ツ Teman Tapi Mesra

Kiddomo Discovery Johor Bahru by Kiddomo Children's Innovation Centre

Kiddomo Discovery JB - Discover the Power of your Imagination



Baru-baru ini ena bersama keluarga berkesempatan untuk hadir ke Soft Opening Kiddomo Discovery di R&F Mall, Tanjung Puteri Johor Bahru dan ini merupakan cawangan kedua selepas Kiddomo Universe di Starling Mall, Petaling Jaya. Wahh tak perlu pergi jauh-jauh sebab di Johor dah ada playland baru.


Kenapa parents kena bawa anak-anak ke Kiddomo Discovery?

BEST CHILDREN'S EDUCATIONAL PLAYLAND 2017/2018


Ena curious mula-mula sebab nak tahu apa yang best sangat dekat playland ni. Woohoooo memang best, teruja, happy semua ada. Bayangkanlah ena datang pukul 10pagi. Pukul 3.30 petang baru balik. hahahah.. So ena cadangkan free kan satu hari tu khas untuk ke sini sahaja sebab banyak aktiviti taw. Anak siap tak nak balik lah. Kalau anak korang letih ada tempat khas untuk berehat.

HARGA TIKET DISINI





Ena bawa anak buah sekali baru lah best sumayyah ada kawan nak main. Anak bawah 2 tahun masuk free sahaja. Ada tempat khas untuk baby jugak.




Selepas pembelian tiket, pastikan seluruh family memakai stokin. kemudian akan dibekalkan dengan "Smartband". Pastikan ikatan kemas sebab kalau hilang korang tak boleh nak scan dekat station untuk start game. Semua permainan perlu scan "Smartband" ni. Kalau hilang boleh pergi ke kaunter semula dan ganti baru. Tiada cas tambahan.



Kasut boleh simpan di tempat locker khas. Di sini juga ada cafe, so tak perlu risau kalau anak kelaparan.

Ada berapa station di Kiddomo Discovery Playland???

1. Kiddomo Heroes Station
2. Discovery Station
3. Collection Station
4. Fitness Station
5. Power Ride Station
6. Performing Station
7. Magic Station
8. Creative Station
9. Kiddomo Cafe
10. Baby Gym (Under 3 years)
11. Pampering Zone


First step korang kena snap picture di Heroes Station supaya bila korang main game tu akan keluar lah muka kita. Sebabtu "Smartband" tu kena jaga.




Boleh design kartun ikut kesukaan anak. Nanti dia main game tu ibarat identiti anak-anak lah.



Sumayyah tak habis-habis nak main kat tv besar. Syok play game kartun dia.


Port paling ena suka.hahaha.. Ibu dia teruja lebih. Kalau di Kidoomo Universe,PJ station ni kena cari telur Dino kan, tapi di Kiddomo Discovery, JB berbeza.


Collection station ni kena berhati-hati sebab anak buah ena hilang "Smartband" huhu. Ball pit banyak kan. Susah nak cari kalau dah tercicir. Elakkan pakai barang kemas atau aksesori. Lepastu alert tengok anak. Sumayyah suka menyelam tahu-tahu dah hilang je. Sabar jela.


Haaa...berbeza kan.. Ada jaring anak boleh swing. Macam sumayyah baru 4 tahun, so ena tak cadangkan dia main atas tu. Risau nangis tak jumpa lubang keluar jerr..




Setiap permainan dipaparkan nama dan muka. Anak memang teruja lah main real muka sendiri.



Honestly ibu penat weyhhh dari anak. hahaha.. Dah lah main bulan puasa.


Love this Magic Station. Selepas mewarnakan lukisan, korang boleh tengok 3D taw. Then print, lipat dan tengok hasil pelbagai jenis kenderaan. 



Boleh tengok video hasil 3D ini.


Yang paling best tu ada workshop. Ni pon free dah termasuk all of tickets. So jangan risau takde cas tambahan. Seronok menguji minda anak untuk lihat kreativiti menghasilkan "slime". Ia membantu ena jugak supaya dapat terapkan dia sekolah nanti. Sumayyah ni awal-awal cakap taknak sekolah.hahaha. Tapi bila bawa kesini ena cakaplah nanti sekolah macam ni best, ramai kawan banyak mainan, terus dia teruja.





Taraaa.. hasil daripada air biasa sehingga menjadi "slime". Boleh bawa balik sambung main kat rumah. workshop ni kalau tak sempat join sesi pagi, jangan risau akan repeat lagi. So standby je dengar announcement.


Pelbagai permaianan seperti puzzle, lego, wooden puzzle, toys dan buku bacaan. Dapat develop kecergasan otak anak. Sure tak bosan taw bawa anak ke sini. Tu yang anak tak nak balik.hahahaha..



Bila anak keletihan, mengantok boleh bawa ke Pampering Zone kerana disini ada tempat khas untuk berehat. Selesa beb ada tv tayang cerita kartun, bantal, lazy chair. Dan boleh cas bateri phone kalau terdesak kan. Banyak plug disediakan.








So standby bawa plug dan USB cable. 2 2 boleh guna. Next time kalau datang better awal buka kaunter jam 10 pagi. Anak tengah fresh biar dia puas main sampai ke petang pon takpe sebab tutup jam 10 malam. Ohh ye.. tandas di luar tapi boleh masuk balik just inform counter nak keluar kejap. 

For me memang selesa dan bersih. Kepuasan untuk anak bermain dan belajar dengan lebih inovatif. Jangan lupa kalau datang ke JB, singgah ke Kiddomo Discovery JB!


20 Chantiq Manis:

ray said...

ray ingt kimono tadi. kiddomo rupenye.

Irene said...

It looks fun! Great video you have there too. Have a great weekend with your family :)

Anum said...

wow terbaik

Rawlins GLAM said...

Kalau Rawlins bawa anak-anak saudara ke sini, memang mereka takkan nak keluar.
Dan maybe Rawlins pun tak nak keluar kot sebab banyak permainan yang best ka situ.

Muhammad Naim Abdullah said...

Tempat yang cantik dan menarik. Ia dapat menarik minat pada kanak-kanak. Suasana nampak mendamaikan

Farah Waheda Wahid said...

ini kalau iyash masuk sini ni...confirm tak nak keluar ni

Mohd Zarin said...

Betullah, tempat ni memang nampak best. Bukan anak-anak je yang enjoy nampak gayanya... si ibu pun turut enjoy. Saya suka konsep macam ni sebab disamping bermain dengan anak-anak dapat pulak mengajar mereka dengan aktiviti-aktiviti interatif macam ni

Lily Shah said...

i love Kidommo! brought anak here here before.. tapi kene tunggu dia besar sikit baru betul2 enjoy the whole place! hehe

Cik Puan Ena said...

Yang sebut kodommo pon ada 😆

Mahamahu said...

Kiddomo dah ada kat JB ni hehehe bestnya cuti sekolah ni boleh lah bawa anak-anak berseronok kat sana sambil ibu bapa juga belajar banyak perkara kat sana juga lebih mengenali perangai anak anda....

Chuen said...

Looks like a really nice place for kids to play and learn at the same time! I passed by the one in Starling Mall twice and there was a lot of families there...seems like a really popular place :)

Hanny Abdullh said...

Syiok je tengok anak-anak gembira bermain kat sana ya. Sis tak ada dah anak kecik, tapi boleh le pinjam anak buah, tapi takut gak le..takut depa nangis pulak nanti tak nak balik.haru dibuatnya..hehehe

Huda Halid said...

rugi yer tak dapat join time event opening, ada aktiviti buat slime.anak2 huda suka

iffah208 said...

Wah siap nak berramah mesra dengan dato fazley, seronok kanak-kanak main dekat Kiddomo tu yea , terima kasih diatas perkongsian!

AyuArjuna BiGoshh said...

pernah pergi kidsomo cawangan kl memang best. suka dengan permainan interaktif dia yang laind aripada lain...wahh dapat jumpa dr fazley..pengalaman bermakna ni eheh

Eiza GreenAppleKu said...

Tempat ni kalau bawa masuk anak eiza, Hud...haa..konfem x nak baliklah dia. Ada pelbagai aktiviti yang best-best. Terima kasih sebab share tempat best macam ni.

Nina Mirza said...

Belum pernah pi Kiddomo ni. Rupanya dah ada kat JB. Nampak sangat menarik! Best ni bawak anak² ke sini, sure depa tak mo keluar , silap² mak nya pun sama! HAhaa...

Julia Mahir said...

Bestnya la tempat ni. jeles betul. kenapa la dia tak bukak branch kat Penang. alau tak mesti dah jd tepat fave baru bawak budak2 ni.

Zharif Azis said...

wahhhh bestnya tempat nie. mesti kanak2 suka kalau dibawa bermain di sini. macam2 dorang boleh main dan buat. pasti menjadi pilihan nombor satu kanak2 malaysia untuk bermain. nak singgah jugak nanti

AlongMurni said...

Woww!! Ada 11 station.. Mmg puas anak2 main.. AM mmg suka bawa anak2 AM join aktiviti seperti ini.. Bagus utk rangsangan minda n fizikal