ツ Teman Tapi Mesra

Dashing Deo + Perfume Body Spray Wangian Maskulin Berpanjangan

1st semburan Deodoran + Wangian Badan Untuk Lelaki


Pertama kali semburan jenama Dashing ni buat ena sangat suka masa pertama kali dating dengan suami. Cewahhh (Masa tunang). Bau harum dan agak maskulin buatkan ena terus tanya dia pakai perfume apa? Then dia jawab pakai "Dashing". Woowww.. memang hebat penangan bau sampai sekarang suami setia pakai taw. Nak tahu favourite suami yang mane??? Dia suka merah.

Bagi ena Dashing agak sinonim dalam keluarga ena sebab ramai je kaum lelaki pakai. Selain wangian yang sedap dan tahan lama tetapi harganya sangat berpatutan. Mudah didapati di mana-mana kedai dan pasaraya.


Taraaa... suka betul suami dapat hadiah 1 set keluaran baru daripada Dashing. Botol tu memang dia suka. hehe senang nak bawa travel. Nasib baik preggy kali ni ena tak alah bau perfume.haha... so senanglah suami nak tukar-tukar pakai. Best sangat preggy kali ni suka wangi-wangi.. Dulu time mengandungkan Sumayyah, memang ena cukup anti suami pakai perfume. Loya tekak. :(

 DASHING Eau De Toilette, Formula 100% Deodoran dan 1 Botol menghasilkan 880 semburan dan bertahan sehingga 5 bulan !


Sejujurnya suami ku bukanlah jenis suka bersiap lama. Dan ini memberi peluang untuk ena hadiahkan suami something special sebab dia dapat jimatkan masa dan modal dalam masa sama. gituuu.. 2 in 1. Dashing sangat memahami keperluan lelaki dengan menampilkan satu produk menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan perfume dalam SATU BOTOL !!

Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan. Haruman maskulin tahan lama untuk memastikan kaum lelaki berbau hebat sepanjang hari.

Dashing Deo + Perfume Body Spray hadir dalam 4 Variasi


Packaging botol dengan rekabentuk ringkas dan menawan memudahkan suami bawa travel kemana sahaja dan boleh memilih variasi mengikut keadaan :

1. HATTRICK - - > Jaringan kemenangan lelaki Dashing.
Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.

2. ULTIMATE KICK - - > Inilah wangian sebenar Sang Juara.
Menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorng lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.

3. SPEED - - > Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat.
Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.

4. HITMAN - - > Direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja.
Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender beserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada harga mampu milik RM12.20. Boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian.

Maklumat lanjut berkenaan DASHING :


4 Chantiq Manis:

Sunshine Kelly said...

Oh wow now they have 2 in 1, deo and perfume sekali. Plus 4 new variants juga, bagus untuk kaum lelaki ada lebih banyak pilihan.

penaberkala said...

Saya guna dashing since sekolah menengah lagi. Bau dia memang best. Sampai konvk di uni dulu pun abang bagi set hamper barangan Dashing. Btw, produk Deo + Perfume ni best. Bau dia tahan lama. Segar je rasa

dorsett pink said...

waahh! bestnya dapat ni... mesti wangi semerbak lepas ni =))

mercikkk.com said...

Bay dashing INI sebenarnya tidak mengecewakan dan membangkit semangat maskulin dalam jiwa lelaki yang mementingkan kebersihan dan bau yang Segar barulah selesa