ツ Teman Tapi Mesra

Menjelajah Mini Theme Park di CentralWalk i-City, Shah Alam

Cerita travelog tak habis lagi. Suami habiskan cuti pendek 13 hari jadi memang kami gunakan masa tu sebaik-baiknya untuk beli jiwa anak. Selepas trip ke kelantan, kami ke Pahang tapi untuk rehat satu malam dan esok pagi bergerak ke Selayang. Bila ada masa 1 hari di sana kami plan ke i-City. 

Adik ipar yang bawa ke bangunan sebelah. Kalau tak memang ena pon tak tahu.hehe. Naik je escalator ke tingkat 1 dan korang akan nampak.

Kami datang pada hari jumaat malam jam 9 lebih macam tu cuma bayar parking dalam RM6 sahaja. Takde masuk permainan melibatkan tiket. Budak-budak cuma suka tengok lampu dengan binatang. ibu dah pesan awal-awal nak tengok zoo berlampu tak?? So dia excited kat situ. Takdelah mengamuk nak main lain.

MINI THEME PARK @CentralWalk i-City

Ada pelbagai mini theme park seperti The Russian Doll, Poseidon Thematic Park, Harry Potter Park, Jurrasic World, Aladdin and the Magical Lamp, Madagascar dan banyak lagi sebenarnya.

Kalau minat Superhero seperti Ironman, Captain America, Spiderman dan Hulk boleh terjah Avengers Park yang terletak di belakang Red Carpet 2, berdekatan dengan LED Rose Garden.

LED ROSE GARDEN








JURASSIC WORLD
Kat sini ada sensor. Kalau korang dekat dengan pokok besar belakang tu akan bergerak semua binatang.hehe. Last-last budak ni takut tak nak pergi.hahaha







Terkejut diri depan ni tiba-tiba berbunyi kuat.hahaha. Manalah anak tak lari.



ALADDIN AND THE MAGICAL LAMP



MELMAN THE GIRAFFE AND FAMILY FROM MADAGASCAR






Haaa..nak senang cari bangunan CentralWalk i-City tu supaya tak sesat korang cari je tanglung banyak-banyak ni tak jauh daripada air pancut di i-City. Straight keluar seberang jalan dan naik escalator. Sebab suamiku sesat cari kami lepas parking kereta.hehehe.

Masuk banyak kali pon tetap tak puas.hehe. Dulu masa belajar kat CIAST Shah Alam memang rajinlah pergi dengan kawan. Tapi kali ni seronok dapat spend time dengan family sendiri. 

Next time boleh lah menginap di Homestay I-Soho i-City Shah Alam sebab apartment pon tak mahal tak sampai RM200. Lepastu terjah lah semua tempat menarik :

Trick Art Museum
Water World Park
Snow Walk
Red Carpet i-City
Space Mission
Rumah Hantu
City of Digital Lights
Itsy Bitsy (Fun World)
Central i-City Shopping Centre


19 Chantiq Manis:

Sherry Go Sharing said...

such a fun place to visit, we went before just my son and me when he was 8 yrs old. NOw he's 13yrs old hehe.. got to go visit this place soon.

Sherry Go Sharing said...

I follow your gfc too, my blog www.mymumbest.com

cc kak fas said...

i-City ni memang menarik waktu malam dan disukai anak2. Satu lokasi yang memang dinanti-nantikan bukan sahaja kanak2 bahkan dewasa pun seronok tempat ini untuk merakamkan foto memarik.

Rawlins GLAM said...

Rawlins tak sampai lagi kat sini. InsyaAllah akan pergi hujung tahun nie kot, nak bawa anak-anak saudara time depa cuti sekolah. Tapi mesti beribu-ribu manusia ada kat situ kelak kan.

Nina Mirza said...

Pernah datang sini. Memang cantik! Anak-anak laaa seronok tengok keindahan lampu warna warni waktu malam. Jenuh layan depa snap gambar. Nanti nak pegi lagi...

Azhafizah MN said...

seronoknya. i-city makin meriah dengan banyak lagi daya tarikan. last sampai sini entah tahun bila pun tak ingat

RAIHANAH AHMAD said...

anak2 saya selalu tidur awal, memang selalu tak dapat pegi kalau tempat tu buka waktu malam. cantik2 lah actually

I am Vee said...

That day pergi dengan anak, most of the time jaga anak. I don't think I saw so many beautiful scenario. Thanks for sharing! Will go again.

Wan Syahida Kahar said...

Memang banyak tarikan kat tempat ni. Saya pun baru pergi 3 minggu lepas. Selepas jalan2 shopping mall, boleh la pusing2 tengok hiasan lampu.

AhmadiKatu.com said...

menarik juga apa yang ada kat sana kan. selalu tgk kawan2 post gambar je...ken a mai juga ke sana suatu hari nanti. bolehlah release tension sat dengan anak2

Aerill Hassan said...

pernah beberapa kali ke central i city ni, tapi tak perasan pula mini theme park ni. nanti kalau pergi nak carilah. boleh bergambar. hha. thanks share ya :)

AyuArjuna BiGoshh said...

cantiknya kawasan ni pada waktu malam..kalau bawa anak-anak mesti dowang excited tengok lampu yang berwarna-warni yang menarik dan unik

nona sani said...

Dah lama tak ke i-City! Thanks info! Murah gak eh harga homestay tuh!

Tengkubutang said...

Bestnya.. inilah antara tempat yang TB teringin nak pi dari zaman sebelum kahwin lagi.. huhu.. tapi tak taulah bila termakbul nak mai sini.. teringin nak pi dengan family bawak anak-anak.. hehehe

Alia Farhan said...

Bestnya.. Xpernah sampai lagi I-City ni.. Cantik tgk lampu2 dia bila mlm2 kan.. Budak2 mesti suka

atiehilmi.com said...

hee~ yang siap landing dalam telo separuh tu comel okay.. em.. tapi kite tak sampai sini lagi.. nanti2 lah lepas musim hujan reda baru singgah bawa anak2..

Dunia Zumal said...

Wah, cantiknya suasana kat sana. Teringin nak pergi

Qisstiera said...

Menarik betullah. Dulu pergi tak banyak macam ni. Kena pergi lagi nampaknya. Cantik2 gambar tu. Kalau Qiss pun terkejut jugak kot kalau Dinosaur tu tiba2 gerak.. he he

Thirteen said...

CANTIKKKKKKKKK! Waktu dulu kita pergi tak siap lagi atas tu then time pergi, tak sempat ke atas. Lawanyaaaa! Since cuti ni nak pi sana lagi ambik gambar banyak2. Jeles ai!