ツ Teman Tapi Mesra

Majlis Konvokesyen ke-63 Univesiti Teknologi Malaysia UTM

Disini ena kongsikan kos belajar UTM sebagai rujukan :)

1. CABARAN SEPANJANG PJJ
2. JUMLAH KOS PERBELANJAAN SEMESTER
3. RANKING UNIVERSITI

Tak boleh digambarkan perasaan bila suami dah habis PJJ (Pendidikan Jarak Jauh). Ramai yang pasangan berkahwin melalui situasi macam ni. Jadi satu pengalaman besar sebab menguji fizikal dan mental pasangan jugak. 

Suami start PJJ UTMSPACE dari tahun 2012 masa tu kami baru bertunang sehingga 2019. Kenapa lama sangat??  Sebab suami asalnya Diploma dari institut kemahiran ADTEC, jadi tak boleh banyak transfer credit. Sama jugak bagi lepasan STPM. Kalau korang asalnya daripada UTM lebih senang dan cepat habis belajar. 

Totally duit spend bernilai RM31,700 bergantung kepada courses di ambil. Ni belum termasuk kos pengangkutan sendiri, penginapan bila kelas 2 hari dan jugak makan. Satu kos yang agak besar. Masa awal belajar memang guna KWSP. Mudah je sebab proses hanya 2 minggu dikreditkan ke akaun. So korang kalau rasa-rasa nak PJJ cek dulu akaun KWSP, better nak selamat ada dalam RM20K - RM30K.



Tahniah suami ku dapat menggenggam Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian dan Keselamatan Komputer) pada majlis Konvokesyen UTM yang ke 63.




Kandungan 24 minggu tapi tak tahu gender apa. Baby nak surprise kot.hehe. Muka takde seri langsung, Suami yang cakap.hahahhaha




Masa ni mood anak dah spoil. hahahaha. Satu gambar bersama memang takde langsung. Lepastu tak boleh tengok ayah peluk or pegang tangan ibu dia, memang sentap. Pembawakan kali ni memang dia nak manja je.



CABARAN SEPANJANG PJJ


1. Firstly memang kos kewangan lah ! Setahun ada 3 semester. Purata setiap semester kena standby RM2K. Dulu agak strict taw. Kalau tak settle payment belajar, tak boleh teruskan exam penutup sem. Tapi sekarang ada kelonggaran, boleh ambil exam dulu tapi tak boleh masuk semester baru jika tak settle payment.

2. Kekangan masa ! Kena kira faktor masa kerja, bersama keluarga dan jarak perjalanan. UTM ni memang strict. Pernah sekali suami tak boleh datang dan masa tu ada kuiz disebabkan suami kena kerja, jadinya suami terus failed satu semester. Bayangkan nak repeat 1 subjek je RM800. Masa ulang subjek lagi 6 bulan. Kalau komitmen dan fokus tak kuat, janganlah ada angan nak belajar UTM. Tak semua lecturer boleh layan rayuan kita. Sebabtu ramai yang badan beruniform ni pilih option universiti lain. hahahaa.. sebab UTM memang agak strict. 

Sekarang memang ena ambil upah assignment kakitangan kerajaan sebab masa nak buat homework tu tak banyak. Suami je tak pernah upah ena.hahaha... Syoklah jugak dapat income dan dalam masa sama dapat belajar subjek mereka. Tepu jugak otak ni, Tapi bayaran best lah.hehe. 

3. Fizikal dan mental pasangan. Bab ni kedua belah pihak kena kuat. Kalau takde pengurusan yang betul boleh timbulkan stress dan pergaduhan. Dari sini lah ena banyak berdikari sendiri bila suami takde pada hari minggu. Sampai ke tahap orang ingat ena ni ibu tunggal sebab biasa nampak berdua dengan anak je. Bab urusan rumah seperti pembayaran bil dan beli barang dapur memang ena uruskan sendiri. Tak pandai pon kena pandaikan jugak ! 

Zaman sekarang perempuan memang kena belajar buat sendiri. Positifnya kita jugak yang mudah nak kemana-mana bila emergency kes. Nak pulak suami under PDRM. Ingat boleh suka-suka ke keluar atau bercuti? kalau kena cuti beku sebulan, alamat ada majlis keluarga memang ena travel sendiri. Memang dah biasa travel dengan anak dalam 4jam. Boleh ikuti tips di SINI >>>https://tinynasweet.blogspot.com/2019/01/8-tips-perjalanan-jauh-dengan-anak.html

4. Komitmen dan Pengorbanan. Bab ni agak memberi perasaan sensitif pada ena. Yelah sepanjang kami kahwin, takde masa nak bercuti jauh atau long trip. Kos banyak habis pada belajar, jadi saving travel tu agak susah nak ada. Plus kalau ena bercuti pon ikut family berdua je. takde bonding time bertiga. Ehh sedih taw.. Tapi hati kena kuat dan tabah sebab fikir long term kejayaan tu bila dapat genggam Ijazah. Suami bercita-cita nak pangkat Inspektor, jadi isteri kena faham jugak pengorbanan suami penat berulang-alik dari Muar ke JB setiap minggu. 

Senang cerita duit habis kat belajar dengan kos setiap minggu lagi. Memang sakit tapi kami tak pernah merungut kalau bab makan tak mewah seperti orang lain. Nak pergi bercuti pon fikir banyak kali lah. Memang nangis wehhh bila suami konvo tu tapi sorok je airmata depan dia. Banyak perkara ena belajar terutama kesabaran seorang isteri bila suami takde disisi. Anak lah sumber kekuatan dan tempat berhibur. 

Even suami habis belajar tapi rutin sama setiap 2 tahun memang time raya lah.hehe.. Gambar kami tak complete di pagi raya. Bila terbiasa pagi raya takde suami disisi takde plak keluar airmata nak menangis.hahahaha.. Hati kena kuat !!!!
PERBELANJAAN SETIAP SEMESTER




Maaf lah nampak buruk ena buat.hahaha.. Guna excel je nak trace payment. 

1. Ni anggaran tahunan 5 tahun tapi suami habis lambat dari jangkaan sebab ada satu subjek tu tak open kat JB pada ketika itu sampai suami terpaksa belajar kat cawangan KL. Yelah kalau still nak tunggu memang lambatlah habis belajar.

2. Tempoh dibenarkan untuk sesi pembelajaran adalah 10 tahun maksimum.

3. Baki tertunggak tu menunjukkan minimum boleh tinggalkan berapa baki untuk forward ke depan. Sekarang sistem dah berubah boleh minimum baki RM350 jika nak lepas masuk ke semester baru.

TAHNIAH KEPADA SEMUA GRADUASI UTM



INSTAGRAMMABLE SPOTS







Banyak lagi tempat menarik yang ada. Ena tengok diorang photoshoot lagi cantik-cantik boleh tengok di instagram tapi tak sempat nak explore semua. So jom layan video konvokesyen suami. Adik ipar yang edit. Thank you kepada semua yang telah memberi ucapan. Semoga cita-cita suami tercapai untuk pangkat seterusnya. Aamin.


RANKING UTM


UNIVERSITY RANKINGS 🎓💯 . ▶ 2019/2020 US News Best Global Universities 💡Top 2 universities in Malaysia and Top 40 in the world for "Engineering" . ▶ 2019 QS World University Rankings 2019 💡Top 10 in South East Asia . ▶ 2019/2020 Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 💡Ranked #217 in the world 💡Ranked #17 in the “Top 50 Under 50” 💡Ranked 47 in Asia 💡Asia Top 10 Young Universities 💡Ranked 5 Stars Overall Rating for QS Star Rating . ▶▶ UTM ranked 101-200 in the overall 2019 THE University Impact Rankings ❇ The Top THREE Sustainable Development Groups (SDGs) 💡SDG 4 : #72 Quality Education 💡SDG 9 : #71 Industry Innovation and Infrastructure 💡SDG 12 : #81 Responsible Consumption and Production @utmofficial #utm #utmskudai #utmjohor #utmjb #utmspace #universitimalaysia #education #upu #mahasiswautm #rankinguniversities #topuniversity #top10university #convocation #convocation2019 #convocationday #photoshoot #universityphotoshoot #iphone #jdtblogger #vlogger #lifestyleblogger #convo #vlogtinynasweet
A post shared by 👑 ℳiss President | BC ℳary Kay (@tinynasweet) on

14 Chantiq Manis:

Illya LeYa said...

Tahniah diucapkan buat suami yg dah berjaya menggenggam segulung ijazah. Dulu LeYa baru-baru kahwin pun merasai detik Ena ni.. Otomen buat pjj. Memang tipu kalau cakap xde masalah kewangan kan. Dan LeYa pun ada ambil buat assignment kawan-kawan die.. Hehe .tak sangka sama cara kita buat

cc kak fas said...

TAHNIAH! Tak rugilah masa dan wang yang dibayar untuk mendapatkan ijazah...moga beroleh pekerjaan yang sesuai dengan pembelajaran.

sis gee said...

tahniah husband awak! pasti konvo lagi bermakna bila ada family sendiri. rindunya zaman konvo!haha

Nhazla Fikri said...

Tahniah buat suami puan. Pengorbanan selama ini akhirnya dibalas dengan kejayaan. Saya pernah merasai belajar pjj ni. Allah je tau. Dengan keluarga lagi. Amat memahami situasi pi puan alami.

Fadima Mooneira said...

Congratulations to your hubby. Happy to heard that he has completed his studies. Have a good celebration dear.

Alia Farhan said...

Tahniah kepada suami Ena... Mmg salute betul2 org yg PJJ ni.. Bukan senang woo... Yg buat full time pun separuh mati.. Yg buat part time lagi la dengan keja la family la.. Mmg kena bkorban banyak kan

Mimie said...

Alhamdulillah tahniah buat suami awak yang berjaya menggenggam segulung ijazah. Rasa seronok je kan bila dah konvo ni. Dah lama tak merasa zaman konvo ni. Nanti nak sambung belajar jugaklah. Seronok tengok kawan kawan lain konvo

Marina Bashah said...

Tahniah buat husband awak. Bukan senang nak belajar. Tambah2 yg dah ada family dan pjj.

Lala Kerry said...

Taniah atas achievement! Dulu masa kat college sangat susah terumatanya dari segi kewangan. Kalau dah nak repeat subject pun mahal nak bayar. Banyak pengorbanan yg akak dah buat. Kakak memang strong nak tangani smua. One more time, congratulation to suami kak :D

saidila said...

alhamdulillah ...tahniah ...mesti berganda-ganda seronoknya , semoga semuanya selamat dan dilimpahi kebahagiaan dunia dan akhirat

Wan Syahida Kahar said...

Tahniah ena dan pasangan kerana berjaya mengharungi segala dugaan untuk menggengham ijazah sarjana muda.. kejayaan milik anda berdua.

Hanny Abdullh said...

Tahniah atas kejayaan buat suami. Seronok melihat kejayaan mereka-mereka yang dapat menggenggam segulung ijazah. Memang banyak wang ringgit yang keluar tapi berbaloi akhirnya

AyuArjuna BiGoshh said...

tahniah...ini dinamakan hadiah dari sebuah pengorbanan ..ada pahit dan manis...namun lebih istimewa jika kita dapat tempuhi bersama-sama

Emi said...

Rajinnya dah kawen pun still usaha gigih habiskan belajar. Emi sejak dh kawen ni rasa tak sanggup nak pjj dengan suami. So kalau nak sambung stidy pun kena cari yg dekat2 jela, hehe.