kena pergi restoren dominos pizza malam ni, nak cuba satu la

Lin Liena said...

kitaorang satu family memang peminat pizza dominos..tak pernah mengecewakan lah...semuanya sedap2 hehe..belum try lagi perisa yg baru ni...nak order la esok hehe

iffah208 said...

Sedapnye pizza tu... lama tak makan dominos nih! nanti kalau dah malas masak boleh pergi berbuka makan piza jer ada Royale Chicken Wings bolehlah cuba sekali :)

Hanny Abdullh said...

Anak sis kalau pizza mmg dia minat le sesangat terutama dominos ni. Selalu gak order online..lagi pun dominos ni dwkat je gan rumah so cepat le sampainya. Sis suka dessert dia..sedap

Fadzi Razak said...

Hopefully Malaysia menang sebab saya nak free domino's pizza hahahha. Tengok perangai tu. Ish ish ish

mrsliez said...

Liez mmg in love dengan egg york pizza tu tau.. mmg favourite sangat. Memang tak pernah mengecewakan lah.. vuba ayam salted tu ayam dia agak soggy.. klau garing2 dan letak salted egg york maybe lagi sedap

Mahamahu said...

Alamak tengok pizza time puasa ni lak hehehehe memang menggoda betul lah rasa nak pergi buka kat sana dah lama tak makan pizza ni hehehehe ok lah nak cuba nanti...

Rawlins GLAM said...

Domino's pun terpengaruh dengan Mobile Legend?
Haha.
Takpe. Rawlins nak menjengah ke Domino's untuk berbuka kelak sebab dah terpengaruh tengok gambar piza tu semua.

Tengkubutang said...

Eggstra Shiok tu TB tak pernah try lagi.. hahah.. punya lama dah promosi yang tu kan.. Tapi TB memang antara hantu pizza pun.. kih3.. nanti nak try lah dominos pizza ..

mimin adam said...

Sedap ehhh makan pizza ! hahhhahaha

Sunshine Kelly said...

I always order delivery pizza and chicken wings from Domino Pizza juga.

Zharif Azis said...

wahhh sekarang banyaklah company F&B bekerjasama dengan games ya. yelahh, crowd utk pemain games sangat meluas. okay, nanti nak singgah dominos. tetibe teringin nak makan pizza dominos. lama dh tak makan

AyuArjuna BiGoshh said...

Royal salted eggs tu mmg sedao. Sempat try hari tu. Cuma pizza ni edisi terhad kan. Dia ditawarkan utk tempoh tertentu

Syamimi Saad said...

Domino's dah ada kat mersing ni. Nanti nak try la. Dah setahun lebih jugaklah tak makan dominos ni. Banyak ketinggalan dah menu menu baru mereka.

Mek Onie said...

Alaaaaaaaa kita tak main mobile legend tu, tapi kkalau sebut piza, i will choose Domino's as usual! Sumpah puas hati Dominos punya piza ni. Nak makan pun seronok. Paling rindu ayam dia tu haaaa, adeh la... ni buat onie nak beli dominos nanti nih. hehe

Rabiatul Adawiyah said...

Sedapnya la pizza, waktu berpuasa tengok, mengundang order untuk berbuka nanti. Hahahaha. Dah la hari selasa ada jualan murah dominos pizza. hahahaha.

www.peachlilyfara.com said...

laa mobile legend dah diterapkan dalam pizza hahaha, btw pizza nampak yummy sgt

Thirteen said...

Baru je semalam nak singgah dominos. Haha cuma nak makan pizza pisang dia lah. Tapi waaaaa murah nyaaaa 5 and 15 hengget jeeeee. Tapi tak nak lah bawa abang makan sini, dia kalau ML ni mst semua on sampai lupa kita. hehehe.