ツ Teman Tapi Mesra

Travelog Kelantan : 3 Hari 2 Malam


Pada 8.10.2019 kami sekeluarga pergi trip ke Kelantan untuk menghadiri Majlis Konvokesyen adik ipar di UiTM Machang, Kelantan yang berlangsung pada 10.10.2019. Ini merupakan kali pertama ena jejak kaki ke sana. Seronok juga even perasaan risau tu ada sebab tengah mengandung 5 bulan. Alhamdulilllah perjalananku dipermudahkan. Cuma sepanjang perjalan asyik nak terkucil perkara normal bagi preggy mom dan balik memang kaki bengkak lenguh habis satu badan. hehe.. 

Hari pertama kami bergerak dalam jam 9.30 pagi dari Simpang Renggam, Johor. Sampai Terengganu pon cuma rehat dalam 2 jam untuk makan dan solat. Jadi sampai ke Machang dalam jam 7.00 malam. So first day memang habis masa perjalanan.

Hari kedua kami pergi ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, Pasar Besar Siti Khadijah dan last ke Pantai Cahaya Bulan. Banyak tempat tak sempat singgah tapi bab makan memang enjoy.hehe. Apa ena nak makan dapatlah merasa kat sana.

PANTAI CAHAYA BULAN

Menemani adik ipar yang photoshoot Pre-convo Outdoor, so kami pon beraksi lah jugak.hehe. Bukan senang dapat kumpulkan 4 adik beradik sebab masing-masing kerja dan cuti tak pernah serentak. Macam suami ena kalau Hari Raya memang kena ikut turn sebab shift. So jangan tanya lah kenapa gambar ena time raya tak lengkap.huhu...






Semuutt nak lalu.hahahaha... Mood sumayyah tak baik lepas tengok kami berdua. Susah hai nak bergambar masa ni.





Panas terik jam 4 petang tapi ena suka sebab gambar cantik. 






Sepanjang kami duduk di Homestay memang bawa bekalan barang dapur. So kebanyakannya memasak lah.hehe. Tapi ena sempatlah melepaskan keinginan Nasi Kerabu dan macam-macam lagi tapi tak sempat snap sebab lapar dan nak cepat. 

ZON BEBAS CUKAI RANTAU PANJANG



Orang shopping baju, ena shopping kuali.haha. Ena memang peminat kuali dari sana. Menyesal tak beli lebih. Bagi ena agak susah lah nak runding harga sebab diorang tahu kita orang luar. Yang murah mainan budak-budak ni.

Kadang tengok harga kat Shopee lagi murah padehal barang sama. huhu. Sama juga bab makanan. Terkena jugak. Nasib banyak masak sendiri. Cuma sekali tu terkena harga tak masuk akal. Sebab ipar belajar sana banyak pengalaman pon dah pesan jadi kami ni berjaga-jaga lah jap lagi terkena jugak.


PASAR BESAR SITI KHADIJAH

Samalah jugak tak shopping kain. Hahahaha.. datang semata-mata nak cari Gula Nisan Kelantan. macam-macam nama ye disebut. Lepastu favourite Asam Jawa Masam Manis. Haha tak sempat jugak snap terus ngap dalam kereta. Kira pergi sana untuk lepaskan tekak nak makan jerr..










Hari ketiga meraikan Majlis Konvokesyen adik ipar. Habis majlis petang tu dalam 3.30 petang kami gerak ke Jengka Pahang melawat Mak Andak suami. Tak sempat nak Jalan ke Setiu Terengganu. Next Time !!! 

Sampai Pahang pekena Ikan Patin Masak Tempoyak. Pehhh hirup semangkuk tanpa nasi tu... keesokannya Sambal Hitam Mak Itam di Selayang pula. Baru 5 hari trip berat naik 2 kg. Penangan makan sedap jerrr tak diet. Preggy kali ni selera makan kuat memang seminggu boleh naik 2 kg. Penat dah nurse pesan ena control makan. Insaf tu sekejap je bila dah lapar. But enjoy this moment :) 

22 Chantiq Manis:

Dilah said...

time holiday memang susah nak control makan kan ena..

Sunah Sakura said...

takpe, lepas travel bole jaga balik makan...hihihi

mek yunie said...

awak datang negeri kita. welcome to Kelantan ! harap dapat memory yang baik sepanjang berada di sini. banyak lagi tuh tempat kena pergi bila datang sini.

Sis Lin said...

Samaa Sis, kalau panas suka amik gambar, gambar jadi cantikkk...

CIK TOM said...

seronoknya holiday trip jejalan n makan..hehe...rs kalau akk la lebih 2kg mau naik ni sbb jenis berat badan jenis cpt caik..haha

Shalimar Yusof said...

Wahhh...sambil hadiri konvo adik dapatlah jalan-jalan di kelantan yea.. semoga diberikan kesihatan selalu...

cc kak fas said...

Tahniah pada anak.. kak dah g Kelantan tapi baharu dua kali cuma blm sempat singgah Rantau Panjang dan Pantai Cahaya Bulan tu...

Aerill Hassan said...

Wah seronoknya travel. bestnya ada pre konvo. saya masa konvo degree ngn diploma tak sempat nak berpre convo sebab jauh sangat haha. suruh kawan amik jubah, lepas tu hari nak konvo baru amik jubah tu dkt kawan tu. :)

Hanny Abdullh said...

Lama betul sis tak ke Kelantan, sampai dah lupa jalan2 sana. Rasanya lebih sepuluh tahun kot sis tak pergi. Memang teringat dulu2 masa ke Kelantan mmg cari makanan je sebab makanan kat sana sedap n kena dgn tekak sis

RAIHANAH AHMAD said...

tahniah yang graduate tu, sememangnya kelantan terkenal dengan pantai2 yang cantik

Mimie said...

Last pergi kelantan masa sekolah rendah. Tak ingat pulak darjah berapa. Darjah empat ke lima. Lepas tu lama dah tak pergi sampai anak dah nak masuk empat orang. Lamakan. Mesti banyak berubah dan tempat menarik untuk dilawati

Julia Mahir said...

Pasar Siti Khadijah memang wajib singgah kalau pegi Kelantan. X lengkap rasa kalau tak singgah walaupun x la nak shopping banyak pun. Hehehe

Marina Bashah said...

Kalau pegi kelantan mesti wajib singgah rantau panjang kan

Muhammad Naim Abdullah said...

Kelantan memang ada tempat yang menarik. Semoga percutian bersama=sama keluarga dapat mengeratkan silatulrahim. hehe

linda sempoi said...

Selagi ada selera makan ja, tp kena hati2 jgk tau..

I am Vee said...

Tak pernah pi ke kelantan, pi sekali je tapi masa tu kecik lagi! Thanks for sharing nice photo about kelantan.

Huda Halid said...

masa preggy makan jer, nnt dah beranak baru pk nk diet..hehe

AyuArjuna BiGoshh said...

Alang2 memeriahkan majlis konvo adik. Pergi berjalan-jalan kat kelantan. Mesti seronokkan. Kelantan antara negara yg hebat dr segi makanan lokal

Cik Puan Ena said...

Tula masalahnye first air gula dah nk sangkut gdm. Minggu depan minum lg. Haha. Hope xsangkut sbb susah nk diet nasi

Nadia Johari said...

best dapat jalan-jalan negeri lain ni..kalau pergi bersebab macama da orang konvo ke, memnag akan pergi..hehe..sambil tu boleh jalan sana

mrhanafi said...

terimbau pulak kenangan saya ke Kelantan..

memang best

Sharon Lee said...

This place is so pretty, glad that you have fun during this trip! I miss some vacation too, need a break.