ツ Teman Tapi Mesra

Muar Cultural Walk Tarikan baru Street Art

Assalamualaikum & Hye Reader :)


Semalam ena berkesempatan pergi ke 3 tempat di bandar Muar iaitu ;

1. Muar Cultural Walk ( Street Art )
2. Laman Maharani Bandar Diraja ( Sejarah penubuhan Muar )
3. PPT Muar Hotel ( Transformer )


1.  Muar Cultural Walk, Jalan Meriam.

Street Art ni baru saje dibuka pada 25 Mei 2018 tapi ena baru first time pergi walaupon jarak dari rumah cuma 10 minit. Hahaha.. Memang kami ni jarang keluar sebab masing2 banyak settlekan projek. Ena baru siapkan projek 9000words jadi ni lah masa yang sesuai nak pusing2 Muar. Haha..  Pecah otak.

Kalau nak jalan2 di sini biarlah waktu redup dalam pukul 5.00 petang, kalau tak? memang berpeluh la weyyy kepanasan takde bumbung.

Terdapat banyak lukisan yang cantik. Tu pon banyak ena tak dapat ambil sebab diorang parking kereta kat tepi! so, menghalanglah niat nak snap semua. 


Ibu dia je happy lebih.haha.. masa ni sumayyah lepas jatuh tu dia moody kejap.


Beli tiket nak tengok wayang! rare kan?


Baru habis tengok wayang... chewahhhh!!!


Sumayyah blur nak buat LOVE. Hahaha



Semangat sumayyah bergayut tuuu..




















Sumayyah order cendol satu !!




2.  Laman Maharani Bandar Diraja.

Laman Maharani tak jauh dari Cutural Walk. 5 minit je. Kami memang naik motor sebab malas nak ngadap jem. Betul2 tepi Sungai Muar Sebelum masuk ke Jambatan pertama Muar dan daerah ini merupakan antara bandar tertua di Johor.


Sejarah tertubuhnya Bandar Maharani Bandar Muar.




Jambatan Pertama Muar




3.  PPT Muar Hotel, Jalan Bakri.

PPT hotel ni kami saje singgah untuk tengok transformer. Hehe.. Display kat luar je so boleh la amek gambar. Tapi uolls kalau nak menginap sini pon boleh sebab berkonsepkan kontena. Sila klik PPT Muar & Container Hotel.


Sumayyah takut nak dekat memang besar lukisan ni.



Masa ni memang terkejut rupanya ada sensor. Bila datang dekat akan bergerak kepala robot. Hahahaha..


Ok la itu je setakat ni. tunggu next entry tarikan best di Muar. Tq reading :)

25 Chantiq Manis:

Warisan Petani said...

Cantik, menarik, tertarik (lukisannya)

Normi Nieza said...

best tgk street art ni..cantik..:)

Kayathre Kay said...

Wah...nampak best muar ini. I always heard about muar but never know got these kind of nice places there. I need to plan a visit there soon and click awesome pictures like yours.

Rawlins GLAM said...

Macam nak pergi je. Dah semacam kat Melaka dah kan. Dan yang pasti, kalau ke sana, Rawlins nak bergambar dengan Transformers tu! Menarik sebab ada sensor kan.

Hasif Hamsyari said...

Eh nice sangat ni! Banyak pula tu dia punya mural arts. Lama tak pergi ke Muar mesti banyak dah berubah sekarang ni. Bolehlah plan ajak member pergi sekali. Bukan apa, setiap kali travel kenalah bawak member untuk tangkapkan gambar juga kan. Haha.

Afizah Abd Rahman said...

Menarik sangat tempat-tempat ni. Especially Muar Cultural Walk (Street Art) tu. Lukisannya cantik-cantik. Kalau ada rezeki ke Johor boleh lah singgah sini. Thanks for the info.

Lily S. said...

wahh.. Muar pun ade mcm ni?? x sangka pulak.. thanks for sharing.. maybe bleh try explore sini plak instead always go to penang/ipoh.. hehe

Airah Syahirah said...

whoa airah kena pergi jalan-jalan muar pulak la lepasni. tapi muar agak jauh dari jb kena plan elok2 kalau nak jalan2 sana kan.

Wai Yee aka Rane said...

oh long time havent been to Muar. It seems to changed quite a lot. I like the mural arts its good for pictures. need to plan a trip there soon with the fam

Sunah Sakura said...

kita dari tadi duk peratiiii aje baju awak...comelll ngattt sama pesen dengan sumayyah....jatuh hati kat baju tu..hahahaha

Amanda Suria said...

Eh dulu takde..nampak...lamanya akak x pergi Muar padahal ada je rumah adik kat situ..eh kenapergi la bleh explore kat sini..cantik2 lukisan Mural tu ha..nak pi yang kat Bukit Bintang sure ramai giler..

Maha Mahu said...

Banyak tempat kat seluruh Malaysia ada konsep mural ni dah menjadi trend lak hehehe tapi bagus kerana ini dapat menceriakan dan mencantikkan bandar... Kita pun selalu pergi lepas ni boleh abadikan gambar menarik kat mural-mural ni...

Ezna Ahmad Khalili said...

Muar pun dah ada street art eh. Selalu kalau datang Muar nak pi makan mee bandung tu je. Kalau teringin memang lajak ke Muar dari Kajang ni haa....hehe....Cantik la lukisan tu. Kreatif sungguh yang meukis tu.

JMR said...

owh kat Muat pun ada macam macam juga ye. Pergi ke Muar sekali je. Tu pun 20 thn lps kot

Mohamad Faris said...

Wah makin banyak dah street art macam ni. Cantik-cantik lukisannya. Teringin nak pergi sini. Mesti cantik kalau ambik gambar.hehehe

Nadia Johari said...

Sekarang kebanyakan tempat ada buat mural macam ni kan..senang takayh pergi jauh-jauh..tapi kalau melancong ke muar tak salah pergi..sebab mural berbeza-beza..hehee..dekat kl pun ada..

Auni Sofea said...

Cantik mural kat dinding..yang robot tu, kalau Auni jumpa masa kecik2 dulu memang menangis takut sebab boleh gerak2 pulak :D

MURNI NURUL AIN said...

Cantik n uniknya lukisan mural kat Muar nie. X perasan la pula.. Ari tu turun bandar Muar cari mee bandung je.. Hehehe.. Nanti next trip nak terokai n explore betul2..

Hanny Abdullah said...

Cantik dah muar skrg ya..lama dah tak ke sana, mcm2 perubahan dah. Kalau sis gi sure posing sana sini lah nanti..bolh letak dlm instagram..:)

Innanie Ariffin said...

Kita yang orang Johor pun blm sampai sini lagi. Bagus jugak ada laman-laman and mural macam ni. bila cuti sekolah boleh bawak kids datang and jadi tarikan untuk bergambar. sekarang kan musim sosial media.

Kak Fas said...

Wah! Tempat ini nampak memang sesuai untuk bawa keluarga bercuti... tak pernah tau lak ada waterpark mcm nj kat Melaka.. ya lah jarang g Melaka pun klu tak ada hal... apa pun tk atas info dan will check it out n bgtau anak2...

Kak Fas said...

Menarik tempat ni ... sesuai untuk sekeluarga bercuti. Belum pernah sampai sini tapi bila ke Selatan bole lah singgah tengok.

Hernee Nazir said...

lama tak ke Muo..last time raya.. nenek akak asal Muo.. Jln Khalidi.. pakcik pun stay sana..jadi memang raya konfem la beraya Muo..

Nadratul Syazwana said...

Bestnyaaa! Muar pun dah ada street art ye? Dah lama rasanya tak berjalan-jalan ke street art ni. Btw, Transformers tu memang tarikan bagus. Tak pernah lagi pergi tempat Tramsformers. Siap ada sensor lagi tu.

Suzlin Azreena Nordin said...

cantiknya! nanti Mak nak bawa anak-anak ke Muar lah. ada suggestion tempat makan sedap tak?