Lelaki 3 jari memberi inspirasi kepada Masyarakat

Apa reaksi pertama korang selepas tengok gambar di bawah ?????


Pandangan ena, sejujurnya perasaan sedih itu terus menangkap jiwa sebab sentiasa perlukan pertolongan dari orang sekeliling untuk membantu setiap hari.

Terus ena rasa bersyukur dan rasa kerdil sangat bila selalu merungut. Saat kita rasa susah, rupanya ada orang yang lebih susah dari kita. Jadi takde alasan kenapa ena perlu merungut lebih selagi kudrat mampu nak bergerak dan nak bekerja.

Sempena menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei 2019 ini, ena nak berkongsi inspirasi bersama korang dan semoga menjadi pembakar semangat untuk kita berjaya tak kira apa jua bidang diceburi. Even awak suri rumah pon selagi namanya awak tak duduk goyang kaki tunggu duit jatuh dari langit, selagi tulah awak masih dikira bekerja. Jangan anggap suri rumah takde kerja ya. 24 jam kerja banyak. Kalau dapur tak berasap tu kira bonus la dapat rehat sekejap.

SIAPAKAH LELAKI LUAR BIASA INI???

Saudara Khairul Nizam merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) tetapi yang buat ena begitu kagum adalah beliau berjaya dalam bisness. Lihatlah fizikalnya yang tak mampu menguruskan diri sendiri, tetapi kenapa dia mampu berjaya???? 

**Luangkan masa sedikit untuk mengenali saudara Khairul Nizam, pengasas JAMUMALL.COM, Beauty Marketplace.





"Diusia 30..dengan keadaan cacat..aku bersyukur dengan kehidupan..aku berjaya membina satu syarikat Jamumall Sdn Bhd dan membina platform jualan Jamumall.com.. aku happy mampu beli apa aku nak..mampu makan yang mewah...mampu travel ke Dubai, Korea, Japan, Australia dan banyak negara aku dah sampai..yang paling best aku dapat sediakan rumah mewah untuk keluarga, tanggung family dan bersedekah setiap hari.."



"Bukan nak riak..tapi aku tahu ramai sebenarnya orang diluar sana nak jadi macam aku..nak banyak duit macam aku..nak bahagiakan family mereka macam aku..tapi adakah mereka sekuat aku??"

"Lihatlah aku.."


Luahan ikhlas dari hati Khairul Nizam dah buat ena sebak... :(




Menurut Khairul Nizam, untuk berjaya dalam kehidupan, pekerjaan mahupun bisness bukannya mudah. Tetapi atas keinginan yang kuat, kasih sayang yang hebat, keberanian yang tinggi, suka belajar dan perbaiki diri, dan juga berkomitmen yang tinggi membawa beliau ketahap sekarang.


"Kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan orang sekeliling, anda ada berapa jari untuk ubah kehidupan??? Usia makin meningkat, jangan tunggu lagi..kita je mampu ubah diri kita!!"

Kenali beliau dan kejayaannya dengan lebih dekat. Pasti terinspirasi :)





Post a Comment

2 Comments

marsha said…
Kagum dengan semangat beliau. Sangat luar biasa
Mimin Adam said…
semangat luar biasa