ツ Teman Tapi Mesra

Rawatan Rambut Mesra Muslim di MBH Haircare Johor Bahru


SPECIAL MEET & GREET YOUR HAIR WE CARE

Baru-baru ini ena telah menerima undangan ke satu program yang sangat best oleh pihak MBH Haircare JB. Memang taknak lepaskan peluang sebab banyak tanda tanya dalam kepala ni kenapa rambut selalu gugur dan gatal-gatal.

Antara program yang ada pada hari tersebut :

1. Pengenalan MBH Youth Hair Plasma
2. Demo rawatan MBH Youth Hair Plasma
3. Analisi rambut percuma
4. Rawatan percuma dan Cabutan bertuah

FAKTA ATAU MITOS ???

1. Kerap potong hujung rambut boleh cepatkan pertumbuhan rambut? - Mitos

2. Makan kerap makanan yang mengandungi MSG boleh menyebabkan keguguran rambut? - Fakta

CARA MUDAH NAK TAHU RAMBUT SIHAT ATAU TIDAK

Cabut sehelai rambut dan masukkan ke dalam air. Jika tenggelam bermakna rambut adalah sihat kerana boleh menyerap air. - Okey dah test tenggelam. hehe tu tanda rambut ena sihat.


7 JENIS MASALAH RAMBUT

Masalah rambut merangkumi:

Rambut bercabang, berminyak, gatal, berkelemumur, kering, keguguran rambut dan juga botak.

PUNCA MASALAH RAMBUT TERJADI

1. Fast food
2. Colour rambut
3. Ubat-ubatan
4. Hormon
5. Merokok
6. Stress.
7. Cuaca
8. Shampoo yang salah
9. Penggunaan haba (Hair dryer) setiap hari
10. Menyikat rambut ketika basah boleh menyebabkan rambut putus.
11. Kurang tidur. Oksigen tidak cukup dibekalkan ke kepala boleh menyebabkan rambut kurang sihat.
12. Genetik. Kena tengok keturunan secara bersilang. Contohnya macam ena kena tengok belah ayah ada tak masalah rambut. 

MBH HAIRCARE SET (RM226)



Rangkaian produk penjagaan rambut untuk masalah kulit kepala berminyak, berkelemumur, rambut gugur, kusut dan berbau.

Set lengkap merangkumi 
Hair Shampoo (RM59) 
Hair Conditioner (RM59) 
Revitalizing Hair & Tonic dan Hair repair (RM49) 
Silkening Serum(RM59) 

Tonic ni macam makanan tambahan. Kalau kita kurang makan makanan bersumberkan protein seperti negara India, mereka amalkan tonic untuk kesuburan rambut. Sebab kebanyakan mereka vegetarian dan tak makan daging. Pertumbuhan rambut kita ni antara salah satu faktor adalah daripada pemakanan. Sumber penting untuk kesuburan rambut melalui penyerapan protein makanan. Tonic sesuai untuk masalah rambut gugur.

Cara menggunakan Conditioner pula, perlu apply pada hujung rambut sahaja. Biarkan pada rambut selama 5 hingga 7 minit dan kemudian cuci. Haaa bab ni ena salah pakai. Ena lumur atas kepala sekali. Patutlah rasa gatal. Kesilapan yang ramai orang lakukan. 

Conditioner ni ibarat pelembab muka. Kalau skincare kita perlukan Pencuci + Pelembab. Sama juga dengan rambut. Shampoo + Conditioner. Conditioner ni penting kerana ada kandungan protein.

LATAR BELAKANG MBH HAIRCARE


Pengasas Spa, Puan Yaya Mohammad Sabtu, Pengarah Urusan MOHA Group Sdn. Bhd.


1. MBH ditubuhkan pada tahun 2008.
2. Merupakan salah satu anak syarikat MOHA Group & rangkaian MBH.
3. Mula beroperasi sejak bulan Julai 2017.
4. Satu-satunya pusat rawatan rambut berkonsepkan "Thrichology".
5. MBH Haircare dah ada 2 cawangan di johor dan Kajang.
6. Menggunakan produk sendiri dari kilang MOHA Biotech, Kulai Johor.

7. Ada 25 jenis rawatan untuk pelbagai jenis masalah rambut.


HAIR ANALYSIS & HAIR CONSULTANT (RM30)


Hair analysis merupakan mesin analisis rambut dan kulit kepala dan mampu memberi keputusan analisis dengan segera dengan membekalkan kanta yang sangat besar untuk mendapatkan kulit kepala dengan jelas dan tepat.

Ini penting dilakukan bersama Theraphy untuk mengetahui masalah yang dihadapi dan rawatan apa yang sesuai.


Dari mesin analisis ini, kita dapat lihat folikel rambut tumbuh secara normal atau tidak. Jika diperhatikan daripada gambar di atas menunjukkan folikel rambut tumbuh sihat dengan tebal dan tumbuh dalam 3 hingga 4 helai anak rambut. Haaa... Kalau rambut tu nampak jarang, kita akan nampak folikel rambut hanya tumbuh 1 hingga 2 helai sahaja.

So far rambut ena takde masalah. Punyalah risau sebab hari-hari keguguran rambut. Rupanya perkara normal jika rambut gugur di bawah 50 helai sehari. 

KELEBIHAN MEMBUAT RAWATAN DI MBH HAIRCARE

1. MBH HAIR GROWTH VITAMIN WASH
Ini adalah rawatan yang akan mencuci kelemumur yang telah menghalang pertumbuhan rambut. Jadi dengan menggunakan shampoo KHAS VITAMIN, kulit akan bersih sejurus cucian dilakukan . Proses memasukkan vitamin dalam pori akan merencatkan pembiakan kuman dan sekaligus masalah kulit kepala akan cepat dipulihkan. Rawatan mengambil masa 30 minit.

2. MBH SIGNATURE THRICHO
Rawatan ini merupakan asas kulit kepala untuk menghilangkan apa yang menjadi punca kepada keguguran rambut dengan menggunakan 11 langkah lengkap dengan menggunakan teknologi mesin Jerman & 9 herba terpilih. Rawatan ini paling lama jangkaan 2 jam.

3. MBH YOUTH HAIR PLASMA
Digunakan dalam pemulihan rambut secara semulajadi. Serum plasma (ambil dari darah pelanggan) akan digunakan pada bahagian kulit kepala yang kurang berambut. Faktor pertumbuhan dalam sel darah akan bertindak merangsang pertumbuhan rambut secara semulajadi. Tempoh dalam 45 minit sehingga 1 jam.

DEMO RAWATAN MBH YOUTH HAIR PLASMA

Sesuai untuk masalah gugur dan botak. Tiada pembedahan dan sakit, tiada bahan kimia, bukan rawatan invasive dan 100% semulajadi.


Menggunakan "Micro Needle Roller System" ini dibahagian rambut jarang atau botak.




Pelanggan akan diambil darah pada bahagian lengan tangan. Kemudian mengambil masa dalam 15 minit untuk "Proses Emparan" iaitu pengasingan darah merah dan juga plasma. Haa nampak tak dalam picagari tu bertukar warna kepada kuning. Itu lah serum plasma yang telah diasingkan. Rawatan ini menggunakan darah pelanggan sendiri taw untuk digunakan secara terus ke bahagian kulit kepala.


Contoh paling ketara bagi lelaki lihat pada dahi jika berbentuk "M" dan tengah kepala jarang itu menandakan kurang kesuburan rambut. Kalau wanita di bahagian tengah kepala sahaja.

PROSES RAWATAN



Selepas rambut di cuci untuk mematikan kuman atau bakteria pada rambut, kemudian kulit kepala akan dilukakan secara minor menggunakan jarum halus pada roda derma tersebut bagi merangsang dan meningkatkan sel darah baru ke folikel rambut. 

Generasi rambut dapat bertindak balas disebabkan difolikel menerima nutrien dari sel darah baru yang banyak. Jadi proses ini bergantung pada berapa banyak masalah berlaku. Contoh macam rambut pelanggan ni masalah rambut jarang tak banyak, jadi ambil darah separuh picagari sahaja. Kesan dia kulit akan kemerahan semasa rawatan. Sakit pon skala 1/5.


Rambut pelanggan mula jarang di bahagian tengah. Jika dibiarkan dalam jangka masa lama boleh menyebabkan botak atau orang panggil "pulau". Jadi roda derma hanya di "roll" di sekitar bahagian jarang dan dahi.

KELEBIHAN RAWATAN 

1. Tidak ada risiko apa-apa tindak balas alahan atau penolakan dari badan yang menjadikannya pilihan rawatan yang selamat.

2. Memberikan hasil yang berkesan dalam tempoh 1 - 3 bulan selepas rawatan.

3. Terapi PRP tidak memerlukan sebarang downtime atau pemulihan. Anda boleh pulang ke rumah dan kembali aktiviti harian seperti biasa. 

4. Merangsang pertumbuhan rambut dara yang sihat sekitar purata 3 helai rambut dalam 1 folikel.

5. Mengatasi masalah kebotakan, jarang-jarang dan masalah keguguran rambut dalam kalangan lelaki dan perempuan.

ANTIBACTERIAL SCALP LASER (RM39)


Mematikan kuman bakteria penyebab kelemumur, mengurangkan keguguran rambut dan meningkatkan peraliran darah ke folikel rambut. 

INFRARED SCALP TREATMENT (RM79)


Memanaskan urat-urat darah di kepala supaya folikel menerima nutrien yang cukup dan memberikan haba sesuai untuk pertumbuhan anak rambut.

MBH HAIR GROWTH VITAMIN WASH (RM79)


Disebabkan ena tengah mengandung, jadi tak sesuai melakukan rawatan di atas (Antibacterial Scalp Laser dan Infrared Scalp treatment). Cuma cuci rambut merangkumi daripada cucian rambut menggunakan shampoo, conditioner, tonic dan juga serum. 

Paling best tu ada urutan kepala sehingga ke bahu. Huiiiishh memang terlelap lah masa rawatan. Theraphy juga akan ajar cara yang betul menggunakan produk. Ena paling suka tonic tu selepas 3 hari rawatan kulit kepala takde rasa gatal-gatal.

CARA MENGATASI MASALAH RAMBUT

1. Pilih bahan produk berasaskan organik.
2. Jangan kerap basah rambut jika rambut jenis kering/normalHanya 2 hari sekali sahaja. 
3. Minum air masak secukupnya.
4. Membuat rawatan yang sesuai dengan dengan masalah rambut.
5. Makan makanan yang bernutrisi seperti protein.
6. Trim rambut.
7. Wajib pakai tonic untuk menguatkan akar rambut.
8. Jangan ikat rambut terlalu ketat.
9. Berhenti colour kan rambut & dan hair dryer. Biarkan rambut kering secara semulajadi.
10. Gunakan sikat bergigi jarang.

TIPS PEMILIHAN PRODUK YANG BETUL

1. Pilih shampoo yang jernih.
2. Pilih produk yang ada KKM.
3. Pilih shampoo yang sesuai. Jika ada masalah kelemumur yang ringan sahaja, digalakkan ambil shampoo jenis mild seperti damage. Jangan terus ambil yang untuk kelemumur.
4. Bebas Kimia seperti 
i) SLS - Menghasilkan buih dalam shampoo. Turut digunakan dalam produk pencuci enjin kereta.
ii) PARABEN - Pengawet dan bersifat menghakis. Biasa didapati dalam produk mandian & kosmetik.
iii) PEG - Sebatian Petroleum - Bersifat pemekat dan bahaya kepada kulit kerana terdapat bahan pencemar "Carsinogen".


VIP Customer juga turut serta dalam program ni. Banyak ilmu baru kami peroleh. Terima kasih Puan Yaya sudi sharing pelbagai informasi berkaitan penjagaan rambut yang betul.


Ena sangat recommend korang datang ke MBH Haircare sebab ada pengasingan bilik untuk lelaki dan perempuan semasa rawatan dilakukan. Jangan risau boleh je bawa anak. :)

MBH HAIRCARE MALAYSIA

CAWANGAN KAJANG | CAWANGAN JOHOR BAHRU

Menjelajah Mini Theme Park di CentralWalk i-City, Shah Alam

Cerita travelog tak habis lagi. Suami habiskan cuti pendek 13 hari jadi memang kami gunakan masa tu sebaik-baiknya untuk beli jiwa anak. Selepas trip ke kelantan, kami ke Pahang tapi untuk rehat satu malam dan esok pagi bergerak ke Selayang. Bila ada masa 1 hari di sana kami plan ke i-City. 

Adik ipar yang bawa ke bangunan sebelah. Kalau tak memang ena pon tak tahu.hehe. Naik je escalator ke tingkat 1 dan korang akan nampak.

Kami datang pada hari jumaat malam jam 9 lebih macam tu cuma bayar parking dalam RM6 sahaja. Takde masuk permainan melibatkan tiket. Budak-budak cuma suka tengok lampu dengan binatang. ibu dah pesan awal-awal nak tengok zoo berlampu tak?? So dia excited kat situ. Takdelah mengamuk nak main lain.

MINI THEME PARK @CentralWalk i-City

Ada pelbagai mini theme park seperti The Russian Doll, Poseidon Thematic Park, Harry Potter Park, Jurrasic World, Aladdin and the Magical Lamp, Madagascar dan banyak lagi sebenarnya.

Kalau minat Superhero seperti Ironman, Captain America, Spiderman dan Hulk boleh terjah Avengers Park yang terletak di belakang Red Carpet 2, berdekatan dengan LED Rose Garden.

LED ROSE GARDEN








JURASSIC WORLD
Kat sini ada sensor. Kalau korang dekat dengan pokok besar belakang tu akan bergerak semua binatang.hehe. Last-last budak ni takut tak nak pergi.hahaha







Terkejut diri depan ni tiba-tiba berbunyi kuat.hahaha. Manalah anak tak lari.



ALADDIN AND THE MAGICAL LAMP



MELMAN THE GIRAFFE AND FAMILY FROM MADAGASCAR






Haaa..nak senang cari bangunan CentralWalk i-City tu supaya tak sesat korang cari je tanglung banyak-banyak ni tak jauh daripada air pancut di i-City. Straight keluar seberang jalan dan naik escalator. Sebab suamiku sesat cari kami lepas parking kereta.hehehe.

Masuk banyak kali pon tetap tak puas.hehe. Dulu masa belajar kat CIAST Shah Alam memang rajinlah pergi dengan kawan. Tapi kali ni seronok dapat spend time dengan family sendiri. 

Next time boleh lah menginap di Homestay I-Soho i-City Shah Alam sebab apartment pon tak mahal tak sampai RM200. Lepastu terjah lah semua tempat menarik :

Trick Art Museum
Water World Park
Snow Walk
Red Carpet i-City
Space Mission
Rumah Hantu
City of Digital Lights
Itsy Bitsy (Fun World)
Central i-City Shopping Centre


Holiday Johor Part 5 | Tanjung Piai Resort dan Tambak Pontian


Disebabkan ena anak jati Johor dan berasal daripada Pontian, wajiblah meyimpan kenangan di kampung sendiri kan :) Even balik kampung pon belum tentu sempat nak explore semua sebab jenis kalau balik terperap dalam rumah.hahahah. 

Kalau korang jenis suka kan ketenangan dan nak melihat alam semulajadi, memang sesuailah untuk melawat ke Taman Negara Tanjung Piai dan Taman Negara Pulau Kukup. Cuma pastikan datang awal. Ena akan kongsikan tips masa. 

Sebelum tu, ena sharing entri tempat menarik di Johor :




PART 4 : IKEA TEBRAU

PHOTOSHOOT PRE WEDDING : KOTA ISKANDAR, NUSAJAYA

PHOTOSHOOT : DANGA BAY, JB


TANJUNG PIAI RESORT, SERKAT



Okey tempat ni tak ramai yang shoot pon sebab rata-rata suka pergi ke Pintu Utama masuk ke Taman Negara Tanjung Piai @ Tanjung Piai Johor National Park merupakan titik paling akhir benua Asia. 

Haaa di sini korang jangan keliru ada 2 pintu taw. Pintu utama tu masuk ada bayaran tiket tak sampai RM10 pon cuma masa tu ena terlambat masuk. Last masuk dalam jam 5.00 petang. Jadi nak lebih bagus datang jam 2.00 petang. Puas lah korang nak jelajah kawasan hutan paya bakau. Dalam weyhhh nak jalan. Sebabtu datang awal. Memang cantikkkk.


Ena share ni Pintu Kedua kena pergi ke resort. Nak tidur sana pon boleh memang banyak bilik @ chalet terapung. Feeling atas air. Nampak kan belakang ena ada banyak chalet? Tak sure berapa rate.

Macam ena just masuk ambil gambar ni masuk free. Jalan masuk je resort sampai ke hujung. Datang jam 6.00 petang memang cantikkkk.







Korang boleh nampak view keliling penuh dengan Kapal Dagang besar berlabuh.


Nampak macam dekat. Jauhhh ni. Suami sampai dulu, Ena memang ketar lutut nak lalu sebab bunyi papan usang je. Kebetulan air surut so berani sikit tu pon angin agak kuatlah rasa nak melayang.



Sampai jugak hujung. hehe.











Di sini lah pintu masuk nya... Tapi nak diingatkan jangan bawa sebarang plastik atau makanan, nanti semua monyet ni serang taw. Agak agresif kalau dia nampak. 


Dekat pintu masuk ni korang akan jumpa dulu restoran seafood. So boleh lah dinner sekali. Oh di sini juga ramai orang datang kursus atau event-event besar.

Ramai kawan yang kursus pm ena cakap jauh gilerr hujung.. Memanglahh dah nama pon penghujung benua Asia 😜😜😜

Pastikan korang "Disable line" telefon ya. Bukan off data tapi disable terus.

Lepas korang lalu je restoran tu masuk je sampai dalam ke resort. Tempat ena masuk tu memang ke dalam taw terpencil. Masuk je dengan berani sampai ke hujung.haha. Jangan risau staff situ tak marah pon..


ALONG COFFEE STATION, KUKUP BUAT PEMINAT WESTERN FOOD

Lepas kami jalan di Tanjung Piai Resort, mak pon ajak makan Chicken Chop kat Kukup. Ehhh ena pon baru tahu sebab area sini memang famous seafood je. Sebab mak kata murah dan sedap so kami cuba lah..

Mula tu macam tak nak makan sebab harga terlampau murah mesti tak sedap.huhu...Sebab ena pernah terkena makanan budget jugak tapi rasa memang paham-paham jela kan? Tapi ni memang sedap!!


Crispy Chicken Chop / RM4
Ice Lemon Tea / RM2

Pedas weyhh sos black pepper dia. Esoknya ena cirit birit. Tapi ena sorang jela sebab perut memang alah dengan black pepper. Yang lain memang ok je. So korang yang layan pedas dan nak jimat poket boleh lah datang ke sini. Macam-macam ada. Kedainya sebelum Pasaraya Chop Guan Seng. Tutup pada hari Khamis.

Tak jauh dari jeti Kukup pon ada Marrybrown ok ! Jangan risau bab makan. Kukup tu memang penuh dengan restoran seafood. So pilihan di tangan korang.


TAMBAK PONTIAN


Tambak Pontian ni tak sama dengan Sea Side Public Park taw. Tambak Pontian ni kena masuk ke Pusat Perdagangan Pontian. Nampak McDonald's Pontian dari traffic light then masuk sampai ke penghujung belakang Maybank. 






Haa sini berderet kedai makan. Tapi kami jaranglah makan situ sebab mahal. huhu.. Jujur nampak 😜

MB RENDANG AYAM ASLI @MARRYBROWN

Haaa ni syok sebab Marrybrown depan tambak je. So sempatlah merasa Nasi Ayam Rendang. Memang sedapppp....korang dah rasa belum??? 




Next trip ke mana?? Stay tuned....