ツ Teman Tapi Mesra

Throwback Wedding Anniversary

Assalamualaikum & hye :)

Walaupun usia perkahwinan kami baru mencapai 6 tahun, tapi banyak kenangan pahit dan manis kami bersama. Ena berkahwin pada usia 25 tahun dan suami 27 tahun. Agak muda juga, jadi di awal perkahwinan mengambil masa untuk mencari keserasian dalam rumahtangga. Betul kata orang dulu-dulu dalam tempoh 5 tahun awal perkahwinan adalah tempoh yang sangat menguji pasangan.

Fasa 1 - 5 tahun : Perkahwinan di uji dengan kesempitan dan kekurangan harta.

Fasa 2 : Masuk 10 tahun perkahwinan, Allah mula buka 1001 pintu rezeki ke arah stabiliti.

Fasa 3 : Masuk 15 tahun perkahwinan, kehidupan lebih stabil dari segala sudut.

6 tahun juga lah suami PJJ, memang kewangan tu cukup-cukup je untuk kami tiga beranak. Alhamdulillah suami dah grad, anak pertama Dhia Sumayyah nak masuk PASTI 5 tahun 2020 dan anak kedua bakal lahir Februari 2020. Anak antara punca kami lebih menjadi seorang penyabar, mengawal emosi depan anak, kena tunjukkan positif diri supaya dia membesar dengan baik. Sekaligus buatkan kami jadi lebih matang. Kalau gaduh pon gaduh-gaduh manja kejap sebab ada anak ni aura dia lain. Dia lah tukang penghibur dan lembutkan hati kami.



Tak dapat digambarkan kesedihan pada masa ni lepas peluk mak dan mama masing-masing. Kebetulan sangat suratan kami ni, sama-sama tak dapat tengok ayah kandung sendiri di majlis kami. Kami juga merupakan anak sulung dalam keluarga. Sebab tu kami berharap anak-anak tak lalui nasib sama macam kami. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup kami.










Kalau di kawasan Johor, ena memang suka sangat photoshoot di Kota Iskandar, Nusajaya Johor. Bukan ena je tapi ramai juga pasangan pengantin yang photoshoot masa ni. 











Memang cantik kan bangunan di sini. Luas dan banyak view yang cantik.

Doakan semoga jodoh kami kekal till jannah dan punya ramai anak.hehe..

Thank You sudi singgah baca :)

13 Chantiq Manis:

kisah si dairy said...

wow..cantik² semua gambarnya..Happy anniversary Ena

Zharif Azis said...

Wahhh sweetnya !! Semoga berkekalan hingga ke jannah ya. Doakan utk sy supaya jodoh sampai awal 🤣

adianiez AIDA said...

Moga berbahagia hingga ke jannah. Rumahtangga ni memang gitu la. Bermula memang perit. After 10 years pasti ok dgn kerjasama berdua, kan :)

Lya Imtiyaz said...

Selamat ulangtahun kawen ena . Moga kekal bahagia hingga ke syurga. Aamin aamin.

SalinaJohari said...

Alhamdulillah syukur . Moga kalian bahagia hingga ke jannah. Alam rumahtangga ni penuh dugaan dan cabaran. Tempuhi dengan sabar dan tabah ya sis.

Bro Framestone said...

Happy anniversary....

Lama x usha gambar kahwin sendiri.. Album pun dah berabuk hahahha

mek yunie said...

Alhamdulillah. Happy anniversarry. semoga ikatan perkahwinan tina sampai ke syurga. Setiap rumahtangga ada cabarannya tersendiri, semoga cabaran itu dapat dilalui dengan kebaikan.

AyuArjuna BiGoshh said...

Canteknya yang gambar photoshot. Semua menarik. Btw happy anniversary adekk

Fadzil Ahmad said...

Moga jodoh anda terus kekal ke jannah. First 5 tahun mmg sgt mencabar. Doakan kami berjaya harungi first stage ni

Mahamahu said...

Alhamdulillah moga terus kekal bahagian sehingga Jannah dan juga terus menjadi keluarga yang Mawardah Warahmah.. Serta zuriat yang baik kepada ibubapa dan berjasa pada agama dan negara....

Aerill Hassan said...

Alhamdulillah, semoga perkahwinan yang dibina terjaga dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

yaya_flanella said...

Happy anniversary! Rindu juga bila tengok gambar kahwin sendiri hehe. Semoga kekal bahagia sehingga ke jannah! Cantik sangat gambar photo shoot wedding :)

Wak Lat said...

tahniahnyer.. :p