ツ Teman Tapi Mesra

ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY - REMAJA AUTISME BERJAYA DALAM SENI MUZIK

MEDIA SOSIAL - FACEBOOK, INSTAGRAM, TWITTER : @ARIQAZHAFIOFFICIAL

Ariq Azhafi atau nama penuh beliau Mohamed Ariq Najmi Bin Mohd Azhafi berumur 17 tahun, telah dilahirkan pada 04 Disember 2001 di Muar Johor. Ariq adalah remaja istimewa dan berani tampilkan diri untuk membuktikan bahawa dirinya juga layak untuk berjaya sama seperti orang lain.

Kenapa beliau digelar “TimeBoy”??? Kerana Ariq jarang untuk bercakap dan hanya bersuara pada masa tertentu sahaja. Mungkin pada pandangan mata kelihatan normal tetapi Ariq agak sukar untuk memulakan perbualan.




Sewaktu umur Ariq 10 tahun (selepas 2 tahun proses rawatan dan terapi) doktor telah mengenal pasti dan mengesahkan bahawa beliau ialah seorang Autisme (Sindrom Asperger) iaitu dalam katagori masalah pertuturan. 

Namun ianya tidak menghalang remaja istimewa ini untuk meneruskan dan mendalami minat dan bakat seni muzik beliau.


Saya terdetik untuk bertanya, apa yang membuatkan Ariq berani untuk ke depan? Katanya selain daripada minat, Ariq nak membanggakan keluarga bahawa dia juga mampu memperbaiki diri ke arah lebih baik.


Menurut kata ayahnya, sejak Ariq hadirkan diri ke kelas vokal, sedikit sebanyak dapat membantu memperbetulkan percakapan Ariq dengan lebih baik. 

Pada awalnya, Ariq hanya suka menyanyi dan bermain gitar sebagai hobi tetapi klimaks Ariq bersunguh-sungguh untuk tampil menyanyi bermula daripada persembahan mini konsert anjuran sekolah muziknya. 

Galakan daripada keluarga dan cikgu vokal supaya Ariq lebih banyak bergaul dengan orang ramai agar lebih yakin pada diri.




LAGU “KITA” SEBAGAI TIKET ARIQ UNTUK BUKTIKAN BAKAT NYANYIAN


Lagu dan lirik "KITA" ini dicipta oleh ayahnya untuk beliau sebagai permulaan dan pengenalan Ariq Azhafi di persada seni muzik tanahair.

"KITA" menceritakan tentang perhubungan kasih antara keluarga dan sahabat. Dari sudut yang tersirat pula, "KITA" merupakan satu metafora untuk golongan istimewa ini. Secara khususnya, lagu ini juga adalah lambang kasih sayang seorang ayah kepada anak istimewanya.




Akhir sekali, ucapan dan harapan daripada Ariq Azhafi :


" Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaanNya ini.


Kepada Ayah, Mama, Atok Aki (pencetus minat seniku) dan Atok Wan, terima kasih yang tidak terhingga di atas segala pengorbanan, kasih sayang dan sokongan yang tak berbelah bagi.Teristimewanya pada Atok Aki dan Atok Wan yang bersungguh untuk Ariq masuk ke kelas vokal dan muzik di Melaka.


Kepada Uncle Ijam #BJProStudio terima kasih di atas segala semangat, galakan dan kepercayaan anda... juga semua warga BJ Production Studio dan Muo FM terima kasih diatas segalanya.


Terima kasih kepada Pengetua, Cikgu Norhan, Cikgu Hana dan semua guru-guru unit Pendidikan Khas SMK Tengku Mahkota, Muar Johor. Teacher Kevin Ong, Ms Yeo and Mr Steven, tq so much for all the encouragements and all the supports in every way.. and i am still in the learning process πŸ˜†


Terima Kasih juga kepada Uncle Zai @ Dean Mohamed di atas segala pengorbanan masa dan tenaga untuk menjayakan Video Klip "KITA" 

Terima Kasih atas segalanya,
Terima Kasih pada semuaaa!

Dan semoga diri ini di terima seadaNya... InsyaAllah.."

- Ariq Azhafi -

36 Chantiq Manis:

maszull said...

assalamualaikum ena...wah !! mmg terbaik la...

Dilah said...

Tahniah Ariq kerana berjaya membuktikan insan istimewa seperti Ariq juga boleh membanggakan keluarga. Semoga Ariq berjaya dalam bidang nyanyian dan dipermudahkan segala urusan Ariq..

Tekkaus said...

Yes being different doesn't mean you do not deserve a good, high quality life like others. I am glad that more and more people are aware about this and are lending their helping hands.

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

Alhamdulillah, Ariq telah membuktikan dia mampu berjaya seperti insan lain, semoga terus dikenali & berjaya mengecapi kejayaan yg lbh gemilang, Ariq!

Mira Cikcit said...

Baguslah, waluapun ada serba kekurangan tapi usaha untuk berjaya tu ada. Patut dijadikan inspirasi pada semua orang.

budakbandunglaici said...

siapa kata insan istimewa ni tak boleh berjaya & lakukan impian mereka macam orang normal lain. tahniah family Arif suport tallent yang ada pada Arif. Lirik lagu pun penuh makna & deep. tersentuh hati BBL

Aerill Hassan said...

alhamdulillah, semoga lebih ramai mereka yang menceburi bidang seni kerana minat dan bakat bukannya kerana nak jadi popular semata-mata. :) tahnia dan semoga berjaya :)

airah syahirah said...

Memberi inspirasi betul. Yang istimewa ni bukan tak boleh berjaya kan kena dapat sokongan dari orang sekeliling

Emme Marina said...
This comment has been removed by the author.
Zharif Azis said...

tahniah ariq, semoga terus kekal dan berjaya dalam industri atau apa sahaja yang diceburi. semoga segalanya dipermudahkan untuk kamu.

Lin Liena said...

tahniah ariq,bukan senang nak sampai ke tahap ini..sangat memberi inspirasi untuk remaja diluar sana

Syamimi Saad said...

Sesungguhnya Ariq nampak sangat berbakat. Tak namoak pun macam Ariq ada sedikit kekurangan pada diri tau. Tahniah Ariq atas keberanian Ariq juga. ☺

Mimie said...

Tahniah Ariq kerana buktikan orang yang istimewa boleh berjaya sama dengan orang normal yang lain. Satu pencapaian yang amat membanggakan.

Fiza Aizzawa said...

Hendak seribu daya kan.. bangga dengan adik Ariq. Semoga lebih sukses dalam bidang muzik dan setanding artis Malaysia yg ada..

Rawlins GLAM said...

I love that these special kids are exploring and broadening their horizons and now leaving marks everywhere, some are even better and higher than us normal ones. Good Job Ariq.

Tengkubutang said...

Tahniah buat Afiq kerana ada semangat kental ingin menjadikan kehidupan lebih postif dimasa akan datang.. tak nampak macam ada kekurangan pun Afiq ni.. moga berjaya dalam hidup.. Aamiinn

MYPeroduaclub said...

Saya Presiden RANGER MYPERODUACLUB sangat mengenali insan yang bernama ARIQ AZHAFI dan sangat mengagumi beliau! Terutamanya ayahndanya yang begitu jitu berjuang minat anaknya dalam seni muzik hingga ke tahap ini. SYABAS!!! Semoga kejayaan milik anda hendakNYA.

ИINJAΞ’OYʐ™ said...

Kami dari label muzik yang sama dibawah naungan & bimbingan dari BJ Production Studio! Proud of u ARIQ AZHAFI! Semoga ALLAH SWT berkati perjuangan KITA dalam industri muzik tanahairku Malaysia! Wachaaaaaa!!!!

Kak Su said...

Alhamdulillah, suka akak baca kisah Arif ni, memberi inspirasi dan harapan pada anak2 istimewa diluar sana untuk terus maju kedepan dan berdikari.

4 Tip Untuk Berjaya Dalam Affiliate Marketing

Sunah Sakura said...

alhamdulillah...tahniah adik ariq! semoga menjadi lebih berjaya!

Emme Marina said...

makin ramai viralkan ariq ni. semoga ariq terus berjaya. buktikan kejayaan tu bukan sekejap je tapi lama... insha Allah

Rozita Ceritaita said...

tak semua insan istimewa ni ada kebolehan istimewa.. yang ada ni memang sangat bertuah dan istimewa.. tahniah adik ariq!

Absolute Yana said...

From the pics it's really hard to tell that he is autistic.. But I am really glad that his parents are supporting and pushing him into achieving something. Rather than locking him up. This boy definitely has a bright future.

Mar Mansor said...

sentiasa menyokong.tahniah buat ariq.semoga terus maju jaya.

Sis Lin said...

Alhamdulilah, moga Adik Ariq terus maju dan berjaya dunia akhirat ..

Murni Alysa said...

Alhamdulillah..Tahniah Ariq kerana buktikan orang yang istimewa boleh berjaya sama dengan orang normal yang lain.
Reply

Rozita Ceritaita said...

semoga kejayaan sentiasa mengiringi adik ariq!

Mouse Mommy Treats said...

Mouse mommy was happy to know that! Awesome boy, this will be a great encouragement for others kids too eventhough as autism kid or any others problem. Problem is no more a problem when it is not a problem!

iyaseo.id said...

Assalamualaikum..
Salam ukwah dari saya untuk anda..

Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
Komen yang baik2 sahaja ye..
Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

Terima kasih sekali lagi..ya

CIK TOM said...

Tahniah adik ariq dan keluarga..memang sumber inspirasi sangat bila ariq ni xjadikan autisme sebagai peghalang untuk capai kejayaan.

Fiza Aizzawa said...

All the best buat Adik Afiq..

Fiza Aizzawa said...

All the best buat Adik Ariq..

HALIMAH BINTI MUHIDEN said...

Tahniah Ariq atas kejayaan tsb dlm menjayakan cita2nya

Mellya Musa said...

tahniah ariq! hehe moga success kelak. done follow sini hihi
mellyacrayola.blogspot.com

mek yunie said...

tahniah ! afiq dah membuktikan yang autism bukan penghalang untuk jadi seperti 'normal'. alhamdulillah, moga kisah afiq ni menjadi inspirasi kepada anak muda di luar sana.

Xtina said...

So touching. Autism is not a hindrance!