ツ Teman Tapi Mesra

Cara Pakai CC Cream Yang Ada SPF | Hansaegee Nature

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream sesuai untuk semua jenis warna kulit


Siapa yang macam ena jenis nak bersiap dengan cepat tapi dalam masa yang sama nak hasil yang terbaik ? Ena seorang yang sangat suka makeup tapi nak nampak natural + glowing. Yang paling penting kulit sentiasa kekal lembab sepanjang hari. Agak memilih produk skincare dan makeup sebab kulit sensitif selepas makeup seharian. 

So ena nak sharing antara salah satu produk yang ena suka guna iaitu Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream. Kebiasaannya kita akan jumpa pelbagai kod color seperti beige dan ivory tapi CC Cream ni tak perlu nak pening kepala fikir nak pilih kod sebab hanya 1 botol sesuai untuk semua jenis kulit !!

All in One Day Cream



Korang jangan terkejut sebab liquid color CC Cream ni "putih" tapi lepas je apply pada skin kita akan terus tukar kepada color mengikut tona kulit wajah. Ia takkan buatkan muka korang bercapuk putih melepak. Jadi tak perlu risau. Ia sangat jimat sebab 1 botol ni mengandungi isian 50ml dan tahan lama. Puas hati botol besar dan boleh pakai lama.



Harga pula RM128 tapi bagi ena ia sangat berbaloi sebab tak perlu pump banyak kali. Cukup 1 hingga 2 kali saja untuk sekali pakai. Dan yang paling best tu ia melembabkan sekali kulit dan ada perlindungan SPF 50+ PA +++.

Perlindungan SPF (Sun Protector Factor) adalah penting untuk melindungi kulit kita daripada sinaran UV (Ultraviolet). Antara kebaikkannya adalah kulit tidak mudah terbakar (sunburn), lambat kedut dan tidak kusam. So berani lagi ke keluar rumah tanpa perlindungan SPF????

Selain itu, Hansegee Nature Gold Nano CC Cream merupakan produk yang selamat digunakan kerana tiada kandungan merkuri yang boleh merosakkan kulit iaitu Paraben free, Sulfate Free dan Alcohol free. 



Part yang ena suka apabila nak buka penutup tu mudah tak perlu pusing banyak kali. Hanya pusing sekali dan penutup sudah boleh dibuka. Ketat dan kedap udara.


Tekstur krim tidak perlu nak pump banyak kali. Kalau buka penutup pon krim tak kan meleleh atau melimpah keluar. Kena picit kuat sedikit untuk pump. Pengeluaran krim mudah dikawal semasa dipicit mengikut keperluan pengguna. Jadi takde lah krim penuh didalam penutup kan. Kalau tidak membazir !


Tekstur kulit kembali natural selepas sapuan CC Cream


Korang boleh nampak result sebelum sapuan CC Cream kulit nampak kusam berbanding selepas sapuan CC Cream. Ia boleh menutup pori daripada ketara dan menutup cela. Kalau korang ada eyebag macam ena ni tak apply concealer pon takpe. 

Caranya mudah sekali sapuan pertama untuk seluruh wajah kemudian sapuan kedua letak sedikit di bahagian sekeliling mata dan juga bekas jerawat untuk cover cela.

Sebagai Makeup Base atau Makeup Primer




Ena paling suka pakai eyeshadow dan juga blusher. Kalau korang selalu makeup mesti tahu apa itu primer. Primer digunakan sebelum korang apply eyeshadow supaya nampak pigment atau lebih pekat dengan sekali sapuan. Tapi dengan CC Cream ni korang tak perlu buat kerja 2 kali taw. Bermaksud tak perlu apply primer + CC Cream. Hanya guna CC Cream sebab ia juga berfungsi sebagai primer.

Kulit lebih cerah dan glowing secara natural




Step 1 : Pump 1 hingga 2 kali CC Cream dan letakkan di seluruh muka. Contoh gambar di atas adalah saouan sebelah muka untuk menunjukkan perbezaan.


Step 2 : Hanya menggunakan tangan dan sapukan CC Cream secara perlahan sehingga rata. Untuk bahagian eyebag ataupun parut jerawat, boleh lah buat sapuan kedua untuk cover cela. Selepas itu boleh lah makeup seperti biasa.


Tadi ena ada sebut pasal eyebag kan. Jadi boleh nampak eyebag ena sebelum apply CC Cream. Step yang ena ajar tadi jika nak cover cela adalah lebih baik 2 kali sapuan untuk bahagian tertentu sahaja. Ibarat korang lepas apply CC Cream, kemudian korang apply pula concealer. So Tak perlu lah pakai CC CCream + Concealer lagi ! 

Kalau kaum wanita hantu makeup memang tahu lah apa itu primer, concealer, CC Cream. Haha. Betapa complicated nya perempuan kalau nak bersiap dengan makeup ni. Sebab tu ena sangat memerlukan produk All in One.


Kandungan utama di dalam CC Cream

1. Mineral Water

Mengekalkan keseimbangan PH kulit dan meningkatkan keanjalan kulit.

2. Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract

Melegakan masalah kulit dan juga bertindak sebagai Anti-bakteria.

3. Colloidal Gold

Melambatkan proses penuaan dan melindungi daripada radikal bebas.

4. Niacinamide

Mengandungi Vitamin B3, memperbaiki pori yang ketara dan tona kulit tidak sekata.


Hasilnya, ena sangat suka sebab ia tak melekit, bau yang natural dan hasil terus glowing. Tak nak apply bedak untuk finishing pon takpe sebab ia tak nampak bercapuk. So far muka ena tidak rasa kegatalan ataupun naik jerawat selepas digunakan. Kalau malas nak makeup pon just apply CC Cream dan lipstik dah ok still nampak natural look. Sure korang suka !



Kalau korang suka produk yang tak payah fikir kod color, boleh grab Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream terus melalui online.

Brand : hansaegee Nature

Website : www.hansaegee.com/shop
Facebook : www.facebook.com/HansaegeeNature
Instagram : hwww.instagram.com/hansaegeenature

TUTORIAL via #VLOGTINYNASWEET



Siapa suka makeup lebih cepat tapi dalam masa sama nampak glowing, pigmented dan natural?? . Ena nak sharing satu sun protection yang boleh cover skin kita daripada sunburn iaitu @hansaegeenature Gold Nano CC Cream 🥰 . Jangan terkejut tengok liquid CC Cream just putih sebab lepas je korang apply ke skin akan automatic berubah ikut skin tone pengguna 👌dan nampak natural. Takkan nampak bercapuk okey 🥰 . The best part tu makeup ena lebih pigmented 😱😱😱. Bila apply eyeshadow dan blusher tu terus je nampak pigmented taw sebab Gold Nano CC Cream dari @hansaegeenature ni boleh dijadikan makeup primer. So jimat masa dan wang kan??? . So kalau korang masih tercari2 produk apa yang boleh cover parut, makeup primer dan day cream protection base, boleh direct ⤵️⤵️ 🍁Brand : Hansaegee Nature 🍁Website: www.hansaegee.com/shop 🍁@hansaegeenature #hansaegeenature #hansaegee #goldnanocccream #vlogger #vlogtinynasweet #beautyblogger #productreview #bloggermalaysia #bloggerjohor #jdtblogger #cccream
A post shared by 👑 ℳiss President | BC ℳary Kay (@tinynasweet) on

Throwback Wedding Anniversary

Assalamualaikum & hye :)

Walaupun usia perkahwinan kami baru mencapai 6 tahun, tapi banyak kenangan pahit dan manis kami bersama. Ena berkahwin pada usia 25 tahun dan suami 27 tahun. Agak muda juga, jadi di awal perkahwinan mengambil masa untuk mencari keserasian dalam rumahtangga. Betul kata orang dulu-dulu dalam tempoh 5 tahun awal perkahwinan adalah tempoh yang sangat menguji pasangan.

Fasa 1 - 5 tahun : Perkahwinan di uji dengan kesempitan dan kekurangan harta.

Fasa 2 : Masuk 10 tahun perkahwinan, Allah mula buka 1001 pintu rezeki ke arah stabiliti.

Fasa 3 : Masuk 15 tahun perkahwinan, kehidupan lebih stabil dari segala sudut.

6 tahun juga lah suami PJJ, memang kewangan tu cukup-cukup je untuk kami tiga beranak. Alhamdulillah suami dah grad, anak pertama Dhia Sumayyah nak masuk PASTI 5 tahun 2020 dan anak kedua bakal lahir Februari 2020. Anak antara punca kami lebih menjadi seorang penyabar, mengawal emosi depan anak, kena tunjukkan positif diri supaya dia membesar dengan baik. Sekaligus buatkan kami jadi lebih matang. Kalau gaduh pon gaduh-gaduh manja kejap sebab ada anak ni aura dia lain. Dia lah tukang penghibur dan lembutkan hati kami.



Tak dapat digambarkan kesedihan pada masa ni lepas peluk mak dan mama masing-masing. Kebetulan sangat suratan kami ni, sama-sama tak dapat tengok ayah kandung sendiri di majlis kami. Kami juga merupakan anak sulung dalam keluarga. Sebab tu kami berharap anak-anak tak lalui nasib sama macam kami. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup kami.










Kalau di kawasan Johor, ena memang suka sangat photoshoot di Kota Iskandar, Nusajaya Johor. Bukan ena je tapi ramai juga pasangan pengantin yang photoshoot masa ni. 











Memang cantik kan bangunan di sini. Luas dan banyak view yang cantik.

Doakan semoga jodoh kami kekal till jannah dan punya ramai anak.hehe..

Thank You sudi singgah baca :)