ツ Teman Tapi Mesra

Port Makan Sedap Di Muar Pilihan Blogger

Assalamualaikum dan Hye :)

Sebelum tu ena nak bagitahu ena bukan lah anak jati Muar. Berasal dari Pontian dan suami dari KL tapi suami dah menetap dari 2011 (Suami bertugas di Muar) dan ena menetap dari 2014 sehingga sekarang (Lepas kahwin  ikut suami) . Jadi banyak tempat kami dah pergi. 

Ena selalu google tempat makan best dan terkenal tapi tak semuanya masuk tekak. Mungkin tak kena selera ena. So korang anggap lah mungkin selera masing berbeza-beza. Satu je ena nak cakap Muar ni Syurga Makanan. Macam-macam ada. Lagi-lagi seafood segar. Dikenali sebagai Bandar Pencen. 

Port ena sharing ni yang agak viral dan memang menjadi pilihan ramai. Harga juga berpatutan. Boleh tengok menu daripada sarapan, tengahari sehingga lah ke malam. Kalau saudara mara datang memang ni port wajib terjah.


LEMPENG PEKAK KAMBING SEMALAM

Wohooo.. Ni janganlah korang terkejut pulak. Maksud Lempeng Pekak tu lempeng kosong je, tapi sumpah weyyy makan kosong pon sedap sebab cukup rasa dan garing. Kuah Kari Kambing tu memang mantap. Pekat likat dan rasanya memang menjilat jari taw. Kalau nak datang pastikan awal pagi. Hahahaha. Sebab kalau korang datang lepas pukul 9 pagi takut sold out.

Dah masuk TV3 dalam program Borak Kopitiam.


Dari tepi jalan dah boleh nampak konsep kedai makan menggunakan kiosk seakan jentera lori askar melayu tak jauh dari Petronas Bakri.


Owner kedai, Tok Pin (Aripin Saat) ni kelakar taw. Dia suka layan pelanggan dan tak pekak.hahahah... Acuan lempeng ni memang panjang. Lepastu saiz sama je. Pelbagai menu ada taw. Tapi pastikan korang cuba menu utama ni. Marbelesss !!!


Kalau di ikutkan kata Tok Pin waktu operasi daripada 6.30 pagi sehingga 3.00 petang tapi normally habis dalam tengahari. Sebabtu korang kena datang awal taw. Macam kami biasa booking dulu so tinggal datang ambil je. Akan diusahakan untuk menambah lagi stok kambing.

Contact No : Tok Pin ( 018 - 3665108 )
lokasi : Bertempat di Bakri Batu 6 berhadapan Perkuburan Islam.

GM-08 KADIR MEE BANDUNG MUAR


Korang tengoklah rupa udang tu misai dia kemain panjang menjulur. hahaha. Memang segar dan manis. Tak kedekut. Kuah dia jangan cakap lah memang mantap :) Licin hirup sampai habis. 

Ena pernah try yang jenis letak Udang Galah tapi tak kena dengan selera. Ada juga yang letak sotong. Agak muak rasanya. Bagi ena disini memang terbaik. Ena dan suami makan Mee Bandung, Sumayyah makan nasi dan Sup total tak sampai RM20. 


Lokasi di Stesen Bus Muar, tepi Markas Polis Marin. Sambil makan boleh menikmati keindahan Sungai Muar. Tak pasti waktu operasi tapi masa ena makan ni dalam jam 10 pagi. Jangan risau petang pon masih di buka.

CENDOL KAMPUNG HULU MUAR


Sebelum korang nak makan cendol sedap ni, normally ena akan ajak mereka jalan di MUAR CULTURAL WALK dahulu di Jalan Meriam sebab 1 jalan sehala ke tempat cendol ni. Dah penat pusing-pusing bergambar baru lah kita hilangkan dahaga kan.


Paling mantap Cendol Durian lah..hehe. Ehh makan sorang tak habis lah. kena kongsi berdua.hehe. Agak kenyang sebenarnya sebab dah dicampur dengan buah-buahan. Tak perlu pergi jauh ke Melaka dan KL sebab cawangan mereka ada di Muar.


Lepas makan kita bergambar pula. Sederet je dengan tempat cendol ni.


Lokasi Jalan Sisi. Nak senang korang cari je bumbung sepanjang Uptown Muar.
Tempatnya tersorok dalam bangunan lama. Tak pon tanya je orang kat situ.

Lokasi : Jalan Sisi, Muar
Waktu Operasi : 11 pagi - 11 malam (Setiap hari)


Dah alang-alang korang kenyang makan cendol tu janganlah lupa singgah bergambar di #UmbrellaAlleyMuar pula. Selangkah lagi bangunan dari tempat cendol. Berdekatan Bangunan Majlis Perbandaran Muar dan OCBC Bank.


MUAR MANGO CORNER ICE BALL


Kalau orang tak berapa makan cendol, korang boleh pilih Ais Kepal. Ni contoh Ais Kepal Milo favourite suami :)


Ada pelbagai jenis menu air minuman disediakan.


Korang tak perlu tunggu western food malam. Nak makan tengahari pon ada di sini. Favourite ena Crispy Chicken Chop. Tak silap RM5.50 kot. Kalau nak Sizzling Chicken Chop ada letak telur dalam RM6 camtu. Ni memang sedap. Sos black pepper ni cukup rasa. Tak sempat snap sebab tak sabar nak makan .huhu.


Air favourite ena. Dragon Float ni memang laku keras.

Lokasi : Jalan Meriam, Belakang High School Zamri Abdullah
Waktu Operasi : 11.30 pagi - 6.00 petang

BURGER D'RAJE WESTERN & GRILL


Burger Bakar no.1 di Muar dan memasuki Program Borak Kopitiam TV3. Ena memang pelanggan tetap dari 2014. hehe lama kan. Memang port ni juga kami pergi. Menyediakan pelbagai jenis western food seperti burger, chicken chop, pasta dan Mee Bandung Muar.


Jangan risau menu nasi goreng dan nasi lemak pon ada. 




Set ni under RM20 untuk 1 set burger bakar + Air Sunquick + Kentang Goreng.
Ena suka daging nya memang tebal dan ter sangatlaaaaahhhh lembut.


Yang ni favourite ena hehe.. Memang setiap kali order mesti nak makan Nanchos Grill Chicken Chop dan Milk Shake Hazelnut. Standby budget RM20 untuk 1 kepala. Portion besar, tengoklah penuh pinggan siap kongsi lagi makan.

Lokasi : Pos 64, jalan Parit Raja Tengah, Kampung Parit Raja, Jalan Temenggong Ahmad, Muar.
Waktu Operasi : 6.00 petang - 12 malam (Selasa hingga Ahad)
Facebook : Burger D'Raje

MEDAN IKAN BAKAR SABAK AWOR


Kalau datang Muar, korang tak makan di Sabak Awor tersangatlah rugi. Seafood sini fresh dan murah. Kami makan dalam 5 - 6 orang tak sampai RM130.


Dinasihatkan datang seawal mungkin. Solat maghrib awal dan terus gerak ke sini. Kalau datang lebih dari pukul 8.30 malam jangan haraplah nak cepat dapat tempat makan. Full House !!!



So korang bayangkan lah kami nak duduk pon kena tunggu turn kat depan.hahah. Siapa cepat dia dapat. Kena minta owner kedai cop kan. Elakkan pada hari minggu dan public holiday. Sesak nak jalan. My favourite, gerai No.1 dan No.8. Gerai ni memang terkenal dan masakannya enak dan lebih murah.

Lokasi : Medan Ikan Bakar Sabak Awor, 84000 Muar.
10 minit daripada bandar Muar. Selepas laluan dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

Sebenarnya banyak lagi tempat makan best seperti asam pedas, Murtabak Singapore, Murtabak Cheese, Coconut Shake tapi ena akan sharing di entri lain ya. :) Selamat menjamu mata.

Tq Reading :)

30 Chantiq Manis:

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

dok telan ailio aje baca post Ena ni, huhu

CIK TOM said...

ena..semua menu sesedap dan favourite akak..nmpk gmbr smja sedap akak& harga bpatutan..akk memang suka lempeng, mee bandung, cendol, burger & seafood..cuma semenjak kawin jarang mkn seafood sebab suami xsuka..huhu...

Warisan Petani said...

Nampak sedap2 belaka

Sis Lin said...

Lama tak jenjalan Muar selepas arwah Abah meninggal, bertahun sudah lamanya..Nanti nak jugalah hunting food di Muar, nampak semua sedap-sedap...

Dilah said...

Ya Allah.. terliur tengok semua makanan yg ena share ni.. dah la fav.. huhu.. kena terjah la sesekali balik melaka nanti..

Mama aiman said...

Sedapnye tgok set burger tue..portion pn bnyak..boleh la ajak fmly makan kt sni..btw thanks sharing tmpat mkan best dekat muar. Mee bandung muar tue wajib try..

Muhammad Naim Abdullah said...

Tengok pada harga semua not bad pada masyarakat amnya. Dengan kawasan yang sesuai dan tempat yang besar memang sesuai di kunjungi. Terima kasih berkongsi tempat.

cc kak fas said...

Rasanya dah lama tak pergi Muar... orang2 Johor ni bab bagi nama pada makanan memang kreatif lah... menarik nama makanan tang dicipta seperti Lempeng Pekak tu haha.

Wan Syahida said...

Kelakar nama lempeng tu.. First time saya dengar ni. Saya pernah ke bandar Muar dan nak cari makanan sedap kat sana. Sudahnya saya jumpa Mee Bandung la. Memang menarik dan sedap. Thanks info ni! Senang nak cari makanan sedap area Muar..

RAIHANAH AHMAD said...

paling tertarik dengan lempeng tu. sedapnya, dahla cicah dengan kari kan. kalau dengan sambal hitam pun syok ni, bertambah2 lempeng tu nanti

Jiwa Sihat said...

dulu selalu juga pergi ke muar tapi atas urusan kerja. tak sempat nak singgah tempat-tempat makan best macam ni

mek yunie said...

bookmark ! mek nak ke johor november ni so memang memerlukan entry sebegini. terima kasih ye.

Nina Mirza said...

Fuhhh.... Terliur kita tau! Muar memang antara syurga makanan ysng sedap sedap. Biasa bila pi balik Singapore memang akan turun Muar nikmati all delicious food terutama sekali Mee Bandung Muar, mee rebus, sate dan kopi 434

Hanny Abdullh said...

Pernah dgr muar terkenal dgn makanan yg sedap2. Pernah singgah sb nk makan nasi bryani muar. Yang lain tak cuba lagi. Nanti bolehlah cuba kalau ke Muar

Faridah Daik said...

memang terliurlah tengok semua makanan yang Ena share tu,thank you tau share port makan yang best2 di Muar tu.nanti ada rezeki saya ke Muar bolehlah terjah ke tempat2 yang Ena suggest ni.

AyuArjuna BiGoshh said...

bestnyaaaa...kita dah lama giler tak turun muar..tak sangka banyak tempat menarik kat sini juga..dulu suka cari mee bandung muar..sekarang kat sini macam2 dah adooo huhuhu

MaisarahSidi said...

Banyak juga tempat makan sedap di Muar ye. Kalau datang ke sana nanti nak cuba jugalah makan di tempat-tempat tu. Lempeng pekak... unik je namanya hehe

mazharalti said...

Weehuuuu... semuanya best-best... adoiiii... cendol, gula kabong, lempeng pekak, burger... alamak, habislah diet gue... hehehehe... baru last month lalu sana masa otw from Melaka to Kota Tinggi... takpe, next round akan lajak ke sana lagi... terbayang-bayang dah ni gambar menu-menu tu... hadoiiii...

Zharif Azis said...

lempeng cicah kari tu sangat mengancam betul ya. dah lah itu menu breakfast feveret kita. okay nanti boleh singgah kalau datang area sana.

Azhafizah MN said...

Aduhhhh..teringin mee bandung muar tu. terasa rasa sedapnya

Nadia Johari said...

tengok pun dah terliur..sedap semuanya tempat makan yang you pergi..nanti kalau ke Johor bolehla singgah mana2 yang ada..lapar balik dah..hehee

Qisstiera said...

Kita pernah dua kali je sampai muar. Next time pi Muar nak refer sini lah tempat makan yang best. Tak payah Cari dah. Teringin sangat nak rasa lempeng pekak tu. Kuah kari dia mengancam.

Aerill Hassan said...

Banyak juga tmpat menarik and tmpat makan best dkt muar ni. Saya belum berkesempatan kee muar lagi. In shaa Allah lepas ni taulah nk ke mana bila ke sana.

Sunah Sakura said...

kenapa semalam? hahaha...kambing tu masak semalamnya ke...

budakbandunglaici said...

sedapnya mee bandung. tak sangka bandar muar banyak giler tempat makanan best dari local ke western. kalu ada rezeki ke muar boleh la rujuk entri ni cari tempat makan sedap-sedap

mrhanafi said...

gambar makanan semuanya menyelerakan

airah syahirah said...

sedapnya nampakkari kambing tu terliur kita. Nanti nak terjah la semua makanan nampak sedap

Farahain ZFA said...

uishhh..scrolll dari atas sampai bawah telan air liur woi. hahahhahaa. tertarik btul dengan lempeng tuuu

Marsya said...

test

Kisah Tatie said...

ok boleh dijadikan bahan rujukan ni. mmg kdg2 selalu turun muar utk makan-makan..