ツ Teman Tapi Mesra

ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY - REMAJA AUTISME BERJAYA DALAM SENI MUZIK

MEDIA SOSIAL - FACEBOOK, INSTAGRAM, TWITTER : @ARIQAZHAFIOFFICIAL

Ariq Azhafi atau nama penuh beliau Mohamed Ariq Najmi Bin Mohd Azhafi berumur 17 tahun, telah dilahirkan pada 04 Disember 2001 di Muar Johor. Ariq adalah remaja istimewa dan berani tampilkan diri untuk membuktikan bahawa dirinya juga layak untuk berjaya sama seperti orang lain.

Kenapa beliau digelar “TimeBoy”??? Kerana Ariq jarang untuk bercakap dan hanya bersuara pada masa tertentu sahaja. Mungkin pada pandangan mata kelihatan normal tetapi Ariq agak sukar untuk memulakan perbualan.




Sewaktu umur Ariq 10 tahun (selepas 2 tahun proses rawatan dan terapi) doktor telah mengenal pasti dan mengesahkan bahawa beliau ialah seorang Autisme (Sindrom Asperger) iaitu dalam katagori masalah pertuturan. 

Namun ianya tidak menghalang remaja istimewa ini untuk meneruskan dan mendalami minat dan bakat seni muzik beliau.


Saya terdetik untuk bertanya, apa yang membuatkan Ariq berani untuk ke depan? Katanya selain daripada minat, Ariq nak membanggakan keluarga bahawa dia juga mampu memperbaiki diri ke arah lebih baik.


Menurut kata ayahnya, sejak Ariq hadirkan diri ke kelas vokal, sedikit sebanyak dapat membantu memperbetulkan percakapan Ariq dengan lebih baik. 

Pada awalnya, Ariq hanya suka menyanyi dan bermain gitar sebagai hobi tetapi klimaks Ariq bersunguh-sungguh untuk tampil menyanyi bermula daripada persembahan mini konsert anjuran sekolah muziknya. 

Galakan daripada keluarga dan cikgu vokal supaya Ariq lebih banyak bergaul dengan orang ramai agar lebih yakin pada diri.




LAGU “KITA” SEBAGAI TIKET ARIQ UNTUK BUKTIKAN BAKAT NYANYIAN


Lagu dan lirik "KITA" ini dicipta oleh ayahnya untuk beliau sebagai permulaan dan pengenalan Ariq Azhafi di persada seni muzik tanahair.

"KITA" menceritakan tentang perhubungan kasih antara keluarga dan sahabat. Dari sudut yang tersirat pula, "KITA" merupakan satu metafora untuk golongan istimewa ini. Secara khususnya, lagu ini juga adalah lambang kasih sayang seorang ayah kepada anak istimewanya.




Akhir sekali, ucapan dan harapan daripada Ariq Azhafi :


" Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaanNya ini.


Kepada Ayah, Mama, Atok Aki (pencetus minat seniku) dan Atok Wan, terima kasih yang tidak terhingga di atas segala pengorbanan, kasih sayang dan sokongan yang tak berbelah bagi.Teristimewanya pada Atok Aki dan Atok Wan yang bersungguh untuk Ariq masuk ke kelas vokal dan muzik di Melaka.


Kepada Uncle Ijam #BJProStudio terima kasih di atas segala semangat, galakan dan kepercayaan anda... juga semua warga BJ Production Studio dan Muo FM terima kasih diatas segalanya.


Terima kasih kepada Pengetua, Cikgu Norhan, Cikgu Hana dan semua guru-guru unit Pendidikan Khas SMK Tengku Mahkota, Muar Johor. Teacher Kevin Ong, Ms Yeo and Mr Steven, tq so much for all the encouragements and all the supports in every way.. and i am still in the learning process 😆


Terima Kasih juga kepada Uncle Zai @ Dean Mohamed di atas segala pengorbanan masa dan tenaga untuk menjayakan Video Klip "KITA" 

Terima Kasih atas segalanya,
Terima Kasih pada semuaaa!

Dan semoga diri ini di terima seadaNya... InsyaAllah.."

- Ariq Azhafi -

Rempah Ratus Mak Siti Sahabat Suri Rumah dan Tukang Masak

"Rempah Ratus Mak Siti Segar dari Ladang"

Kalau korang nak tahu ena adalah pengguna rempah ratus Mak Siti sejak 3 tahun lalu. Sepanjang ena merantau di Muar, memang terkenal sangat rempah mak Siti ni lagi pula kilang Mak Siti dekat Pagoh je. Nak cari produk ni pon senang. 


Antara produk rempah kegemaran ena. So far rempah ni memang ada di rumah. Tak perlu nak risau sebab banyak jenis rempah ratus yang ada. Sangat memudahkan suri rumah macam ena ni untuk cepat masak dan masakan lebih enak.



Haaa... Apa yang membuat ena in love dengan rempah ratus Mak Siti?? Sebab rempah Sup Soto ni. Sekali ena cuba terus melekat dan 3 tahun raya memang ena akan guna untuk dihidangkan kepada para tetamu. Bila orang kata sedap, ni lah rahsianyaaaa...


Bihun Soto menggunakan rempah Sup Soto Mak Siti. Terbaik dari ladang :)

Jom kita kenali siapa sebenarnya Mak Siti?
.
.
. 
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti

Nama pemilik Mak Siti iaitu Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah) dan pengasas syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd iaitu Tuan Haji Nasuha Kasin (Pengarah Urusan).

Pada awalnya, Mak Siti ditubuhkan untuk menyara keluarga pada ketika itu secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan sekeluarga. Berkat usaha dan pengedaran yang pada masa itu dibuat di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil akhirnya Mak Siti dikenali.

Kilang Mak Siti pada awalnya diusahakan di 2 lot rumah kedai sahaja. Di atas lot kedai tersebut dimana keluarga kecil ini meneruskan kehidupan sebagai peniaga.

Pada tahun 2000, keluarga ini mengambil keputusan untuk berpindah ke Muar, Johor apabila perniagaan mereka semakin berkembang. Beroperasi di atas tanah seluas 3200 ekar dan pelbagai aktiviti dijalankan antaranya perladangan, pemprosesan rempah ratus sehingga pengedaran rempah ratus.

Ladang ini juga pernah dinobatkan oleh Malaysian Guiness Book of Record 2014 sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir lebih kurang 6000 spesis rempah ratus dan herba.



Lebih 35 tahun dalam pasaran, rempah Mak Siti memang sangat terkenal di Johor Bahru dan "wajib" ada di dalam dapur rumah kerana kelainan rasanya yang bebas dari penggunaan perasa, pewarna dan juga pengawet.


Kemunculan resepi turun temurun yang asli ini sebenarnya ada jalan cerita, pahit manis buat Puan Siti Khawa Jannah dan suaminya Tuan Mohd Hafizan Yusoff yang meyambung legasi perniagaan keluarganya. 

Orang kata menjadi anak founder adalah satu anugerah! Di saat orang lain bergelut nak mulakan perniagaan tapi bagi mereka, lahir-lahir saje bisness dah ada untuk mereka. Tapi ramai yang tak tahu betapa mereka terpaksa bergelut untuk mengembangkan bisness milik keluarga mereka ini.



Terdetik dalam fikirannya, kenapa rempah Mak Siti tidak mampu bersaing dengan jenama-jenama lain yang berada di pasaran Malaysia dan antarabangsa? Puan Siti Khawa Jannah Nasuha yang merupakan Pengurus Besar Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd telah membuat pembaharuan serta penjenamaan baru rempah ratus Mak Siti daripada paket biasa sehingga sekarang diperkenalkan di dalam botol.


Rempah Mak Siti adalah produk semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan sesuai bagi vegetarians.

Produk utama adalah serbuk rempah kari daging, serbuk rempah kari ikan, serbuk rempah sup, serbuk rempah sup soto, serbuk rempah rendang, sup tulang, sup bunjut, sup soto dan raja sup.

Produk rempah di dalam botol pula seperti Emping cili, serbuk cili, daun limau purut, serbuk daun limau purut, serbuk kayu manis, serbuk halia, serbuk lada putih, serbuk lada hitam dan serbuk kunyit.

Kini rempah ratus Mak Siti ada dijual di kedai runcit, pasaraya dan hypermarket seperti gambar di bawah.

Perancangan mereka untuk 2019 adalah untuk memperluaskan lagi jenama rempah Mak Siti ke seluruh negeri dan juga untuk memberi pendedahan kepada pengguna Mak Siti bahawa mereka boleh perolehi produk Mak Siti di dalam botol setaraf dengan jenama antarabangsa.




Contact Information :

WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM  | 017-3309330

Garlic Balm Gajah Baring BALSAMO edaran ARS Pure Solution

NAFAS SELESA DENGAN GARLIC BALM GAJAH BARING BALSAMO

Ena akui walaupun Sumayyah dah nak masuk 4 tahun tapi dari dia lahir sampai sekarang ena pastikan dia pakai balm selepas mandi. Sebabtu dia susah nak dapat batuk dan selsema.

Kalau kena batuk kebiasaannya tak lama dalam 3 hari. Paling mudah kena kalau dia dekat dengan kucing je. huhu Ikut ayah sama-sama sensitif dengan bulu kucing. So memang tak boleh nak bela kucing.

Kalau dulu masa dia baby ena buat manual kunyit hidup tu gesek dekat lesung lepastu sapu kat batang hidung. memang mujarab tapi tak best tu tangan bewarna kunyit. Plus tak praktikal kalau travel kan. So alternatif mudah gunakan balm.


KENAPA GARLIC BALM GAJAH BARING BALSAMO MEMUDAHKAN CARA??

1. Produk istimewa untuk urutan kasih sayang seisi keluarga. So jimat kan boleh pakai untuk semua peringkat umur kerana selamat digunakan dan bebas bahan kimia dan essential oil.

2. Selain melembabkan kulit yang kering, ia boleh digunakan setiap kali selepas mandi pagi dan malam untuk memberi keselesaan nafas dan tidur jadi lebih berkualiti. 

3. Bermanfaat ketika musim tak menentu.
Selesa ke tidur dalam keadaan hidung tersumbat??? Kebetulan ena akan balik raya ke kampung mak tahun ni memang sejuk beku tidur malam.huhu. Tak perlu pakai kipas taw malam. Kampung ena ni memang siang panas gila tapi malam sejuk beku. Jadi mudah lah nak bawa travel garlic balm ni. 

4. Memudahkan ibu-ibu moden menggunakan terutama yang sibuk bekerja.
Yang ni ena setuju sebab tak perlu nak sediakan minyak bawang putih. Buka penutup je dah boleh bau sebenar bawang putih ni.

5. Balm adalah bentuk solid dan risiko tertumpah adalah zero. Tak perlu risau kalau travel dikhuatiri tertumpah dalam beg.


BAHAN YANG DIGUNAKAN

1. EKSTRAK VIRGIN OLIVE OIL
Membantu melembabkan dan mengurangkan keradangan yang terjadi pada kulit

2. SUNFLOWER OIL & VITAMIN E
Membantu memelihara lapisan kulit daripada pencemaran & kekurangan lembapan bahan

3. BEESWAX 
Memiliki sifat antiinflamasi, antibakteria dan antivirus sehingga dapat dimanfaatkan untuk membantu masalah iritasi kulit ringan.

4. GARLIC
Tumbuhan istimewa yang banyak manfaat membantu memberi "NAFAS SELESA" keluarga


CARA GUNA

Sapu pada bahagian yang diperlukan dan urutkan perlahan-lahan secara bulatan. 


Nampak tak sumayyah excited dapat freegift comel.

Normal price 30g : RM45 SM, Rm50 SS

Now PROMOSI RM29.90 sahaja tidak termasuk postage.

Freegift Termometer early bird !


Favourite sumayyah kartun katak :)


Untuk keterangan lanjut boleh layari laman sesawang berikut :-


NINJABOYz - Jom Balik Kampung Edisi KACAX



Lagu  Raya  🎬 "Jom Balik Kampung"
Official Video Klip Edisi  Butik KACAX

Jom Jadi KACAX warga Malaysia! Sentuhan rekaan Baju Melayu & Kurta Moden di KACAX sangat mempersonakan! Bak kata pemilik Butik KACAX "Lambang Jejaka Unik, Kemuncak Perbezaan, Kepuasan Menjadi Nyata" & "Ultimate Difference"  Wowwww!!!!

Jom TERJAH ke Butik KACAX di ⤵

L3.41, Level 3, Angsana JB Mall, Johor Bahru, Johor | Booth KACAX, Lot 23 & 24, Level 2, Angsana JB Mall, Johor Bahru, Johor | Booth KACAX, Lot 27, Level 2, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru, Johor

Meh baca lagi tentang KACAX 🖱 Klik DISINI

Official VC 🌙 "Jom Balik Kampung" nyanyian duo oleh NINJABOYz & Apek  edisi Butik KACAX. "Jom Jadi KACAX" di Pagi Hari Raya Aidilfitri ataupun dimana jua anda berada.


NINJABOYz yang KACAX se KACAX - KACAXNYA mengucapkan, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat islam seantero Malaysia hendakNYA! Jom Balik Kampunggggggg....