ツ Teman Tapi Mesra

EMBAH JID MAHU MEMBERI NAFAS BARU DI DALAM IRAMA MALAYSIA PADA ERA 2020

LAGU IRAMA MALAYSIA / ETNIK KREATIF SEMAKIN KETANDUSAN

Bagi ena yang lahir pada generasi Y, membesar dengan lagu lama zaman irama melayu 1990-an, paling minat dengan lagu-lagu Noraniza Idris dan Dato' Sri Siti Nurhaliza hasil sentuhan Pak Ngah dimana irama Malaysia telah bermula sejak era 80-an lagi. Lagu apa yang korang masih ingat sampai sekarang???

Tetapi zaman semakin berlalu dengan mulanya pelbagai genre muzik yang kini anak-anak muda lebih suka kepada pop, balada, blues, rapper dan sehingga ke K-Pop. Ini agak membimbangkan kerana tidak seharusnya irama Malaysia lenyap begitu sahaja tanpa penyambung legasi. 

Adakah kurangnya komposer yang berminat untuk mencipta lagu, tiada sambutan pada musim kini atau tidak relevan untuk diteruskan??? "Tepuk dada, tanya diri".


SIAPA EMBAH JID DAN KENAPA BELIAU MUNCUL DALAM SENI MUZIK???

Encik Majid bin Rawino merupakan anak jati Muar yang berumur 50 tahun. Menetap di Kampung Baharu Melayu Batu 28, Lenga Muar Johor. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Meminati seni tarian sejak berusia 13 tahun sehingga sekarang. Panggilan mesra "TOK JID" oleh orang kampung dan dalam seni muzik beliau digelar "EMBAH JID".


KENAPA EMBAH JID???

**Bagi orang berketurunan jawa merujuk kepada nenek/datuk.
Nenek = Embah wedok
Datuk = Embah lanang.

**Ada juga sumber mengatakan embah = Emak + Abah

Maka Tok Jid yang memang berketurunan jawa mahu nama komersialnya dikenali sebagai EMBAH JID iaitu "EMBAH" (TOK) "JID" (ORANG BARU) yang memberi makna kepada diri beliau melalui pepatah melayu "Tiada yang lama, maka tiadalah yang baru" .


PROFIL EMBAH JID :- 

- YDP Sek. Keb. Batu 28, Lenga -
- Pengerusi Muwahfakat Zon Lenga -
- Penerus Zapin Lenga dan Ceracap Inai -
- Ketua Kampung Baharu Batu 28, Lenga -
- Pensyarah Jemputan Fakulti Tari ASWARA, KL -
- Pengerusi Masjid Kampung Baharu Batu 28, Lenga -
- Tokoh Seni Budaya oleh Jabatan Kebudayaan Negara 2014 -



Apabila ena melihat profil beliau, berasa bangga dengan segala pencapaian dan kagum dengan semangat beliau yang masih aktif di dalam meneruskan legasi seni tarian seperti zapin dan joget. Maka disebabkan minat yang terlalu mendalam dan ingin menarik lebih ramai lagi belia muda untuk bersama-sama menaikkan semula seni melayu, Embah Jid bakal mengeluarkan single pertama lagu "Joget Kuasa Cinta". 


LAGU "JOGET KUASA CINTA" TARUHAN EMBAH JID DALAM IRAMA MALAYSIA

Lagu ciptaan BROJAM ini merujuk kepada "bercinta dalam tarian" dimana satu pasangan yang mula jatuh cinta semasa menari. Umpama cinta di hati dan cinta pada tarian itu berjalan seiring. Beliau pertaruhkan lagu berunsurkan JOGET kerana orang seni pasti akan peka pada gerakan dan kesopanan yang perlu ada. 

Menurut Embah Jid lagi, tarian mempunyai tatasusila dan kesopanan tertentu. Contohnya, Zapin Lenga mempunyai unsur islamik. Tertib kiraan bermula dengan 2 (1 tidak disebut merujuk kepada Tuhan yang Satu), 3,4 dan 6,7,8. (5 tidak disebut merujuk kepada Rukun Islam) dan Zapin Lenga berbeza daripada zapin lain. kerana pergerakan pusing melawan arah pusingan jam seperi tawaf mengelilingi Kaabah. 

Seronok bila kita dapat menimba ilmu dari orang yang berpengalaman. Semoga lagu joget ini bakal memberikan sinar baru kepada Embah Jid dan juga kepada semua orang supaya menghargai bakat seni dan seni tarian irama Malaysia.


PROFIL EMBAH JID :


The Shore Oceanarium Melaka destinasi menarik untuk keluarga


THE SHORE OCEANARIUM MELAKA @ MELAKA RIVER



Baru-baru ni, ena berkesempatan jalan-jalan di Melaka bersama suami dan Sumayyah. Nak refresh balik lah badan ni selepas alami alahan teruk untuk trimester 1. Now dah masuk trimester 2 ni baru gagah nak berjalan. hehe..

Selalunya kami lepak shopping mall tetapi kali ni kami rasa nak bawa Sumayyah explore hidupan laut secara dekat. Dia memang peminat Baby Shark, so memang excited lah bila cakap nak bawa tengok ikan. Asyik bawa pergi playground je kan. Tukar angin baru.

Pelbagai aktiviti menarik mengikut zon. So jangan risau staff sentiasa ada untuk guide korang. Yang penting sebelum masuk tu pastikan dah pergi tandas siap-siap dan makan kenyang. Ena masuk pon lebih kurang 2jam. So better bawa lah stroller bagi anak yang kecil lagi.

DESTINASI PERCUTIAN SAMBIL BELAJAR

Aktiviti di The Shore Oceanarium :

1. Interactive Touch Pool (Kolam Sentuhan Interaktif)
2. Jungle Quest (Cabaran Rimba)
3. Magic Aquarium
4. Ocean Journey
5. River Story
6. Dangerous Marine Species
7. Living Fossil
8. Ocean Theatre
9. Fun Freakish (Kuda laut dan Obor-obor)
10. Shark Quest
11. Kampung Penyu

Terbaru ada "Augmented Reality Hall". Sepanjang korang di dalam akan ada mini TV untuk rakam video korang berinteraksi dengan sistem AR Reality.


Love this part, kita boleh sentuh tapak sulaiman, belangkas, ikan Yu dan pelbagai lagi habitat.


Boleh ketahui pelbagai spesis yang beracun dan berbisa seperti kala jengking, ular dan kitaran hidup katak. Woww kami sebagai parents pon teruja belajar sama.


AR Hall. Disini syoklah main tangkap ikan dan ada dinosaur T-Rex.



Ocean Journey








River Story. Yang ni ena memang suka sebab banyak ikan cantik-cantik. Pelbagai jenis ikan yang dihimpunkan dari pelbagai sungai termasuk India, Australia dan banyak lagi.


Cermin mata khas 3D dan button badge diberikan percuma semasa di kaunter tiket. Jadi pengunjung berpeluang menonton "Pengembaraan penyu" di 3D Cinema Plus Theatre.


Kolam khas disediakan untuk memberi ikan makan. Harga RM10 tambahan dikenakan jika mahu di bahagian kaunter tiket.




Untuk pengetahuan korang, tengah ada promosi taw. 

Beli 1 tiket Oceanarium PERCUMA tiket VR AR Interactive Park.


Tempat ni baru dibuka dan promosi berjalan untuk tempoh terhad. Woww best dapat rasai pengalaman 360 degree  VR Cinema. Permainan dinosaur banyak di sini. Pasti anak teruja.

Tengah free ni. Syoklah jimat wang pergi 2 tempat serentak.

Stay tuned...